22 April, 2015

Jemputan Hari Penetapan Target Pelajar SPM 2015

SEMESRA akan mengadakan program Hari Penetapan Target Pelajar SPM 2015 pada 27 dan 28 ini bertempat di Dewan Dato' Haji Azam. 

Objektif program ini diadakan adalah untuk mengenalpasti target pelajar-pelajar untuk SPM 2015 agar ia lebih jelas bukan sahaja kepada pelajar malah bagi guru dan ibu bapa agar semua pihak dapat bekerjasama dalam membantu pelajar mencapai kecemerlangan.

Berikut adalah tentatif program:
27 April - Sesi Taklimat dan Penetapan Target bagi semua pelajar Tingkatan 5 bersama pentadbir dan guru Tingkatan 5
28 April - Sesi Penetapan Target bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5D, 5E, 5F dan 5G bersama pentadbir, guru dan ibu bapa.

Semoga program yang dirancang ini akan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar dalam mencapai impian mereka.