Tahniah diucapkan kepada pasukan bola jaring P18 SEMESRA yang telah berjaya mendapat tempat ketiga di Kejohanan Bola Jaring Peringkat Daerah baru-baru ini. Kejohanan ini telah berlangsung di SMK Datuk Abdulah (SEMENDA) pada 2-3 Februari yang lalu.
aksi-aksi pasukan sekolah semasa kejohanan berlangsung
Walaupun pasukan B15 tidak berjaya mendapat tempat, namun tahniah diucapkan atas persembahan yang semakin baik. Sebagai buktinya, seramai 12 pelajar dari pasukan B18 dan B15 sekolah telah dipilih untuk mewakili daerah ke kejohanan peringkat negeri yang akan berlangsung pada 16-17 Februari ini. Semoga pemilihan ini akan dapat membantu daerah Rembau untuk mendapat tempat yang baik di peringkat negeri, insyaAllah.