09 October, 2017

Takwim Oktober dan November 2017

Untuk makluman semua,

Dipaparkan takwim terkini bagi bulan Oktober dan November untuk makluman dan perhatian tuan/puan.
 
Sekian, harap maklum

Semoga Berjaya Valedictorian III!

Hari ini para pelajar Tingkatan 3 akan memulakan PT3 mereka. Seluruh warga SEMESRA telah sama-sama memberikan kata-kata semangat sebelum pelajar-pelajar ini melangkahkan kaki mereka ke dalam dewan peperiksaan.

 
 
 
 
 
 
  

Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar yang dapat hadir untuk sama-sama mengiringi pelajar-pelajar ini ke dewan.

Good luck Valeds 3! Semoga dapat menjawab soalan dengan baik dan seterusnya mencapai kejayaan 10A dalam PT3!

06 October, 2017

Majlis Redha Ilmu PT3

Hari ini telah diadakan Majlis Redha Ilmu bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan pada Isnin ini.

Majlis ini telah dikendalikan oleh Puan Mezah Hazril selaku Penyelaras Peperiksaan Tingkatan 3. Beliau telah membacakan peratura-peraturan yang perlu diikuti oleh pelajar-pelajar sepanjang PT3 berlangsung. 


Seterusnya Pengetua SEMESRA memberikan ucapan beliau. Dalam ucapan beliau, beliau menasihati para pelajar untuk menjaga kelakuan dan kesihatan sepanjang minggu peperiksaan. Beliau juga mendoakan agar pelajar-pelajar Tingkatan 3 akan mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan ini.


Majlis diteruskan dengan pemberian alat tulis kepada ketua-ketua tingkatan selaku wakil para pelajar yang lain.


Seluruh warga SEMESRA mendoakan agar batch Valedictorian III akan berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan ini.

01 October, 2017

Kejohanan Bola Jaring SBP Peringkat Kebangsaan 2017

Tahniah diucapkan kepada pasukan Bola Jaring sekolah yang telah berjaya muncul Johan bagi Kategori Kumpulan Gangsa dalam Kejohanan Bola Jaring SBP Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Gua Musang baru-baru ini.


Lebih membanggakan apabila Fadhlin Jeslina dianugerahkan dengan piala Penjaring Terbanyak kejohanan. 


Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan bola jaring serta guru-guru pembimbing. Semoga pasukan bola jaring akan terus cemerlang di peringkat kebangsaan.

Pertandingan Explorace Kelab Rukun Negara Peringkat Daerah 2017

Tahniah diucapkan kepada Kelab Rukun Negara SEMESRA yang telah muncul Johan dalam Pertandingan Explorace Kelab Rukun Negara Peringkat Daerah Rembau yang telah diadakan pada 30 September baru-baru ini.


Semoga SEMESRA terus cemerlang dalam apa-apa pertandingan yang disertai.