31 January, 2012

Pendaftaran Pelajar Tingkatan Empat Ambilan Pertama

Hari ini seramai 64 pelajar baru Tingkatan 4 (43 pelajar lelaki, 21 pelajar perempuan) telah selamat mendaftar menjadi warga baru SEMESRA. Kedatangan warga baru SEMESRA ini telah disambut mesra oleh guru-guru dan pemimpin-pemimpin pelajar SEMESRA.

Sebaik tiba di Dewan Dato' Azam, para pelajar baru dikehendaki menyemak nama kelas mereka di papan kenyataan. Selepas pendaftaran kelas, mereka diminta untuk mendaftar di kaunter asrama.


kaunter asrama

Kemudian, para pelajar berserta ibubapa diminta untuk masuk ke dalam dewan bagi urusan pembayaran yuran sekolah dan koperasi. Selepas urusan ini selesai, mereka dikehendaki untuk ke kaunter koperasi bagi urusan penyerahan barang-barang koperasi.


kaunter pembayaran yuran


kaunter koperasi

Pada pukul 10.30 pagi, satu sesi taklimat ringkas telah diadakan. YDP PIBG SEMESRA, Tn Hj Dahalan bin Abdullah mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada semua para pelajar yang berjaya menjadi warga baru SEMESRA. Beliau berharap agar para pelajar akan dapat meneruskan tradisi kecemerlangan mereka di sekolah ini bukan sahaja dibidang akademik tetapi juga dibidang kokurikulum.


para ibubapa dan pelajar sedang mendengar taklimat


YDP Tn Hj Dahalan bin Abdullah

Seterusnya, giliran Pengetua Kanan SEMESRA Pn. Hjh Norzila bt Idris pula untuk menyampaikan sedikit ucapan. Di dalam ucapannya, beliau berharap agar para pelajar dapat menyesuaikan diri kepada kehidupan berasrama yang sesungguhnya berlainan daripada suasana di rumah. Beliau berharap agar pilihan untuk berada di asrama penuh akan dapat membantu para pelajar untuk menjadi lebih berjaya dimasa hadapan.


Pengetua Kanan SEMESRA

Seterusnya beliau telah memperkenalkan barisan pentadbiran, warden-warden serta guru-guru yang akan mengajar Tingkatan 4. Selepas taklimat ringkas, para pelajar baru dibenarkan ke kawasan asrama bagi urusan pengurusan diri.

Seluruh warga sekolah mengucapkan selamat datang kepada para pelajar baru Tingkatan 4. Semoga kedatangan anda akan dapat membantu sekolah menjadi lebih cemerlang.