17 February, 2016

Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan Lima 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa semua pelajar Tingkatan Lima 2015 dan ibu/bapa/penjaga adalah dijemput untuk menghadiri Majlis Graduasi pelajar Tingkatan Lima 2015 yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh                   : 11 Mac 2016
Masa Pendaftaran : 2.15 petang
Majlis bermula      : 3 petang
Tempat                 : Dewan Dato' Haji Azam

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah menetapkan bayaran bagi setiap pelajar sebanyak RM 80.00 seorang. Pecahan bayaran adalah seperti berikut:

a. Gambar           : RM 30.00
b. Sewa Jubah     : RM 20.00
c. Jamuan             : RM 30.00

Segala bayaran boleh dibuat secara tunai atau cek atas nama PIBG Sek Men Sains Rembau pada masa penyerahan slip SPM (3 Mac 2016).

Pakaian semasa majlis adalah seperti berikut:
a. Lelaki - kemeja berlengan panjang, bertali leher, bersongkok hitam dan berkasut hitam
b. Perempuan - baju kurung/rasmi, berkasut hitam

Pelajar lelaki dikehendaki berambut pendek dan kemas. Pihak sekolah berhak untuk tidak membenarkan pelajar naik ke pentas sekiranya gagal mematuhi arahan ini.

Prosedur Mengambil Keputusan SPM

Makluman kepada pelajar lepasan SPM 2015, 

Adalah dimaklumkan bahawa keputusan SPM dijangka akan dikeluarkan mengikut tarikh yang telah dihebahkan melalui media elektronik dan media cetak iaitu pada hari Khamis, 3 Mac 2016.

Sehubungan dengan itu, para pelajar lepasan SPM 2015 adalah dimohon untuk hadir ke sekolah untuk Majlis Penyerahan Slip Peperiksaan SPM 2015 dengan penampilan kemas dan mematuhi perkara-perkara berikut:

a) Lelaki - Kemeja, seluar 'slack' dan berkasut, Rambut pendek dan tidak berwarna
b) Perempuan - Baju kurung/baju kebangsaan dan berkasut
** Jeans dan selipar adalah tidak dibenarkan. 

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

31 January, 2016

Kejohanan Bola Jaring MSSD Rembau 2016

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola jaring sekolah yang telah berjaya mencapai kejayaan di Kejohanan Bola Jaring Peringkat Daerah Rembau yang telah diadakan pada 28 dan 29 Januari yang lalu di KV Lela Maharaja.
Pasukan bawah 15 telah berjaya mendapat tempat ketiga manakala pasukan bawah 18 telah berjaya menjadi Johan Daerah. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan dan guru pembimbing bola jaring.

Pasukan Bawah 18 


Pasukan Bawah 15

Majlis Perlantikan Badan Organisasi Pelajar 2016

Pada 29 Januari yang lalu telah diadakan Majlis Perlantikan Jawatankuasa Organisasi bertempat di Dewan Dato' Haji Azam. 

Dalam majlis ini, Majlis Tertinggi bagi organisasi-organisasi seperti Badan Dakwah dan Rohani (BADAR), Pusat Sumber Sekolah (PSS), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) serta Ketua-ketua Tingkatan telah dilantik dengan secara rasminya.



Lafaz Ikrar kemudian dibacakan oleh semua yang telah dilantik dengan diketuai oleh Pengerusi BADAR SEMESRA, Muhammad Ikhwan bin Ibrahim yang kemudiannya diserahkan kepada Puan Pengetua, Pn. Norzila binti Idris.


Tahniah diucapkan atas pelantikan ini. Diharapkan semua yang telah dilantik akan dapat bersama-sama berperanan dalam menjalankan tugasan yang telah diamanahkan.

29 January, 2016

Jadual Warden Februari 2016

Untuk makluman dan tindakan ibu bapa dan penjaga SEMESRA,