29 December, 2015

Permohonan Kemasukan ke Universiti Awam

Makluman kepada lepasan SPM 2015,

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan (KPT) akan mengguna pakai dasar, kriteria dan prosedur terkini bagi pengurusan permohanan, pemprosesan dan pemilihan kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Sesi Akademik 2016/2017.

Justeru, calon yang berminat dan layak mengikut kriteria yang diberikan boleh mengemukan permohonan dengan melayari laman web rasmi kemasukan http://upu.mohe.gov.my

Sekian, harap maklum.

08 December, 2015

Penyerahan Slip Keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 2015 *TERKINI*

Untuk makluman warga SEMESRA,

Keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun 2015 akan diumumkan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 14 Disember 2015
Hari: Isnin
Masa: Mulai 10 pagi
Tempat: Foyer Sekolah

Para pelajar diminta untuk berpakaian kemas dan berkasut penuh semasa datang untuk mengambil slip keputusan PT3.

Sekian, harap maklum.

Tawaran Melanjutkan Pelajaran Ke Jepun

Untuk makluman pelajar lepasan SPM 2015,

Yayasan Pelajaran MARA mempelawa pelajar-pelajar yang memenuhi syarat dan kelayakan untuk mengikuti kursus intensif Bahasa Jepun 'Selangkah Lagi ke Jepun 2016' sebelum dipertimbangkan untuk tawaran pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan di Jepun untuk Sesi Akademik 2016/2021.

Syarat kelayakan untuk memohon ialah mendapat sekurang-kurangnya A dalam mata pelajaran Matematik Moden, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Bahasa Melayu berdasarkan keputusan Percubaan SPM 2015.

Para pelajar yang berminat diminta untuk merujuk http://www.jadypm.edu.my untuk maklumat lanjut.

30 November, 2015

Penganjuran Bersama Konvensyen Kajian Tindakan Sekolah-sekolah Berprestasi Tinggi 2015

SEMESRA dan SK Putrajaya Presint 9 (2) dengan kerjasama Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BSBPSK) telah berjaya menganjurkan Konvensyen Kajian Tindakan Sekolah-sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kali ke-3 yang telah diadakan di Institut Aminudin Baki, Genting Highlands pada 23 - 25 November yang lalu.

 
Konvensyen yang diadakan selama 3 hari tersebut telah dihadiri oleh wakil-wakil Sekolah-sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) serta Sekolah-sekolah Kluster (SK). 

Sebanyak 20 kajian tindakan telah dibentangkan sepanjang konvensyen berlangsung. Pembentangan-pembentangan ini telah berjaya memberi pendedahan dan ilmu kepada hadirin mengenai teknik-teknik pengajaran berkesan yang boleh dilaksanakan dalam kelas bagi membantu peningkatan penguasaan para pelajar dalam sesuatu mata pelajaran.

 

20 pengkaji terbaik telah diberi anugerah Emas, Perak dan Gangsa atas mutu penghasilan kajian mereka.


Tahniah SEMESRA kerana berjaya menganjurkan konvensyen peringkat kebangsaan dengan jayanya.

26 November, 2015

Penyerahan Sijil Peperiksaan SPM 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) bagi tahun 2014 telah diterima oleh pihak sekolah. Oleh itu, diminta para  pelajar sesi SPM 2014 untuk datang mengambil sijil SPM masing-masing pada waktu pejabat.

Waktu pejabat: 8 pagi - 5 petang.

Diminta untuk merujuk kepada Puan Ain di pejabat sekolah untuk urusan pengambilan sijil ini, Sekian, terima kasih.

20 November, 2015

Makluman HEM 8/2015

Untuk makluman semua warga SEMESRA,

1. Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2015 akan bermula pada 20 November 2015 sehingga 3 Januari 2016.
2. Ibu bapa bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga 4 dibenarkan untuk mengambil anak jagaan masing-masing mulai pukul 10 pagi pada 20 November 2015 (Jumaat) ini.
3. Mohon kerjasama semua ibu bapa dan penjaga memastikan semua barang anak jagaan masing-masing dibawa pulang.

Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

01 November, 2015

Pertandingan Menulis Esei Sains dan Teknologi Nuklear 2015 Peringkat Kebangsaan


Syabas diucapkan kepada Nor Aiman Amer bin Mohamad  Rani atas kemenangan membolot tempat pertama dalam Pertandingan Menulis Esei Sains dan Teknologi Nuklear Peringkat Kebangsaan 2015. Beliau berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1, 500 serta sijil.


Pertandingan ini telah dianjurkan oleh  Agensi Nuklear Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia yang melibatkan penyertaan pelajar dari seluruh Malaysia. Majlis Penyampaian Hadiah telah diadakan di Agensi Nuklear Malaysia, Bangi pada 26 Oktober yang lalu.





Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Aiman Amer yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan.

26 October, 2015

Makluman HEM 7/2015

Untuk makluman warga SEMESRA,

1. Outing bermalam (OB) bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1 - 4 adalah pada 30 Oktober - 1 November. Ibu bapa boleh mengambil anak masing-masing selepas jam 12.30 tengahari pada hari Jumaat dan kembali semula ke sekolah pada hari Ahad sebelum jam 5 petang. Pakaian outing ialah T-shirt outing, seluar slack, berstocking dan berkasut.

2. Outing Harian bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5 adalah pada 10 November. Outing hanya dibenarkan bersama ibu bapa sahaja. Tidak dibenarkan menumpang.

Sekian, harap maklum.

24 October, 2015

Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1 dan 2 & Program Pasca PT3

Untuk makluman semua ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3,

Tuan/puan diminta untuk menghantar anak jagaan tuan/puan balik ke sekolah pada hari Ahad ini bersamaan 25 Oktober selewat-lewatnya pada pukul 5 petang. 

Untuk makluman tuan/puan, para pelajar Tingkatan 1 dan 2 akan memulakan Peperiksaan Akhir Tahun mereka pada hari Isnin 26 Oktober manakala para pelajar Tingkatan 3 pula akan mengikuti Program Pasca PT3 yang melibatkan pendedahan kepada subjek-subjek Tingkatan 4.

Peperiksaan dan program ini akan berlangsung seperti yang telah dijadualkan walaupun jika terdapat pengumuman sekolah ditutup kerana sekolah-sekolah berasrama penuh (SBP) telah diberi kebenaran untuk meneruskan aktiviti yang telah dirancang.

Sekian, harap maklum.


21 October, 2015

Outing Bermalam Tingkatan 1, 2 dan 3

Untuk makluman semua warga SEMESRA,

1. Berikutan dengan pengumuman penutupan sekolah akibat jerebu, pelajar-pelajar tingkatan 1 - 3 diberi kebenaran untuk outing bermalam. Ibu bapa dan penjaga boleh mula mengambil anak-anak jagaan masing-masing mulai petang ini.
2. Peperiksaan Akhir Tahun bagi Tingkatan 1 dan 2 akan bermula pada minggu hadapan Isnin 26 Oktober 2015. 

Sekian, terima kasih. 

19 October, 2015

Sekolah Ditutup Esok 20 Oktober 2015

Untuk makluman warga SEMESRA,

Berikutan dengan pengumuman yg telah dibuat oleh pihak Kementerian Pendidikan, SEMESRA akan ditutup seperti yang telah diarahkan.
Bagi ibu bapa pelajar-pelajar Tingkatan 3, tuan/puan adalah dibenarkan untuk mengambil anak masing-masing dan menghantar mereka semula ke sekolah pada hari Rabu petang selewat-lewatnya pukul 5 petang. Bagi pelajar-pelajar lain, mereka dikehendaki untuk berada di sekolah untuk persediaan peperiksaan mereka.
Sekian, harap maklum. 

15 October, 2015

Jemputan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin SPM 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin untuk pelajar-pelajar SPM  akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 16 Oktober
Hari: Jumaat
Tempat: Surau SEMESRA
Aturcara: 8-10 pagi Pendaftaran
                 10.00 pagi Majlis bermula

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan berbesar hati menjemput tuan/puan ke majlis di atas. Diharapkan agar kita dapat bersama-sama mendoakan kejayaan cemerlang pelajar-pelajar Tingkatan 5 dalam peperiksaan SPM mereka yang akan bermula pada 2 November ini.

Terima kasih atas kerjasama dan perhatian tuan/puan.

08 October, 2015

Jemputan Majlis Solat Hajat PT3 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Solat Hajat PT3 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 10 Oktober
Hari: Sabtu
Tempat: Surau SEMESRA
Aturcara: 10.30 Pendaftaran
                 11.00 Majlis bermula

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan berbesar hati menjemput tuan/puan ke majlis di atas. Diharapkan agar kita dapat bersama-sama mendoakan kejayaan cemerlang pelajar-pelajar Tingkatan 3 dalam peperiksaan PT3 mereka yang akan tiba tidak lama lagi.

Terima kasih atas kerjasama dan perhatian tuan/puan.

04 October, 2015

Outing Bermalam Pilihan bagi Tingkatan 1 dan 2

Untuk makluman warga SEMESRA, Berikutan dengan pengumuman mengenai penutupan sekolah pada hari Isnin dan Selasa depan (5&6 Oktober), pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 2 adalah dibenarkan untuk outing bermalam pilihan sehingga Selasa. Pelajar-pelajar ini perlu pulang semula ke asrama pada Selasa 6 Oktober selewat-lewatnya 5 petang. 

Pelajar-pelajar Tingkatan 3,4 dan 5 akan terus berada di sekolah bagi persiapan peperiksaan yang akan diadakn tidak lama lagi. 

Sekian, harap maklum. 

28 September, 2015

Sekolah Dibuka Semula

Untuk makluman warga SEMESRA,

Sekolah adalah dibuka seperti biasa pada esok hari Selasa 29 September 2015. Oleh itu mohon kerjasama semua ibu bapa dan penjaga untuk menghantar anak jagaan masing-masing pada hari ini Isnin 28 September sebelum pukul 6 petang. 

Sekian, harap maklum. 

27 September, 2015

Sekolah Ditutup Esok 28 September

Untuk makluman warga SEMESRA,

Berikutan pengumuman oleh Kementerian Pendidikan sebentar tadi, sekolah-sekolah di Negeri Sembilan telah diarahkan untuk ditutup pada esok hari Isnin 28 September kerana bacaan IPU yang tinggi.

Oleh itu, ibu bapa dan penjaga SEMESRA diminta untuk menghantar anak masing-masing pada hari esok Isnin (28 September) sebelum pukul 6 petang. Bagi ibu bapa yang sudah menghantar anak masing-masing hari ini, anak-anak tuan/puan  dibenarkan untuk pulang semula ke rumah atau boleh terus berada di asrama.

Sekian, harap maklum. Mohon maaf atas segala kesulitan.

29 August, 2015

7th MUSLEH International Students Debating Championship 2015

Pada 20 hingga 23 Ogos yang lalu, SEMESRA telah menyertai 7th MUSLEH International Students Debating Championship yang telah dianjurkan bersama oleh MUSLEH dan UTM, Kuala Lumpur. Pertandingan ini telah diadakan di UTM dan Hotek Putra Kuala Lumpur.

SEMESRA telah menghantar dua pasukan bahas iaitu pasukan bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Setiap pasukan perlu melalui 5 pusingan kelayakan untuk ke pusingan seterusnya. Pasukan bahas Bahasa Melayu telah berjaya memenangi 2 pusingan daripada 5 pusingan dan gagal untuk ke pusingan seterusnya. Manakala pasukan bahas Bahasa Inggeris pula telah memenangi 3 pusingan dan seterusnya menempatkan diri dalam 12 pasukan teratas. Kejayaan ini membolehkan pasukan bahas Bahasa Inggeris untuk layak ke pusingan seterusnya namun begitu pasukan SEMESRA telah ditewaskan di peringkat Okto-Final.


 



Tahniah dan syabas diucapkan kepada kedua-dua pasukan bahas SEMESRA. Diharapkan agar kesemua pendebat telah berjaya mengutip pengalaman berharga sepanjang pertandingan ini demi kebaikan dan peningkatan prestasi pasukan bahas SEMESRA dalam pertandingan akan datang. Semoga pasukan bahas akan terus gemilang di arena pembahasan.

26 August, 2015

Nombor ID Matrikulasi Pelajar Tingkatan 5 Tahun 2015

Makluman untuk ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Tingkatan 5 Tahun 2015,

Untuk outing bermalamm hujung bulan ini, 28 - 31 Ogos 2015, anak-anak tuan/puan telah dibekalkan oleh pihak sekolah dengan nombor ID Unik permohonan matrikulasi 2016.

Urusan permohonan online hendaklah diuruskan oleh pihak tuan/puan sendiri. Sekiranya ada sebarang persoalan, sila rujuk pada Cik Nor Anida, kaunselor sekolah.

Sekian, terima kasih.

21 August, 2015

Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Sembilan 2015

Pada 17 - 19 Ogos yang lalu, SEMESRA telah menyertai Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Sembilan yang telah diadakan di SMK Juasseh, Kuala Pilah.

Seramai 13 pelajar telah menyertai karnival ini dan mengambil bahagian dalam Pertandingan Solar Boat, Pertandingan Pelancaran Roket, Pertandingan EEC, Pertandingan Solar Car dan Pertandingan Saintis Muda.


Pasukan SEMESRA telah berjaya menjadi Naib Johan dalam Pertandingan Solar Boat dan Johan dalam Pertandingan Saintis Muda. Dua orang pelajar SEMESRA yang memenangi Pertandingan Saintis Muda telah terpilih untuk mewakili Negeri Sembilan ke peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Sabah.

12 August, 2015

Kad Pengenalan Asal Pelajar

Untuk perhatian ibu bapa dan penjaga SEMESRA,

Pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa semua pelajar SEMESRA perlu membawa dan menyimpan sendiri kad pengenalan asal mereka. Ini adalah untuk memudahkan urusan-urusan berikut:
i) Peperiksaan PT3 dan SPM (termasuk percubaan)
ii) Lain-lain urusan rasmi seperti pengeluaran wang di bank, mendapatkan rawatan di klinik

Pihak sekolah berharap agar tuan/puan dapat memastikan anak-anak bawah jagaan tuan/puan membawa kad pengenalan asal mereka ke sekolah.

Terima kasih atas kerjasama semua.

31 July, 2015

Makluman HEM 6/2015 *Terkini*

Untuk makluman semua ibu bapa dan penjaga,

Berikut adalah tarikh-tarikh lawatan dan outing bermalam  bagi bulan Ogos 2015,

i) 2 Ogos (Ahad) : Hari lawatan dari 9 pagi hingga 5 petang
ii) 9 Ogos (Ahad) : Outing harian Tingkatan 3 & 5 bersama ibu bapa
iii)  14 - 16 Ogos  : Outing Bermalam pilihan bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 & 4
iv) 16 Ogos (Ahad) : Hari lawatan dari 9 pagi hingga 5 petang ( bagi pelajar-pelajar yang tidak OB)
v) 23 Ogos (Ahad): Hari lawatan dari 9 pagi hingga 5 petang
vi) 28 - 31 Ogos: Outing Bermalam bagi semua pelajar SEMESRA

Nota:
1. Masa keluar dan kembali semula ke sekolah adalah sebagaimana biasa.

13 July, 2015

Takwim Ogos 2015

Berikut dilampirkan takwim bagi bulan Ogos untuk rujukan dan makluman tuan/puan.


01 July, 2015

Makluman Majlis Khatam Al-Quran Perdana Peringkat Negeri Sembilan 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Khatam Al-Quran Perdana Peringkat Negeri Sembilan bagi tahun 2015 akan diadakan di SEMESRA pada ketetapan berikut:

Hari: Sabtu
Tarikh: 4 Julai 2015
Masa: 5 - 6.30 petang

Majlis ini akan dihadiri oleh isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, YM  Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin selaku Yang diPertua NCWO Negeri Sembilan dan pegawai-pegawai yang lain.

Untuk menjayakan majlis ini, pelajar-pelajar Tingkatan 2 dan 3 telah terpilih untuk menyertai Majlis Khatam ini yang melibatkan 7 SBP yang lain. Sehubungan dengan itu, pelajar-pelajar yang terlibat ini hanya akan dibenarkan pulang untuk outing bermalam selepas pukul 6.30 pada hari Sabtu.

Terima kasih atas kerjasama semua.

29 June, 2015

Memohon Sumbangan Saham Akhirat

Sempena bulan yang penuh keberkatan ini, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Badan Dakwah dan Rohani SEMESRA sekali lagi mengadakan Tabung Sumbangan Saham Akhirat bagi anak-anak yatim SEMESRA dan pelajar-pelajar SEMESRA dari kalangan berpendapatan rendah.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari tuan-tuan dan puan-puan bagi membantu menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri anak-anak SEMESRA ini. Sumbangan tuan puan boleh disalurkan melalui anak jagaan tuan puan sebelum atau pada 13 Julai 2015.
 
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Ustaz Shahizam ( 013 - 3935135) atau Ustazah Khafifah (013 - 7960516). Semoga segala amal bakti kita sepanjang bulan ini akan diredhai-Nya, insyaAllah.
 
*click to enlarge

26 June, 2015

Korea Schools Debate Open 2015

English Debate Team of SEMESRA had the opportunity to participate in the first Korea Schools Open held in Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, South Korea from 19 - 22 June 2015.

The team consisted of Aimannur, Nawal and Aqqil as debaters while Amalyn as an adjudicator. The school team went against schools which were very impressive in their analytical thinking and debate style. The team tried their very best to give the best debate but unfortunately they were unable to go for the break.

Nevertheless, the team was able to gain a lot of experience especially when it comes to topics and ways to prepare themselves for future debate tournaments. They were able to exchange ideas on how to analyse debate topics given and how to improve their performance as debaters.


The team also had the opportunity to savour and experience the unique and interesting culture of Korea.

It has been an eye-opener trip for the team and hopefully with this international exposure, the team will double their effort so that they will continuously do well in their debate competitions.

24 June, 2015

Makluman Cuti Hari Raya Aidilfitri 2015

Untuk makluman semua ibu bapa dan penjaga pelajar SEMESRA,

SEMESRA akan mula bercuti untuk Hari Raya Aidilfitri pada hari Selasa (14 Julai 2015) SELEPAS PUKUL 11 PAGI. Ibu bapa dibenarkan untuk mengambil anak masing-masing pada waktu yang telah dinyatakan di atas.

Sesi persekolahan akan bermula semula pada 22 Julai (Rabu) oleh itu para pelajar dimohon untuk pulang semula ke asrama pada 21 Julai (Selasa) sebelum pukul 5 petang.

Mohon perhatian dan kerjasama semua ibu bapa dan penjaga agar dapat merancang perjalanan menjemput dan menghantar anak masing-masing.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

15 June, 2015

Makluman HEM 5/2015

Untuk pengetahuan ibu bapa dan penjaga SEMESRA,

Berikut adalah makluman outing bermalam (OB) bagi bulan Jun 2015.

1. OB pada minggu 19 - 21 Jun 2015 - semua pelajar
2. OB pada minggu 26 - 28 Jun 2015 - pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 sahaja
 
* Pelajar-pelajar Tingkatan 3 telah dibenarkan balik bermalam pada 26 - 28 Jun bagi menyiapkan kerja kursus yang perlu mereka hantar pada 2 Julai 2015 (Khamis). Mohon agar ibu bapa dan penjaga dapat memantau agar mereka dapat menghabiskan tugasan semasa 2 kali outing bermalam yang telah diberikan kepada mereka.

Sekian, terima kasih atas perhatian dan tindakan semua.

06 June, 2015

Program Pengantarabangsaan ke Padang, Indonesia

SEMESRA telah berjaya mengadakan satu program pengantarabangsaan ke Padang, Indonesia baru-baru ini. Seramai 24 pelajar dan 12 guru telah turut serta dalam program ini yang bermula dari tarikh 31 Mei hingga 3 Jun 2015.

Agenda utama program ini adalah untuk membuat kunjungan ke SMP Negeri 1, Padang untuk bertukar-tukar fikiran dan idea untuk kebaikan sekolah dan warga sekolah. Kedatangan rombongan SEMESRA disambut meriah oleh warga SMP Negeri 1 Padang.


Kedua-dua sekolah juga berpeluang untuk menonjolkan seni kebudayaan negara masing-masing dalam lawatan ini.


Selain daripada pertukaran pintar, turut diadakan pertandingan pidato serta bahas Bahasa Inggeris di antara kedua-dua sekolah bagi mengembangkan kemahiran berdebat dan berpidato pelajar-pelajar.


Sesungguhnya lawatan ini telah memberi manfaat kepada kedua-dua sekolah dalam usaha untuk menempatkan sekolah masing-masing di persada antarabangsa. Kedua-dua sekolah secara keseluruhannya telah bersetuju untuk saling bantu-membantu bagi memperbaiki dan meningkatkan prestasi sekolah mengikut kelebihan masing-masing.



Semoga ikatan persahabatan antara kedua-dua sekolah akan terus terjalin di masa akan datang. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah SMP Negeri 1, Padang atas kesudian untuk menerima kunjungan SEMESRA walaupun hari lawatan SEMESRA jatuh pada hari cuti umum bagi Indonesia. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada seluruh warga sekolah tersebut yang hadir ke sekolah untuk menyambut kedatangan rombongan SEMESRA.

30 May, 2015

Kejohanan Olahraga Tahunan SEMESRA Kali ke-6

Kejohanan Olahraga Tahunan SEMESRA kali ke-6 telah berlangsung dengan jayanya pada 28 Mei yang lalu. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG SEMESRA Encik Azhar bin Mohamed.



Untuk kali keenam, Johan Pahlawan muncul sebagai Johan Keseluruhan bagi kejohanan ini. Tahniah diucapkan kepada semua ahli rumah JP atas rekod yang sangat membanggakan ini. Rumah Akhirul Zaman pula berjaya menggondol kedua-dua pertandingan perbarisan dan hiasan rumah. Tahniah diucapkan kepada semua ahli rumah  AZ yang telah bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah sama-sama menjayakan kejohanan olahraga sekolah pada tahun ini.

28 May, 2015

Waktu Balik Cuti Pertengahan Tahun 2015

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar SEMESRA,

Berikut adalah waktu menjemput anak-anak tuan/puan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di sekolah dan asrama:
1. Pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga 3 dibenarkan pulang selepas pukul 11 pagi.
2. Pelajar-pelajar Tingkatan 4 hingga 5 dibenarkan pulang selepas pukul 11.30 pagi. 

Harap maklum. Terima kasih atas kerjasama dan perhatian semua. 

24 May, 2015

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2015

Pada 22 Mei yang lalu, SEMESRA telah mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Aturcara dimulakan dengan acara senamrobik dan sukaneka di padang sekolah. Kemudian, majlis diteruskan dengan acara di dewan.







Pada tahun ini tema sambutan ialah Red Carpet. Dewan telah dihias dengan cantik selaras dengan tema begitu juga guru-guru yang berpakaian tepat dengan tema yang diberi.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah sama-sama menjayakan sambutan ini. Terima kasih juga kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menganjurkan sambutan ini dengan jayanya walaupun sibuk dengan persiapan peperiksaan.

23 April, 2015

Pertandingan Ultimate Mathematics Challenge 2015

Pada 16 April yang lalu, SEMESRA telah menyertai Pertandingan Ultimate Mathematics Challenge bertempat di Fakulti Pendidikan, UiTm Kampus Shah Alam. Seramai 8 orang pelajar telah terpilih mewakili sekolah ke pertandingan ini.


Secara keseluruhannya, sebanyak 60 pasukan yang bertanding dalam pertandingan ini. Walaupun gagal layak ke pusingan terakhir, pasukan-pasukan sekolah ini mampu bersaing dengan pasukan-pasukan yang lain. Pasukan 1 menduduki tempat ke 17 manakala pasukan 2 menduduki tempat ke 47. Salah seorang peserta SEMESRA berjaya menduduki tempat ke-13 daripada 240 peserta.

Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang mengambil bahagian. Diharap agar latihan akan terus diberikan bagi memperbaiki prestasi dalam pertandingan-pertandingan seumpama ini.