30 April, 2017

Hari Terbuka Asrama SEMESRA 2017

Hari Terbuka Asrama SEMESRA disambut meriah pada Sabtu bersamaan 29 April yang lalu. Majlis ini telah dirasmikan oleh wakil PIBG iaitu Encik Zainuddin bin Zainol.


Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan untuk menarik minat pengunjung-pengunjung. Selain daripada aktiviti jualan dan lawatan ke asrama, aktiviti-aktiviti pameran juga telah disediakan. Pada tahun ini, pengunjung-pengunjung berpeluang untuk melihat pameran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta pameran ular. Pertandingan karaoke juga telah berjaya menarik minat pengunjung-pengunjung kali ini.


Hadiah kepada pemenang-pemenang bagi pertandingan-pertandingan yang diadakan sempena Hari Terbuka Asrama juga telah disampaikan.


Tahniah diucapkan kepada kamar-kamar yang telah berjaya memenangi hadiah Kamar Tercantik. Tahniah diucapkan kepada Akhirul Zaman yang telah berjaya menggondol Rumah Terbaik bagi Aspura dan tahniah diucapkan kepada Lela Maharaja kerana menjadi Rumah Terbaik bagi Aspuri.

Terima kasih atas sokongan semua pihak dalam menjayakan acara tahunan SEMESRA ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua guru, pelajar, ibu bapa dan staf atas kerjasama dan usaha menjayakan Hari Terbuka Asrama SEMESRA pada tahun ini. 

28 April, 2017

Pertandingan Public Speaking Karnival Bahasa Inggeris Daerah Rembau 2017

Tahniah diucapkan kepada Abdul Hadi bin Abdul Razak yang muncul Naib Johan dalam Pertandingan Public Speaking yang telah diadakan pada 27 April baru-baru ini. Pertandingan ini merupakan salah satu kategori yang dipertandingkan dalam Karnival Bahasa Inggeris Daerah Rembau.






Dengan kejayaan ini, Abdul Hadi akan mewakili daerah Rembau  dalam Pertandingan Public Speaking Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 24 Mei 2017 nanti. Semoga Abdul Hadi akan mencapai kejayaan yang sangat cemerlang di peringkat negeri nanti.

22 April, 2017

Kejohanan Bola Sepak Daerah Rembau 2017

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak Bawah 18 yang telah mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Bola Sepak Daerah Rembau 2017. Kejohanan telah berlangsung pada 19 -20 April di Padang SMK Undang Rembau.




Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasukan bola sepak Bawah 18 SEMESRA atas kejayaan yang cemerlang ini.

21 April, 2017

Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Rembau 2017

SEMESRA telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Pidato sempena Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Rrembau yang telah diadakan di SM Agama Rembau pada 20 April yang lalu.



Tahniah diucapkan kepada Muhammad Amir Aqqim bin Moha Nizam (4 Al Razi) yang telah muncul Johan dalam Pertandingan Pidato ini. Kejayaan ini telah melayakkan Aqqim untuk mewakili daerah Rembau ke peringkat negeri.

Seluruh warga SEMESRA mendoakan agar Aqqim akan terus cemerlang di peringkat yang seterusnya.

20 April, 2017

Kejohanan Bola Jaring Daerah Rembau 2017

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola jaring B15 dan B18 yang berjaya muncul Naib Johan dalam Kejohanan Bola Jaring Daerah Rembau yang telah diadakan pada 19 - 20 April baru-baru ini.




Semoga pasukan bola jaring SEMESRA akan terus berjaya menempa nama dalam pertandingan-pertandingan yang disertai.

Jadual Pentaksiran Pertengahan Tahun Tingkatan 1, 2 dan 3 2017

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3,

Berikut dipaparkan Jadual Pentaksiran bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3.

 Tingkatan 3

 Tingkatan 2

Tingkatan 1

Sekian, harap maklum.

Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 4 & 5 2017

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5,

Dipaparkan Jadual Peperiksaan Pertengah Tahun 2017 untuk makluman tuan/puan.

 
 Tingkatan 5

 
Tingkatan 4

Sekian, harap maklum.

16 April, 2017

Malaysian International Young Inventors Olympiad (MIYIO)

Tahniah diucapkan kepada pasukan SEMSRA yang telah berjaya mendapat Pingat Perak dalam pertandingan MIYIO  2017 yang telah diadakan di SM Sains Shahabudin baru-baru ini.


Semoga SEMESRA kekal gemilang dalam pertandingan-pertandingan yang disertai.

Guru- guru SEMESRA bersama Pemimpin Nombor Satu Negeri Sembilan

Warga pendidik SEMESRA telah berkesempatan untuk mengabadikan kenangan bersama YB Dato' Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan sempena kedatangan beliau ke Majlis Graduasi SPM 2016 Jumaat lepas.



14 April, 2017

Ceramah bersama Encik Mohd Shariman bin Che Deris

Pada 14 April yang lalu, satu ceramah untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga 3 telah diadakan di Surau An- Nur, SEMESRA.

Ceramah ini telah diberikan oleh Encik Mohd Shariman bin Che Deris, seorang fasilitator berpengalaman dalam membantu para pelajar untuk menjadi pelajar-pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik malah mempunyai jati diri yang utuh. 


Diharapkan agar sesi ceramah ini dapat membantu pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga 3 untuk menghadapi cabaran sebagai seorang pelajar di sekolah berasrama penuh. Semoga ilmu yang disampaikan akan dapat dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar SEMESRA.

Majlis Graduasi SPM 2016

Majlis Graduasi SPM 2016 telah diadakan pada hari ini Jumaat bersamaan 14 April di Dewan Dato' Haji Azam. Pada kali ini, SEMESRA telah berpeluang untuk menjemput Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Hj Hasan sebagai tetamu kehormat majlis ini.

Ketibaan Dato' Seri telah disambut oleh Puan Pengetua Hajah Norzila binti Idris bersama tetamu-tetamu yang lain.


Dalam ucapan alu-aluan, Puan Pengetua mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Dato' Seri untuk hadir ke majlis graduasi ini. Puan Pengetua juga mengucapkan terima kasih atas sokongan dan keprihatinan Dato' Seri terhadap keperluan sekolah demi kemajuan pendidikan anak-anak Negeri Sembilan.

Seterusnya giliran Menteri Besar Negeri Sembilan untuk memberikan ucapan. Dalam ucapan, beliau berharap agar anak-anak pelajar akan terus berusaha untuk menimba ilmu agar dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat seterusnya negara. Beliau berharap agar anak-anak SEMESRA akan menjadi anak-anak yang bukan sahaja bijak pandai malahan mempunyai jiwa dan semangat untuk sama-sama membangunkan negara.


Sebelum mengakhiri ucapan, Dato' Seri telah mengumumkan akan pemberian sumbangan sebanyak RM50 ribu kepada pihak sekolah untuk memperingkatkan lagi mutu akademik pelajar-pelajar.

 

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada pelajar-pelajar lepasan SPM 2016. Anugerah Pelajar Terbaik SPM 2016 telah diberikan kepada Abdul Rahman bin Mohd Amin manakala Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan SPM 2016 telah diberikan kepada Muhammad Hakemy bin Bujang.

Tahniah diucapkan kepada semua graduan SPM 2016. Anda sudah pun berjaya menamatkan persekolahan anda. Semoga anda semua akan terus berjaya di peringkat seterusnya. Warga SEMESRA mendoakan agar kejayaan akan terus mengiringi batch Prodigy Cycle 2.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan atas kesudian menghadiri majlis ini serta memberi sumbangan kepada pihak sekolah. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah membantu kelancaran perjalanan majlis ini.

Photo credit: 6 gambar diambil daripada Facebook Rasmi YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan