21 August, 2015

Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Sembilan 2015

Pada 17 - 19 Ogos yang lalu, SEMESRA telah menyertai Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Sembilan yang telah diadakan di SMK Juasseh, Kuala Pilah.

Seramai 13 pelajar telah menyertai karnival ini dan mengambil bahagian dalam Pertandingan Solar Boat, Pertandingan Pelancaran Roket, Pertandingan EEC, Pertandingan Solar Car dan Pertandingan Saintis Muda.


Pasukan SEMESRA telah berjaya menjadi Naib Johan dalam Pertandingan Solar Boat dan Johan dalam Pertandingan Saintis Muda. Dua orang pelajar SEMESRA yang memenangi Pertandingan Saintis Muda telah terpilih untuk mewakili Negeri Sembilan ke peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Sabah.

12 August, 2015

Kad Pengenalan Asal Pelajar

Untuk perhatian ibu bapa dan penjaga SEMESRA,

Pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa semua pelajar SEMESRA perlu membawa dan menyimpan sendiri kad pengenalan asal mereka. Ini adalah untuk memudahkan urusan-urusan berikut:
i) Peperiksaan PT3 dan SPM (termasuk percubaan)
ii) Lain-lain urusan rasmi seperti pengeluaran wang di bank, mendapatkan rawatan di klinik

Pihak sekolah berharap agar tuan/puan dapat memastikan anak-anak bawah jagaan tuan/puan membawa kad pengenalan asal mereka ke sekolah.

Terima kasih atas kerjasama semua.

31 July, 2015

Makluman HEM 6/2015 *Terkini*

Untuk makluman semua ibu bapa dan penjaga,

Berikut adalah tarikh-tarikh lawatan dan outing bermalam  bagi bulan Ogos 2015,

i) 2 Ogos (Ahad) : Hari lawatan dari 9 pagi hingga 5 petang
ii) 9 Ogos (Ahad) : Outing harian Tingkatan 3 & 5 bersama ibu bapa
iii)  14 - 16 Ogos  : Outing Bermalam pilihan bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 & 4
iv) 16 Ogos (Ahad) : Hari lawatan dari 9 pagi hingga 5 petang ( bagi pelajar-pelajar yang tidak OB)
v) 23 Ogos (Ahad): Hari lawatan dari 9 pagi hingga 5 petang
vi) 28 - 31 Ogos: Outing Bermalam bagi semua pelajar SEMESRA

Nota:
1. Masa keluar dan kembali semula ke sekolah adalah sebagaimana biasa.

13 July, 2015

Takwim Ogos 2015

Berikut dilampirkan takwim bagi bulan Ogos untuk rujukan dan makluman tuan/puan.


01 July, 2015

Makluman Majlis Khatam Al-Quran Perdana Peringkat Negeri Sembilan 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Khatam Al-Quran Perdana Peringkat Negeri Sembilan bagi tahun 2015 akan diadakan di SEMESRA pada ketetapan berikut:

Hari: Sabtu
Tarikh: 4 Julai 2015
Masa: 5 - 6.30 petang

Majlis ini akan dihadiri oleh isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, YM  Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin selaku Yang diPertua NCWO Negeri Sembilan dan pegawai-pegawai yang lain.

Untuk menjayakan majlis ini, pelajar-pelajar Tingkatan 2 dan 3 telah terpilih untuk menyertai Majlis Khatam ini yang melibatkan 7 SBP yang lain. Sehubungan dengan itu, pelajar-pelajar yang terlibat ini hanya akan dibenarkan pulang untuk outing bermalam selepas pukul 6.30 pada hari Sabtu.

Terima kasih atas kerjasama semua.