29 August, 2015

7th MUSLEH International Students Debating Championship 2015

Pada 20 hingga 23 Ogos yang lalu, SEMESRA telah menyertai 7th MUSLEH International Students Debating Championship yang telah dianjurkan bersama oleh MUSLEH dan UTM, Kuala Lumpur. Pertandingan ini telah diadakan di UTM dan Hotek Putra Kuala Lumpur.

SEMESRA telah menghantar dua pasukan bahas iaitu pasukan bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Setiap pasukan perlu melalui 5 pusingan kelayakan untuk ke pusingan seterusnya. Pasukan bahas Bahasa Melayu telah berjaya memenangi 2 pusingan daripada 5 pusingan dan gagal untuk ke pusingan seterusnya. Manakala pasukan bahas Bahasa Inggeris pula telah memenangi 3 pusingan dan seterusnya menempatkan diri dalam 12 pasukan teratas. Kejayaan ini membolehkan pasukan bahas Bahasa Inggeris untuk layak ke pusingan seterusnya namun begitu pasukan SEMESRA telah ditewaskan di peringkat Okto-Final.


 



Tahniah dan syabas diucapkan kepada kedua-dua pasukan bahas SEMESRA. Diharapkan agar kesemua pendebat telah berjaya mengutip pengalaman berharga sepanjang pertandingan ini demi kebaikan dan peningkatan prestasi pasukan bahas SEMESRA dalam pertandingan akan datang. Semoga pasukan bahas akan terus gemilang di arena pembahasan.

26 August, 2015

Nombor ID Matrikulasi Pelajar Tingkatan 5 Tahun 2015

Makluman untuk ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Tingkatan 5 Tahun 2015,

Untuk outing bermalamm hujung bulan ini, 28 - 31 Ogos 2015, anak-anak tuan/puan telah dibekalkan oleh pihak sekolah dengan nombor ID Unik permohonan matrikulasi 2016.

Urusan permohonan online hendaklah diuruskan oleh pihak tuan/puan sendiri. Sekiranya ada sebarang persoalan, sila rujuk pada Cik Nor Anida, kaunselor sekolah.

Sekian, terima kasih.

21 August, 2015

Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Sembilan 2015

Pada 17 - 19 Ogos yang lalu, SEMESRA telah menyertai Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Sembilan yang telah diadakan di SMK Juasseh, Kuala Pilah.

Seramai 13 pelajar telah menyertai karnival ini dan mengambil bahagian dalam Pertandingan Solar Boat, Pertandingan Pelancaran Roket, Pertandingan EEC, Pertandingan Solar Car dan Pertandingan Saintis Muda.


Pasukan SEMESRA telah berjaya menjadi Naib Johan dalam Pertandingan Solar Boat dan Johan dalam Pertandingan Saintis Muda. Dua orang pelajar SEMESRA yang memenangi Pertandingan Saintis Muda telah terpilih untuk mewakili Negeri Sembilan ke peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Sabah.

12 August, 2015

Kad Pengenalan Asal Pelajar

Untuk perhatian ibu bapa dan penjaga SEMESRA,

Pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa semua pelajar SEMESRA perlu membawa dan menyimpan sendiri kad pengenalan asal mereka. Ini adalah untuk memudahkan urusan-urusan berikut:
i) Peperiksaan PT3 dan SPM (termasuk percubaan)
ii) Lain-lain urusan rasmi seperti pengeluaran wang di bank, mendapatkan rawatan di klinik

Pihak sekolah berharap agar tuan/puan dapat memastikan anak-anak bawah jagaan tuan/puan membawa kad pengenalan asal mereka ke sekolah.

Terima kasih atas kerjasama semua.