11 February, 2015

Majlis Perpisahan Ustazah Murni binti Buchik

Isnin yang lalu bersamaan 9 Februari, Ustazah Murni binti Buchik telah diraikan dalam satu majlis ringkas di Dewan Dato' Haji Azam. 

Majlis ini diadakan kerana beliau akan menyambung pengajian beliau pada peringkat Sarjana di Universiti Malaya. Dalam ucapan beliau, Ustazah Murni mengucapkan terima kasih kepada semua atas kerjasama yang telah diberikan. Beliau juga berharapa agar para pelajar SEMESRA akan terus memburu kecemerlangan bukan sahaja di dunia tetapi untuk bekalan akhirat.


Puan Pengetua juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Ustazah Murni atas segala khidmat yang telah diberikan kepada sekolah. Beliau mendoakan agar Ustazah Murni akan terus cemerlang tidak kira di mana beliau berada.


Seterusnya adalah majlis pemberian cenderamata kepada Ustazah Murni daripada pelajar-pelajar serta wakil guru.


Tahniah diucapkan kepda Ustazah Murni yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana. Warga SEMESRA mendoakan agar ustazah akan terus cemerlang dalam pengajian beliau.