29 January, 2016

Jemputan ke Hari Penetapan Target PT3 dan SPM 2016

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 5,

Pihak sekolah telah merancang Hari Penetapan bagi PT3 dan SPM mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 5 Februari 2016 (Jumaat)
Masa: 10 pagi
Tempat: Blok Akademik SEMESRA

Hari Penetapan ini bertujuan agar para pelajar dapat membuat Aku Janji Pencapaian Target PT3 dan SPM mereka dengan disaksikan oleh ibu bapa masing-masing serta guru mata pelajaran. Diharapkan dengan adanya penglibatan semua pihak, para pelajar akan berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai target yang diimpikan.

Diharapkan semua ibu bapa dan penjaga pelajar Tingkatan 3 dan 5 akan dapat menghadirkan diri ke sekolah pada hari tersebut demi kecemerlangan anak-anak kita.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

Jemputan ke Majlis Penutupan Minggu Silaturrahim (MSR) Tingkatan 1

Sukacita dimaklumkan bahawa SEMESRA akan mengadakan Majlis Penutupan Minggu Silaturrahim bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1 mengikut ketetapan yang berikut:

Tarikh: 5 Februari 2016 (Jumaat)
Masa: 8. 45 pagi
Tempat: Dewan Dato' Haji Azam.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan berbesar hati ingin menjemput ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Tingkatan 1 untuk memeriahkan majlis serta memberi sokongan kepada anak jagaan masing-masing.



Terima kasih atas perhatian semua.

15 January, 2016

Takwim Januari 2016

Untuk makluman warga SEMESRA,

Berikut dipaparkan perancangan aktiviti sekolah pada bulan Januari ini.


Harap maklum.

Jadual Harian Pelajar 2016

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga, 

Disertakan Jadual Harian Pelajar bagi tahun 2016 untuk rujukan.


Harap maklum.

06 January, 2016

Selamat Kembali Ke Sekolah

Sesi persekolahan bagi tahun 2016 telah pun bermula pada 4 Januari yang lalu. Para pelajar SEMESRA telah mendaftar masuk pada hari Ahad, 3 Januari bermula pada pukul 2 petang. Ibu bapa juga turut hadir untuk menjelaskan sumbangan pendidikan anak-anak mereka.


Perhimpuan rasmi pertama persekolahan bagi sesi 2016 telah diadakan di Dewan Dato' Haji Azam bermula pada pukul 7.15 pagi. Dalam ucapan, Pengetua Kanan SEMESRA mengalu-alukan kepulangan semula warga SEMESRA dan berharap agar semua akan berusaha dengan lebih gigih lagi pada tahun ini. Beliau juga berharap agar warga SEMESRA dapat bergerak seiring demi kejayaan dan kecemerlangan SEMESRA pada tahun ini.


Dua pelajar yang telah mendapat  10A's dalam PT3 juga telah diberi hadiah atas kecemerlangan mereka.


Tahniah diucapkan kepada Khairilanwar dan Amiera Athirah atas kejayaan yang cemerlang ini.