18 January, 2011

Majlis Penutupan Minggu Silaturrahim Tingkatan Satu

Pada hari ini telah diadakan satu majlis penutupan Minggu Silaturrahim bagi pelajar Tingkatan Satu. Minggu Silaturrahim ini bermula pada 6 Januari 2011 yang lalu dan sepanjang program ini, para pelajar Tingkatan Satu telah pun didedahkan kepada pelbagai aktiviti-aktiviti yang akan dapat membantu mereka dalam menyesuaikan diri dengan sekolah ini.

Kemuncak bagi Minggu Silaturrahim ialah Pertandingan Bakat Muda dimana diharapkan ia dapat mencungkil dan mengetengahkan bakat yang ada dikalangan para pelajar Tingkatan Satu.

Seluruh warga sekolah berserta ibubapa para pelajar Tingkatan Satu telah pun hadir di Dewan Besar SEMESRA untuk sama-sama menyaksikan kehebatan para pelajar ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh wakil pelajar Tingkatan Satu iaitu adik Amir Mohd Uqail yang juga merupakan tokoh pelajar lelaki sepanjang Minggu Silaturrahim ini.



Ini diikuti dengan ucapan dari Pengetua Cemerlang Dato' Hj Azam Md Atan yang menegaskan sekali lagi bahawa para pelajar perlu cemerlang dalam segala aspek bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga didalam bidang kokurikulum. Selain itu, untuk dianggap cemerlang, para pelajar juga perlu mempunyai sahsiah yang terpuji.




Selepas ucapan dari Pengetua, persembahan para pelajar pun bermula. Antara yang dipersembahkan termasuklah dikir barat, nasyid, tarian zapin serta pantomim.


antara persembahan pelajar


antara hadirin yang sama hadir

Sebelum majlis bersurai, hadiah-hadiah telah disampaikan kepada semua pemenang bagi semua pertandingan yang telah dijalankan sepanjang Minggu Silaturrahim ini. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengetua Cemerlang SEMESRA.

Pertandingan Bola Sepak
Johan: JP1
N. Johan: AZ1
Ketiga : LM1

Pertandingan Bola Jaring
Johan: KP2
N. Johan: AZ2
Ketiga : JP1

Explorace KP2 & JP 1

Persembahan
Johan : KP1
N. Johan : JP1
Ketiga : JP2
Keempat : LM1
Kelima : LM2

Tokoh Pelajar Lelaki : Amir Mohd Uqail
Tokoh Pelajar Perempuan: Alia Nadhira



Tahniah diucapkan kepada semua para pelajar Tingkatan Satu atas kejayaan mereka menempuhi Minggu Silaturrahim ini dengan jayanya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Minggu Silaturrahim ini.