Satu perjumpaan pelajar-pelajar Tingkatan 5 bersama Pengetua telah diadakan pada 21 Januari yang lalu bertempat di Dewan Dato' Haji Azam. Ia adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat serta menetapkan matlamat bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini.
Perjumpaan ini telah dikendalikan oleh Puan Sabariah binti Samad, Guru Cemerlang Matematik Tambahan yang merupakan Penyelaras bagi Program Kecemerlangan Tingkatan 5. Beliau mengingatkan para pelajar agar mempunyai matlamat yang jelas dan terperinci bagi memastikan hala tuju yang tepat.
Dalam taklimat, Pengetua Kanan SEMESRA mengingatkan para pelajar agar belajar bersunguh-sunguh mengikut teknik pembelajaran dan strategi yang sesuai bagi mempertingkatkan kecemerlangan diri. Keputusan yang cemerlang sesungguhnya akan memberi kelebihan kepada para pelajar dalam menempatkan diri di kalangan yang terbaik kelak.
Pertemuan ini juga telah dihadiri oleh guru-guru Tingkatan 5 dan diharapkan agar pertemuan ini dapat dijadikan titik tolak dalam usaha semua pihak mencapai kecemerlangan.