24 May, 2012

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2012

Semalam telah diadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah di Dewan Besar Dato' Hj Azam. Sambutan dimulakan dengan acara dewan. Guru-guru telah diarak dari bangunan pentadbiran ke dewan dengan diiringi oleh pelajar-pelajar Tingkatan Satu.

Pada tahun ini, tema yang telah dipilih adalah Retro/Biru. SEMESRA telah bertukar wajah demi menepati tema ini. Para guru juga telah mengenakan pakaian yang berunsurkan retro ataupun biru..


Selepas ucapan rasmi daripada Menteri Pelajaran dibacakan, Pengetua Kanan SEMESRA telah dijemput untuk memberi ucapan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Sambutan yang telah bekerja kuat bagi mengadakan sambutan pada tahun ini. Beliau juga telah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru dan staf yang telah sama-sama bekerjasama dalam menaikkan prestasi sekolah.

Para guru kemudiannya telah dijemput ke atas pentas bagi menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia dan membacakan ikrar.


Sebaik sahaja acara dewan tamat, sambutan diteruskan dengan acara di padang. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah perlawanan bola sepak, perlawanan bola jaring, acara selipar gergasi dan acara baling belon air.

 

Pada pukul 12.30, sambutan diteruskan lagi dan semua guru dan pelajar telah berkumpul di Dewan Besar bagi menyaksikan persembahan guru-guru dan para pelajar.


Selepas semua persembahan selesai, para guru dan staf kemudiannya telah dijemput untuk menjamu selera. Terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Pengelola Sambutan atas sambutan yang meriah ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru SEMESRA. Semoga usaha cikgu akan diberkati olehNya dan diberikan ganjaran yang setimpal. Terima kasih, cikgu!

23 May, 2012

Pertandingan Kawad Kaki KRS Peringkat Negeri 2012

Pada 22 Mei yang lalu, pasukan KRS Putera dan Putera SEMESRA telah mewakili Rembau dalam Pertandingan Kawad Kaki KRS Peringkat Negeri Sembilan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat, Port Dickson.




Kedua-dua pasukan telah memberi persembahan yang mantap sepanjang pertandingan ini. Walaubagaimanapun, nasib tidak menyebelahi mereka. 

Namun begitu, tahniah diucapkan kepada pasukan KRS sekolah yang telah memberi persaingan yang hebat kepada pasukan-pasukan lain. Walaupun masih setahun jagung tetapi pasukan KRS telah menampakkan potensi yang baik. Diharapkan kejayaan-kejayaan yang lebih gemilang akan dapat dilakar oleh pasukan ini di masa hadapan.

14 May, 2012

Hari Kebudayaan Bahasa German 2012

Hari Kebudayaan Bahasa German pada tahun ini telah diadakan pada 11 - 13 Mei bertempat di SBPI Temerloh, Pahang. Tema pada tahun ini adalah 'Jauh di Mata, Dekat di Hati'.

Sebanyak 20 sekolah yang terdiri daripda 19  SBP dan 1 sekolah harian telah mengambil bahagian. Setiap sekolah dikehendaki untuk menghantar 8 peserta.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Antaranya ialah Lawatan dan Explorace di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Ceramah dari Goethe Institut, Kedutaan German dan Universiti Malaysia Pahang.


Kemuncak aktiviti adalah Malam Kebudayaan Bahasa German di mana para pelajar telah dijemput untuk membuat persembahan. Selain itu, 'Fashing Show' (pertunjukan fesyen) juga telah diadakan sempena 200th Anniversary of Bruder Grimm Fairy Tales.


Diharapkan agar program yang telah dilaksanakan ini sedikit sebanyak akan dapat membantu para pelajar yang terlibat untuk menguasai bahasa German.

11 May, 2012

Pesta Muzik Daerah 2012

Pada 7 Mei yang lalu telah diadakan satu Pesta Muzik Peringkat Daerah Rembau di SMK Undang Rembau. SEMESRA telah menghantar peserta untuk mengambil bahagian dalam acara-acara yang dipertandingkan termasuklah koir, tarian, kompang formasi dan juga nyanyian solo.

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

Koir: Naib Johan
Tarian: Johan
Kompang Formasi: Tempat ke-4
Nyanyian Solo (L): Tempat ke-4
Nyanyian Solo (P): Tempat ke-3




Tahniah diucapkan kepada semua peserta. Semoga kejayaan yang lebih baik dapat diukir dalam Pesta Muzik yang akan datang.

10 May, 2012

State Level of English Language Carnival 2012

Yesterday, SEMESRA had successfully organised the State Level of English Language Carnival 2012. The Carnival was held on 7 and 9 May and it involved 3 competitions; Choral Speaking, Public Speaking and Debates.

some pictures of the choral speaking teams that took part in the carnival

the debaters

the public speakers

SEMESRA represented Rembau district in two competitions; Public Speaking and Choral Speaking. Congratulations to the school Choral Speakers for winning the Third Placing in the competition. Unluckily, we were not able to get any placing for the Public Speaking Competition.

Nevertheless, congratulations to both Choral Speakers and Public Speaker for the best effort shown during the competitions. And thank you to all staff and students of SEMESRA for making this event a successful one.

 the school team

09 May, 2012

Pertandingan Kawad Kaki Daerah 2012

Pada 8 Mei yang lalu telah diadakan Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Rembau di Dataran Rembau. SEMESRA telah menghantar pasukan bagi menyertai kedua-dua kategori GO dan NGO.





Berikut adalah keputusan pasukan SEMESRA dalam pertandingan ini:

Kategori GO Perempuan: Pasukan Kadet Polis SEMESRA telah berjaya mendapat tempat ke-3.
Kategori NGO Perempuan: Pasukan Pandu Puteri SEMESRA telah berjaya mendapat tempat ke-3.
Kategori KRS Lelaki: Pasukan SEMESRA telah berjaya menjadi Johan
Kategori KRS Perempuan: Pasukan SEMESRA telah berjaya menjadi Johan

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga pencapaian kawad kaki SEMESRA akan menjadi lebih baik lagi di pertandingan-pertandingan akan datang.

07 May, 2012

2nd Annual Japanese Choral Speaking Competition for Secondary Schools

Pada 6 Mei yang lalu, SEMESRA telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Choral Speaking Bahasa Inggeris. Pertandingan ini telah diadakan di SMK (P) Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Selain daripada pertandingan tersebut, SEMESRA juga telah mengambil bahagian dalam pertandingan Mr. dan Ms Yukata, dan Soran Bushi.


Berikut adalah keputusan pertandingan:

1. Pertandingan Choral Speaking - Tempat keempat
2. Pertandingan Tarian Soran Bushi - Tempat keempat
3. Pertandingan Mr. dan Miss Yukata - Tempat ketiga


Tahniah diucapkan kepada pasukan Bahasa Jepun SEMESRA. Semoga kejayaan yang lebih baik dapat dikecapi dalam pertandingan yang akan datang.