02 July, 2014

Memohon Sumbangan Saham Akhirat Sempena Program Ihya' Ramadhan 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Badan Dakwah Dan Rohani Sekolah Menengah Sains Rembau mengadakan Tabung Saham Akhirat sempena program Ihya’ Ramadhan sebagai usaha menghidupkan bulan yang penuh keberkatan ini di kalangan warga sekolah.

Untuk makluman tuan, Tabung Saham Akhirat ini adalah untuk menampung perbelanjaan bagi setiap program sepanjang bulan ramadhan tahun ini. Selain itu, tabung ini juga akan diserahkan kepada anak-anak yatim dan golongan yang berpendapatan rendah di kalangan para pelajar Sekolah Menengah Sains Rembau. 

Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik pihak tuan / puan agar dapat menghulurkan sumbangan ikhlas bagi membantu anak-anak yatim serta anak-anak daripada keluarga yang berpendapatan rendah di Sekolah Menengah Sains Rembau.Semoga usaha kita mendapat keredhaan Allah S.W.T.Sebarang pertanyaan berhubung maklumat di atas boleh berhubung dengan Ustaz Muhamad Shahizam Bin Harun (013 – 3935135) atau Ustazah Khafifah Binti Asri (013 – 7960516). Kerjasama pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.