25 December, 2011

Keputusan PMR 2011

Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3 kerana berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan PMR yang lepas. Seramai 84 pelajar daripada 129 calon PMR SEMESRA yang telah berjaya mendapatkan 8A.

Senarai nama pelajar-pelajar ini telah dibacakan oleh Penolong Kanan Tn Hj Baharudin Husin dan slip peperiksaan telah diserahkan sendiri kepada para pelajar oleh Pengetua Kanan SEMESRA, Pn. Hjh Norzila Idris.





antara muka-muka ceria pada hari tersebut

Tahniah diucapkan sekali lagi kepada semua para pelajar. Semoga kejayaan ini akan menjadi perangsang untuk anda semua mencapai kejayaan yang lebih baik dimasa hadapan, insyaAllah.