15 January, 2017

Kursus Kepimpinan Majlis Tertinggi Rumah dan Lembaga Kepimpinan Pelajar

Pada 13 Januari yang lalu telah diadakan Kursus Kepimpinan bagi Majlis Tertinggi Rumah dan Lembaga Kepimpinan Pelajar. Kursus ini diadakan untuk memastikan kelancaran tugas pada tahun ini. Kesemua pemimpin diingatkan semula tentang tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan mengikut bidang masing-masing.






Diharapkan kursus ringkas ini dapat membantu para pemimpin SEMESRA untuk menjalankan tugas dengan cekap, pantas dan amanh.

12 January, 2017

Taklimat Kokurikulum

Taklimat Kokurikulum 2017 telah diadakan pada 11 Januari bersamaan hari Rabu di Dewan Dato' Haji Azam. Taklimat telah diberikan oleh Puan Hasni Bakar mengenai aktiviti-aktiviti kokurikulum yang akan diadakan pada tahun ini. Beliau juga telah memberi informasi mengenai sasaran SEMESRA dalam setiap bahagian kokurikulum pada tahun ini.


 
 

Selepas taklimat, para pelajar dikehendaki mendaftar unit kokurikulum masing-masing. Urusan pendaftaran selesai pada pukul 4.30 petang.

07 January, 2017

Gotong Royong Perdana Blok Akademik

Gotong Royong Perdana bagi blok akademik telah diadakan pada hari Sabtu 7 Januari 2017 bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Guru-guru dan para pelajar SEMESRA telah bekerjasama dalam memastikan keceriaan dan kebersihan kelas masing-masing. Selain daripada kelas, bilik-bilik khas juga telah diceriakan bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran adalah dalam keadaan kondusif.

 
 
 
 
 

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan gotong royong ini. Diharapkan agar kebersihan dan keceriaan kelas dapat dikekalkan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam keadaan optimum.

Jadual Warden Januari 2017


Untuk makluman dan tindakan ibu bapa dan penjaga,  berikut dipaparkan Jadual Warden bagi bulan Januari 2017.
Harap maklum.

04 January, 2017

Taklimat HEM 1/2017

Taklimat HEM bagi tahun 2017 telah diadakan pada hari Rabu malam di Dewan Dato' Haji Azam, SEMESRA. Taklimat ini diadakan bertujuan untuk mengingatkan semula pelajar-pelajar akan peraturan-peraturan sekolah. Ini adalah untuk memastikan sekolah dan asrama adalah dalam keadaan yang kondusif untuk semua pelajar.

Taklimat HEM telah disampaikan oleh En Shafian bin Hj Ishak.


Diharapkan agar taklimat ini akan dapat memastikan sekolah mencapai target sifar kes disiplin pada tahun 2017. Sesungguhnya keadaan sekolah yang kondusif adalah amat penting bagi memastikan peningkatan kecemerlangan pelajar-pelajar di sekolah. SEMESRA juga berharap agar ibu bapa juga dapat membantu pihak sekolah  dalam memastikan anak-anak mereka mematuhi peraturan-peraturan sekolah.