Hari ini SEMESRA kembali sibuk dengan pulangnya putera puteri SEMESRA bagi memulakan sesi persekolahan yang baru. Majlis pendaftaran semula para pelajar telah diadakan bermula pada pukul 2 petang di Dewan Dato' Hj Azam.
Para pelajar yang baru tiba dikehendaki untuk menyemak nama kelas mereka sebelum ke kaunter-kaunter kelas bagi menjelaskan bayaran yuran persekolahan bagi tahun 2012.
Selepas selesai urusan yuran asrama dan koperasi, para pelajar kemudiannya dikehendaki untuk mendaftar masuk asrama. Para pelajar diminta untuk menyemak nama mereka di papan kenyataan bagi memastikan kamar mereka pada tahun ini. Kemudian mereka dibenarkan masuk ke asrama untuk menyusun barang-barang yang dibawa.
Selamat kembali diucapkan kepada para pelajar SEMESRA. Diharapkan para pelajar terutamanya kelas-kelas peperiksaan telah bersedia untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang lebih baik tahun ini.