22 June, 2011

SEMESRA Cooperative Day

SEMESRA Cooperative Day yang diadakan pada hari Ahad lepas merancakkan lagi sambutan Hari Koperasi sekolah pada tahun ini. Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan seperti acara tarik tali, pertandingan nyanyian lagu patriotik, bazar jualan dan lain-lain lagi.

Acara bermula seawal pukul 8 pagi apabila pelajar-pelajar mula sibuk menyiapkan bazar jualan mereka. Pada tahun ini, bazar jualan bukan sahaja dibuka kepada rumah-rumah sukan dan badan-badan khas tetapi ia juga telah dibuka kepada kelas-kelas Tingkatan 5.



Selain daripada bazar jualan, pertandingan nyanyian lagu patriotik antara rumah juga telah diadakan bertempat di dataran perhimpunan.



Di asrama pula, ahli-ahli Kamar 1 setiap rumah sudah bersedia untuk pertandingan Kamar Tercantik. Kamar-kamar ini dikehendaki dihiasi mengikut tema yang telah ditetapkan iaitu '1 Malaysia'.



Di padang pula, para pelajar yang terlibat dengan pertandingan permainan tradisional telah pun bersiap sedia untuk memulakan pertandingan. Antara pertandingan yang telah diadakan ialah pertandingan tarik tali dan pertandingan baling tin dan pertandingan radio rosak.



SEMESRA Cooperative berakhir lebih kurang pada pukul 3 petang. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan SEMESRA Cooperative Day ini. Terima kasih juga diucapkan kepada ibubapa dan penjaga yang sudi hadir bagi memeriahkan sambutan ini.