27 February, 2015

Makluman Majlis Graduasi Batch Zealous 2014

Makluman kepada semua pelajar lepasan SPM 2014,

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Majlis Graduasi bagi batch Zealous 2014 pada ketetapan yang berikut:

Tarikh: 14 Mac 2015
Hari: Sabtu
Tempat: Dewan Dato' Haji Azam
Pendaftaran: 8 pagi (Untuk taklimat dan raptai ringkas sebelum majlis bermula)

Majlis akan bermula pada pukul 10 pagi.

Untuk menjayakan majlis ini, para pelajar diharap dapat membayar RM 70 pada hari keputusan SPM diumumkan iaitu pada 3 Mac ini.

Berikut adalah pecahan bagi bayaran tersebut:
Gambar RM 30
Makan untuk 3 orang RM 40
Jumlah RM70

Manakala sewa jubah sebanyak RM30 bagi majlis graduasi tersebut akan  dibiayai oleh PIBG.

Diharap agar semua pelajar batch Zealous akan dapat memberi kerjasama bagi menjayakan Majlis Graduasi yang julung-julung kalinya diadakan di SEMESRA.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

19 February, 2015

Makluman Sijil-Sijil Peperiksaan

Untuk makluman kepada yang berkenaan,

Sijil-sijil ini boleh mula diambil mulai Isnin (23 Februari 2015) di pejabat sekolah semasa waktu pejabat.

1. Sijil Bahasa Inggeris 1119 tahun 2012
2. Sijil Bahasa Inggeris 1119 tahun 2013
3. Sijil SPM tahun 2013

Sekian, harap maklum.

16 February, 2015

Makluman Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Untuk makluman semua ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar SEMESRA,

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Sains Rembau akan diadakan pada ketetapan yang berikut:

Tarikh: 13 Mac (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Dewan Dato' Haji Azam

Pelajar-pelajar akan menjalani PdP seperti biasa sehingga pukul 12.00 tengah hari. Ibu bapa dan penjaga hanya dibenarkan untuk membawa anak masing-masing pulang selepas pukul 12.15 tengah hari.

11 February, 2015

Majlis Perpisahan Ustazah Murni binti Buchik

Isnin yang lalu bersamaan 9 Februari, Ustazah Murni binti Buchik telah diraikan dalam satu majlis ringkas di Dewan Dato' Haji Azam. 

Majlis ini diadakan kerana beliau akan menyambung pengajian beliau pada peringkat Sarjana di Universiti Malaya. Dalam ucapan beliau, Ustazah Murni mengucapkan terima kasih kepada semua atas kerjasama yang telah diberikan. Beliau juga berharapa agar para pelajar SEMESRA akan terus memburu kecemerlangan bukan sahaja di dunia tetapi untuk bekalan akhirat.


Puan Pengetua juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Ustazah Murni atas segala khidmat yang telah diberikan kepada sekolah. Beliau mendoakan agar Ustazah Murni akan terus cemerlang tidak kira di mana beliau berada.


Seterusnya adalah majlis pemberian cenderamata kepada Ustazah Murni daripada pelajar-pelajar serta wakil guru.


Tahniah diucapkan kepda Ustazah Murni yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana. Warga SEMESRA mendoakan agar ustazah akan terus cemerlang dalam pengajian beliau.