30 May, 2015

Kejohanan Olahraga Tahunan SEMESRA Kali ke-6

Kejohanan Olahraga Tahunan SEMESRA kali ke-6 telah berlangsung dengan jayanya pada 28 Mei yang lalu. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG SEMESRA Encik Azhar bin Mohamed.



Untuk kali keenam, Johan Pahlawan muncul sebagai Johan Keseluruhan bagi kejohanan ini. Tahniah diucapkan kepada semua ahli rumah JP atas rekod yang sangat membanggakan ini. Rumah Akhirul Zaman pula berjaya menggondol kedua-dua pertandingan perbarisan dan hiasan rumah. Tahniah diucapkan kepada semua ahli rumah  AZ yang telah bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah sama-sama menjayakan kejohanan olahraga sekolah pada tahun ini.

28 May, 2015

Waktu Balik Cuti Pertengahan Tahun 2015

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar SEMESRA,

Berikut adalah waktu menjemput anak-anak tuan/puan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di sekolah dan asrama:
1. Pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga 3 dibenarkan pulang selepas pukul 11 pagi.
2. Pelajar-pelajar Tingkatan 4 hingga 5 dibenarkan pulang selepas pukul 11.30 pagi. 

Harap maklum. Terima kasih atas kerjasama dan perhatian semua. 

24 May, 2015

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2015

Pada 22 Mei yang lalu, SEMESRA telah mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Aturcara dimulakan dengan acara senamrobik dan sukaneka di padang sekolah. Kemudian, majlis diteruskan dengan acara di dewan.







Pada tahun ini tema sambutan ialah Red Carpet. Dewan telah dihias dengan cantik selaras dengan tema begitu juga guru-guru yang berpakaian tepat dengan tema yang diberi.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah sama-sama menjayakan sambutan ini. Terima kasih juga kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menganjurkan sambutan ini dengan jayanya walaupun sibuk dengan persiapan peperiksaan.

23 April, 2015

Pertandingan Ultimate Mathematics Challenge 2015

Pada 16 April yang lalu, SEMESRA telah menyertai Pertandingan Ultimate Mathematics Challenge bertempat di Fakulti Pendidikan, UiTm Kampus Shah Alam. Seramai 8 orang pelajar telah terpilih mewakili sekolah ke pertandingan ini.


Secara keseluruhannya, sebanyak 60 pasukan yang bertanding dalam pertandingan ini. Walaupun gagal layak ke pusingan terakhir, pasukan-pasukan sekolah ini mampu bersaing dengan pasukan-pasukan yang lain. Pasukan 1 menduduki tempat ke 17 manakala pasukan 2 menduduki tempat ke 47. Salah seorang peserta SEMESRA berjaya menduduki tempat ke-13 daripada 240 peserta.

Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang mengambil bahagian. Diharap agar latihan akan terus diberikan bagi memperbaiki prestasi dalam pertandingan-pertandingan seumpama ini.



22 April, 2015

Makluman HEM 4/2015

Untuk makluman semua ibu bapa dan penjaga SEMESRA,

Dimaklumkan bahawa anak-anak jagaan tuan/puan akan pulang bermalam wajib pada hari Khamis ini bersamaan pada 30 April 2015 ini. Ibu bapa dan penjaga dibenarkan untuk mengambil anak masing-masing selepas pukul 2.30 petang.

Terima kasih atas kerjasama dan perhatian semua.