09 February, 2012

Kejohanan Bola Jaring Daerah Rembau 2012

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola jaring P18 SEMESRA yang telah berjaya mendapat tempat ketiga di Kejohanan Bola Jaring Peringkat Daerah baru-baru ini. Kejohanan ini telah berlangsung di SMK Datuk Abdulah (SEMENDA) pada 2-3 Februari yang lalu.

 
aksi-aksi pasukan sekolah semasa kejohanan berlangsung

Walaupun pasukan B15 tidak berjaya mendapat tempat, namun tahniah diucapkan atas persembahan yang semakin baik. Sebagai buktinya, seramai 12 pelajar dari pasukan B18 dan B15 sekolah telah dipilih untuk mewakili daerah ke kejohanan peringkat negeri yang akan berlangsung pada 16-17 Februari ini. Semoga pemilihan ini akan dapat membantu daerah Rembau untuk mendapat tempat yang baik di peringkat negeri, insyaAllah.

03 February, 2012

Kejohanan Badminton Peringkat Daerah

Pada 31 Januari hingga 2 Februari yang lalu, pasukan badminton SEMESRA telah menyertai Kejohanan Badminton Peringkat Daerah Rembau di SMK Datuk Abdullah (SEMENDA), Rembau.

SEMESRA telah menghantar 3 wakil bagi setiap kategori individu dan 2 pasangan bergu bagi setiap kategori.

antara aksi yang sempat dirakam semasa kejohanan


Berikut adalah keputusan pertandingan:

Kategori Perseorangan L18
Naib Johan: Ahmad Afiq bin Busrah
Tempat ke-3: Muhd Irsyad bin Sharif


Kategori Perseorangan P18
Naib Johan: Aimi binti Abd Kamal Sayuti

Kategori Bergu L18
Tempat ke-3:  Mohd Fadzli bin Ahmad Nadzri & Ahmad Afiq bin Busrah
bersama                              serta
                   : Daniel Hidayat bin Zuraimy & Muhd Irsyad bin Sharif

Kategori Perseorangan P15
Tempat ke-3: Nur Syahirah binti Zulkafli


Kategori bergu P15
Naib Johan: Nur Syakirah binti Zulkafli & Siti Aishah binti Zainuddin

Tahniah diucapkan kepada semua pemain. Diharapkan pemain-pemain sekolah yang akan mewakili daerah Rembau ke Kejohanan Badminton Peringkat Negeri akan mempamerkan persembahan yang lebih mantap demi mengharumkan nama sekolah.

02 February, 2012

Sambutan Hari Jadi Guru Bulan Januari

Satu upacara memotong kek telah diadakan pada 31 Januari yang lepas semasa perhimpunan pagi bagi meraikan guru-guru yang lahir pada bulan Januari. Seluruh warga sekolah telah sama-sama menyanyikan lagu 'Allah Selamatkan Kamu' bagi meraikan guru-guru ini.

 
guru-guru yang diraikan

 

Selamat hari lahir diucapkan kepada Cik Nor Hayati bt Sidi, Cik Nor Anida bt Amran, Puan Zalika Aina Raatu, Puan Santhini a/p Balan dan Cik Mezah Hazril bt Abd Wahab. Seluruh warga sekolah mendoakan agar kalian akan sentiasa dilimpahi rahmat-Nya dan beroleh apa sahaja yang dihajati. Amin.

01 February, 2012

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah

Tahniah diucapkan kepada pasukan merentas desa sekolah kerana berjaya menjadi Naib Johan Kategori Perempuan Bawah 18, Lelaki Bawah 15 dan Perempuan Bawah 15.

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Rembau telah diadakan semalam bertempat di SMKA Dato' Hj Abu Hassan Sail, Rembau. SEMESRA telah diwakili seramai 32 pelajar yang mewakili 4 kategori; L18, P18, L15 dan P15.






gambar sekitar hari kejohanan


pasukan merentas desa sekolah

31 January, 2012

Pendaftaran Pelajar Tingkatan Empat Ambilan Pertama

Hari ini seramai 64 pelajar baru Tingkatan 4 (43 pelajar lelaki, 21 pelajar perempuan) telah selamat mendaftar menjadi warga baru SEMESRA. Kedatangan warga baru SEMESRA ini telah disambut mesra oleh guru-guru dan pemimpin-pemimpin pelajar SEMESRA.

Sebaik tiba di Dewan Dato' Azam, para pelajar baru dikehendaki menyemak nama kelas mereka di papan kenyataan. Selepas pendaftaran kelas, mereka diminta untuk mendaftar di kaunter asrama.


kaunter asrama

Kemudian, para pelajar berserta ibubapa diminta untuk masuk ke dalam dewan bagi urusan pembayaran yuran sekolah dan koperasi. Selepas urusan ini selesai, mereka dikehendaki untuk ke kaunter koperasi bagi urusan penyerahan barang-barang koperasi.


kaunter pembayaran yuran


kaunter koperasi

Pada pukul 10.30 pagi, satu sesi taklimat ringkas telah diadakan. YDP PIBG SEMESRA, Tn Hj Dahalan bin Abdullah mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada semua para pelajar yang berjaya menjadi warga baru SEMESRA. Beliau berharap agar para pelajar akan dapat meneruskan tradisi kecemerlangan mereka di sekolah ini bukan sahaja dibidang akademik tetapi juga dibidang kokurikulum.


para ibubapa dan pelajar sedang mendengar taklimat


YDP Tn Hj Dahalan bin Abdullah

Seterusnya, giliran Pengetua Kanan SEMESRA Pn. Hjh Norzila bt Idris pula untuk menyampaikan sedikit ucapan. Di dalam ucapannya, beliau berharap agar para pelajar dapat menyesuaikan diri kepada kehidupan berasrama yang sesungguhnya berlainan daripada suasana di rumah. Beliau berharap agar pilihan untuk berada di asrama penuh akan dapat membantu para pelajar untuk menjadi lebih berjaya dimasa hadapan.


Pengetua Kanan SEMESRA

Seterusnya beliau telah memperkenalkan barisan pentadbiran, warden-warden serta guru-guru yang akan mengajar Tingkatan 4. Selepas taklimat ringkas, para pelajar baru dibenarkan ke kawasan asrama bagi urusan pengurusan diri.

Seluruh warga sekolah mengucapkan selamat datang kepada para pelajar baru Tingkatan 4. Semoga kedatangan anda akan dapat membantu sekolah menjadi lebih cemerlang.