14 April, 2011

Friendly Debates with Tunku Kurshiah College

Yesterday our school debaters had the opportunity to have a friendly debate with the debaters of Tunku Kurshiah College. This great oppotunity was provided by the English Debate Club of TKC that had kindly invited SEMESRA's English debating team.

The debates started at 3.30 p.m and two venues were prepared as each school was required to send in two teams.

The first teams of each school went head to head in the Multimedia Room.

preparation time


the TKC girls


in awe?


SEMESRA's turn to rebut

Thank you very much to the TKC Debating Team for organising such event. Hopefully the sparring match was beneficial for both teams.

13 April, 2011

Mimbar Surau SEMESRA

Alhamdulillah, kini surau SEMESRA telah pun mempunyai mimbarnya sendiri untuk digunakan semasa khutbah Jumaat. Mimbar ini telah pun selamat tiba di surau sekolah semalam.



Jutaan terima kasih diucapkan kepada salah seorang guru sekolah ini yang telah pun sudi mendermakan mimbar ini untuk kegunaan surau sekolah. Semoga Allah memberkati dan membuka pintu rezeki beliau dan juga keluarga beliau. Amin

10 April, 2011

MTAQ Peringkat Negeri

Semalam telah diadakan Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Negeri Sembilan dan SEMESRA telah diberikan kepercayaan oleh pihak JPNS untuk menjadi tuan rumah kepada majlis ini.



Peserta-peserta yang mewakili daerah masing-masing telah datang seawal pukul 8.00 pagi untuk mendaftar di Dewan SEMESRA. Kemudiannya mereka telah dibawa oleh petugas-petugas SEMESRA ke bilik-bilik pertandingan masing-masing.

Acara pertandingan bermula lebih kurang pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari. Antara yang dipertandingkan adalah pertandingan bercerita peringkat sekolah rendah, syarahan untuk sekolah menengah, berzanji dan marhaban untuk peringkat sekolah menengah dan sebagainya.


berzanji dan marhaban


khat



pertandingan bercerita



tilawah Al-Quran perempuan

SEMESRA menghantar wakil untuk kategori syarahan perempuan. Walaupun tidak berjaya mendapat tempat, tahniah diucapkan atas persembahan yang dipertunjukkan.


wakil tunggal SEMESRA

Majlis penutupan MTAQ Peringkat Negeri ini telah disempurnakan oleh YTM Dato' Lela Maharaja Dato' Haji Muhammad Sharip b Haji Othman, Undang Luak Rembau.

Tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua warga SEMESRA yang telah sama-sama bertungkus-lumus untuk memastikan majlis ini berjalan dengan lancar. Semoga usaha kita akan diberkati olehNya.

09 April, 2011

Kejohanan Tenpin Boling MSSNS 2011

Pada 6-8 April yang lalu telah berlangsung Kejohanan Tenpin Boling MSSNS di Ampang Bowl, Seremban Parade. SEMESRA telah menghantar 2 pasukan Bawah 15 dan 2 pasukan Bawah 18 ke kejohanan ini.


Pasukan lelaki dan perempuan bawah 15

Pasukan bawah 15 telah bertanding pada 6 April dan berikut adalah keputusan perlawanan:

Lelaki Bawah 15
Terdapat 27 pasukan yang telah bertanding dalam kategori ini. Dengan jatuhan pin 2900, SEMESRA telah muncul johan daerah dan mendapat nombor 7 peringkat negeri.

Perempuan Bawah 15
21 pasukan telah bertanding dalam kategori ini dan dengan jatuhan pin sebanyak 2624, pasukan ini telah berjaya menjadi johan daerah dan mendapat nombor 4 peringkat negeri. Satu pasangan bergu SEMESRA juga telah berjaya mendapat tempat 7 dari 10 tempat terbaik.


aksi pemain pasukan bawah 15

Pasukan Bawah 18 pula telah bertanding pada keesokan harinya iaitu pada 7 April 2011.


pasukan bawah 18

Berikut adalah keputusan bagi kategori Bawah 18.

Lelaki Bawah 18
33 pasukan telah bertanding dan SEMESRA berjaya muncul johan daerah dan mendapat tempat ke 6 peringkat negeri dengan jatuhan pin 3305. Seorang pemain boling Bawah 18 SEMESRA iaitu Muhammad Hafizul Asyraf berjaya mendapat tempat ke 8 individu terbaik dalam kejohanan ini.

Perempuan Bawah 18
Untuk kategori ini, terdapat 26 pasukan yang telah sama-sama memeriahkan kejohanan ini. Dengan jatuhan pin 2863, SEMESRA sekali lagi muncul sebagai johan daerah dan mendapat tempat ke 4 negeri.

Pasangan bergu Amirah dan Nadira pula telah berjaya mendapat tempat 3 terbaik di dalam kejohanan ini. Amirah juga telah berjaya mendapat tempat ke 8 individu terbaik negeri.


aksi pasukan bawah 18

Dua daripada pemain boling SEMESRA iaitu Muhammad Hafizul Asyraf dan Amirah Syahmi telah berjaya ke peringkat play-off yang telah diadakan pada 8 April untuk pemilihan wakil negeri. Kedua-dua pemain berjaya memperbaiki kedudukan mereka di dalam senarai 10 pemain terbaik negeri walaupun tidak berjaya mewakili negeri ke kejohanan peringkat MSSM.

Tahniah diucapkan kepada pasukan boling sekolah. Semoga kejayaan ini dapat menjadi pembakar semangat untuk terus berjaya di peringkat yang lebih tinggi.

02 April, 2011

Debat Persahabatan bersama SBPI Jempol

Pada 31 Mac yang lepas, satu lagi debat persahabatan telah diadakan bagi pasukan bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai persiapan untuk menghadapi HKSBP pada bulan Mei depan.

Kali ini, debat persahabatan telah diadakan bersama SBP Integrasi Jempol.


pasukan debat SBPI Jempol


aksi pendebat SEMESRA


SBPI English debaters


SEMESRA's English debaters

Semoga debat persahabatan yang telah diadakan ini telah pun dapat memberi peluang kepada semua pendebat untuk memperbaiki persembahan mereka sebelum HKSBP berlangsung.