30 June, 2016

Singapore and Asian Schools Olympiad

Pada 6 April yang lalu seramai 10 pelajar SEMESRA telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Singapore and Asian Schools Olympiad. 

SEMESRA telah berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang apabila 3 pelajar Year 10 telah mendapat pingat gangsa dan seorang pelajar Year 9 telah mendapat pingat perak. 

Ahmad Hariz Ahmad Azam yang mendapat ranking 65 Malaysia akan ke Singapore pada bulan Ogos nanti bagi mewakili Malaysia dalam peringkat yang seterusnya.

 

Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah mengambil bahagian dan diharapkan agar keputusan yang lebih gemilang dapat dilakar oleh pelajar-pelajar SEMESRA.