27 May, 2017

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2017

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik telah diadakan pada 26 Mei bersamaan Jumaat yang lalu bertempat di Dewan Dato' Haji Azam. SEMESRA berbesar hati mengalu-alukan kedatangan dan kesudian Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Tuan Pkharuddin bin Hj Ghazali untuk menyampaikan hadiah kepada penerima-penerima anugerah.


Dalam ucapan perasmian beliau, Tuan Pkharuddin mengingatkan para pelajar untuk mencari potensi diri masing-masing dan seterusnya menggunakan kelebihan tersebut untuk berjaya dalam hidup. Beliau juga berpesan agar sentiasa menimba ilmu untuk terus bersaing dalam zaman yang semakin mencabar ini.


Beliau seterusnya telah menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar yang mencapai kejayaan cemerlang dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2016 serta PT3 2016. Guru-guru juga diberi penghargaan atas sumbangan mereka meningkatkan gred purata mata pelajaran yang diajar.

antara penerima-penerima anugerah

Dalam majlis ini, Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan bagi PT3 telah diberikan kepada Abdul Hadi bin Abdul Razak.


Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga akan terus cemerlang dalam akademik dan menjadi pendorong kepada yang pelajar-pelajar yang lain untuk sama-sama mencapai kecemerlangan. 

25 May, 2017

Program Youth Inspiration

Pada 25 May yang lalu, pelajar-pelajar Tingkatan 4 telah terlibat dalam satu program 'Youth Inspiration' yang dikendalikan oleh UiTM Rembau. 

Puan Hayati Ramlee, pensyarah dari UiTM Rembau telah memberi pendedahan kepada para pelajar akan kepentingan kemahiran komunikasi yang baik dan efektik dalam penyampaian ilmu pengetahuan. Pelajar-pelajar juga telah diajar cara untuk berfikir secara kreatif dan inovatif.

Dalam program ini, Puan Hayati telah dibantu oleh fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada pelajar-pelajar UiTM Rembau dalam bidang komunikasi dan media.


Terima kasih diucapkan kepada pihak UiTM dalam membantu para pelajar SEMESRA untuk menjadi pelajar yang lebih dinamik. Diharapkan agar para pelajar yang terlibat dapat mengaplikasikan ilmu yang diterima untuk menjadi pelajar-pelajar yang kompeten dan kompetitif dalam mengharungi cabaran masa kini.

24 May, 2017

Hari Kecemerlangan Sekolah-sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan 2017

Tahniah diucapkan kepada pasukan bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang berjaya menamatkan saingan dalan Hari Kecemerlangan Sekolah-sekolah Berasrama Penuh dengan jayanya. Pertandingan bahas peringkat kebangsaan kali ke-44 ini telah diadakan di SM Sains Banting bermula pada 21 - 24 Mei 2017.


Dalam pertandingan ini, pasukan bahas Bahasa Melayu telah berjaya mendapat Anugerah Perak manakala pasukan bahas Bahasa Inggeris telah berjaya mendapat Anugerah Gangsa. Tahniah diucapkan. Semoga kedua-dua pasukan akan terus berusaha untuk memperbaiki pencapaian pasukan masing-masing.

Tentatif Majlis Anugerah Cemerlang 2017

Untuk makluman semua,

Majlis Anugerah Cemerlang bagi meraikan kejayaan akademik SEMESRA akan diadakan pada Jumaat ini bersamaan 26 Mei 2017. Berikut dipaparkan tentatif majlis untuk kemudahan ibu bapa kepada penerima-penerima anugerah.


Sekian, terima kasih atas perhatian dan tindakan tuan/puan.

Lawatan SK Panchor dan SK Semerbok

Pada 24 Mei dua buah sekolah rendah telah hadir di SEMESRA untuk satu lawatan sambil belajar. 

 
 

Lawatan ini telah dikendalikan oleh kaunselor-kaunselor SEMESRA dengan bantuan pelajar-pelajar kelas 4 Da Vinci. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada pelajar-pelajar kedua-dua sekolah tersebut.

Takwim Jun 2017

Dipaparkan takwim bagi bulan Jun untuk makluman dan tindakan bersama;


Sekian, harap maklum.

Lawatan SK Keru dan SK Kg Gelam

Pada 23 Mei yang lalu, SEMESRA telah menerima kunjungan pelajar-pelajar dari SK Keru dan SK Kg Gelam untuk satu lawatan sambil belajar.

 


Pelajar-pelajar telah didedahkan dengan maklumat-maklumat berkenaan sekolah berasrama penuh. Mereka juga telah dibawa untuk melawat kawasan sekolah oleh pelajar-pelajar Tingkatan 4 Chopin.

Terima kasih atas kunjugan ini. Semoga ia menjadi perangsang kepada pelajar-pelajar Tahun 6 untuk mencapai kejayaan yang baik dalam UPSR dan seterusnya dapat bersama-sama menjadi warga SBP.

23 May, 2017

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2017

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada hari Isnin bersamaan 22 Mei di Dewan Dato' Hj Azam. Sambutan dimulakan dengan senamrobik di dataran dan diikuti dengan sukaneka. Pelbagai pertandingan telah diatur oleh pelajar-pelajar.



Pada pukul 11, sambutan diteruskan lagi dengan acara di dewan.


Terima kasih diucapkan kepada alumni yang sudi turut serta memeriahkan sambutan pada tahun ini. Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa dan pelajar-pelajar yang telah menyumbang kek untuk guru-guru SEMESRA. Semoga guru-guru SEMESRA akan terus bersemangat untuk terus membantu anak-anak SEMESRA ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.

20 May, 2017

Pertandingan Reka Cipta USIM 2017

Tahniah diucapkan kepada pasukan reka cipta sekolah yang telah berjaya mendapatkan Anugerah Perak dalam Pertandingan Reka Cipta yang dianjurkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai.


 

Tahniah sekali lagi. Semoga pasukan reka cipta sekolah akan terus melakar kejayaan cemerlang dalam bidang inovasi.

19 May, 2017

Takwim Mei 2017

Untuk makluman warga SEMESRA,

Berikut dipaparkan takwim bagi bulan Mei untuk tindakan semua.


Sekian, harap maklum.

05 May, 2017

Jadual Bertugas Warden Mei 2017

Untuk makluman semua,

Dipaparkan Jadual Bertugas Warden bagi bulan Mei untuk makluman dan tindakan tuan/puan.


Sekian, harap maklum.

04 May, 2017

Pertandingan Pidato Peringkat Negeri 2017

Tahniah diucapkan kepada Muhammad Amir Aqqim bin Mohd Nizam (4 A) yang berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Pidato Peringkat Negeri yang telah diadakan pada hari ini Khamis bersamaan 4 Mei 2017. Pertandingan ini telah diadakan di SMK Sedia Raja, Rembau.


Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Aqqim atas kejayaan yang sangat cemerlang ini.

Kejohanan Catur MSS Daerah Rembau 2017

Pasukan catur SEMESRA telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Catur MSS Daerah Rembau yang bermula pada 3 hingga 4 Mei 2017. 

Alhamdulillah, pasukan catur SEMESRA telah berjaya memberi saingan hebat kepada peserta-peserta dari sekolah-sekolah di Rembau.

Pasukan Lelaki B18 telah muncul Johan nanakala pasukan lelaki B15 dan Perempuan B18 telah berjaya mendapat tempat ketiga.

Bagi acara individu pula, Haziq Zulkifli telah berjaya menjadi Johan dalam kategori Lelaki B18 sementara Aizudin Islam pula mendapat tempat kelima. Muhd Afifi Fauzan pula mendapat tempat kelima bagi kategori Lelaki B15 manakala Khairunisa pula mendapat tempat ke-6 bagi kategori Perempuan B15.


Tahniah pasukan catur SEMESRA! Semoga pencapaian ini akan menjadi pendorong untuk pasukan catur sekolah mencapai kejayaan yang lebih gemilang.