Terima kasih diucapkan kepada Pengetua Cemerlang SEMESRA, Dato' Hj Azam b. Md Atan yang telah sudi menganjurkan satu jamuan ikan bakar di Umbai, Melaka untuk semua staf sekolah malam Selasa yang lalu.
Staf SEMESRA telah berkumpul di sekolah sebelum bertolak ke Umbai menaiki bas SEMESRA. Rombongan ini telah tiba di destinasi pada pukul 6.30 ptg.
wajah-wajah yang hadir pada malam itu
Jamuan ini bermula lebih kurang 7 malam dan bacaan doa telah diketuai oleh Ustaz Rozelli bin Yahya.
Dato' mengaminkan doa
Alhamdulillah, selepas menjamu selera dengan hidangan yang telah dihidangkan para staf telah mengambil kesempatan ini untuk bergambar kenangan bersama Dato'.
Kelab Guru dan Staf SEMESRA juga telah mengambil peluang ini untuk menganjurkan satu perlawanan tenpin boling dikalangan staf di MITC, Melaka selepas jamuan makan tersebut.
antara yang mengambil bahagian
Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada Dato' atas jamuan ini. Semoga Allah melimpah-ruahkan rezeki Dato' sekeluarga.