Pada hari ini bermulalah perjuangan para pelajar Tingkatan 5 dalam menghadapi peperiksaan SPM mereka. Untuk pengetahuan semua, kumpulan pelajar ini merupakan kumpulan pertama SPM bagi sekolah ini.
Selepas perhimpunan pagi, seluruh warga SEMESRA telah membuat barisan hingga ke dewan peperiksaan bagi mengiringi para pelajar Tingkatan 5 pada hari pertama peperiksaan mereka. Tepukan semangat dan ucapan selamat berjaya telah diberikan kepada para pelajar Tingkatan 5 sepanjang perjalanan mereka ke Dewan Dato' Azam.
Seluruh warga SEMESRA mendoakan agar semua pelajar Tingkatan 5 akan berjaya menjawab soalan dengan baik dan tenang. Semoga pelajar semua akan berjaya mencapai 9A+ dalam peperiksaan SPM ini. Amin