01 March, 2011

Tingkatan 4 Ambilan Kedua

Semalam, SEMESRA menerima lagi seramai 41 pelajar Tingkatan 4 untuk ambilan kedua.



Pendaftaran para pelajar ini bermula pada pukul 8.30 pagi dan kedatangan mereka telah disambut oleh guru-guru Tingkatan 4 berserta AJK Pelajar.



Selepas pendaftaran kelas dan asrama, para pelajar berserta ibubapa telah dapat bersama-sama untuk mendengar taklimat dari Pengetua Cemerlang SEMESRA, Dato' Hj Azam b. Md Atan. Para ibubapa juga diberi peluang untuk bertanya kepada pihak sekolah jika ada sebarang kemusykilan.





Selepas acara dewan selesai, para ibubapa dan pelajar bergerak pula ke koperasi sekolah untuk urusan pembayaran yuran koperasi.



Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar Tingkatan 4 Ambilan Kedua ini. Tahniah diucapkan kerana berjaya untuk menjadi sebahagian daripada warga SEMESRA.

25 February, 2011

Kedatangan Pn Ashah, Pengarah Bahagian Pengurusan SBPSK

Pada 23 Februari yang lepas, Pn. Ashah bt. Samah telah hadir di SEMESRA untuk menghadiri satu Mesyuarat Pengetua-pengetua SBP Zon Selatan. Beliau telah mengambil kesempatan ini untuk bertemu dengan semua para pelajar Tingkatan 3 dan 5 SEMESRA.



Tahun ini merupakan tahun pertama sekolah ini akan menghadapi peperiksaan awam. Oleh itu, beliau telah menyampaikan hasrat dan sasaran beliau untuk sekolah ini.

Para pelajar juga diberi kata-kata semangat dan perangsang agar mereka akan terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang didalam peperiksaan yang bakal dihadapi tidak lama lagi.


cenderamata dari pihak sekolah kepada beliau

Diharapkan agar kata-kata semangat yang telah diberikan oleh Puan Pengarah SBPSK akan terus menyuntik semangat para pelajar SEMESRA dalam mencipta kejayaan yang gemilang dibidang akademik.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan Pengarah diatas keprihatinan yang diberikan terhadap sekolah ini.

22 February, 2011

Program Cabaran Angkasawan

Seorang pelajar SEMESRA iaitu Bah Azakirana Krisna a/l Atan telah berjaya mengharumkan nama sekolah apabila berjaya menempatkan diri ke Fasa Kedua Program Cabaran Angkasawan 1Malaysia baru-baru ini.

Program Cabaran Angkasawan 1Malaysia ini telah diadakan untuk menguji keberkesanan Program Angkasawan Pertama Negara terhadap rakyat Malaysia.

Fasa Pertama Program ini telah diadakan pada tahun lepas iaitu pada 10 November 2010 di MITC, Melaka. Fasa ini telah menguji ketahanan peserta-peserta dari segi mental dan fizikal. Antara ujian yang dijalankan adalah larian 3.5 km, kuiz pengetahuan dan sebagainya.

Bah telah berjaya menempatkan diri ke Fasa 2 apabila muncul sebagai wakil zon. Beliau telah mempamerkan prestasi yang baik dengan mengalahkan peserta-peserta lain yang bukan sahaja terdiri dikalangan para pelajar bahkan lepasan graduan dan juga penjawat awam.

Fasa 2 pula telah diadakan di Pulau Langkawai dari 23-28 Jan 2011. Kali ini ujian-ujian adalah lebih mancabar seperti ikhtiar hidup di darat, ikhtiar hidup di laut, emparan (simulasi angkasawan) dan sebagainya.

antara aktiviti-aktiviti yang dilalui oleh para peserta

Walaubagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Bah apabila beliau tidak berjaya untuk mendapatkan hadiah utama iaitu peluang melawat Star City, Russia. Namun, sekalung tahniah diucapkan kepada semangat kental yang telah ditunjukkan oleh beliau sepanjang program ini.

Sijil dan trofi penyertaan telah disampaikan oleh Pengetua Cemerlang Dato' Hj Azam b. Md Atan semasa perhimpunan rasmi yang lepas.


Bah bersama Pengetua Cemerlang SEMESRA dan GPK Kokurikulum

Perlawanan Hoki Antara Rumah

Minggu lepas telah diadakan perlawanan hoki antara rumah. Setiap rumah dikehendaki menghantar satu pasukan lelaki dan perempuan untuk pertandingan ini. Sistem liga telah digunakan bagi pertandingan ini.

Salah satu objektif perlawanan adalah untuk mencari pemain-pemain yang berkebolehan untuk mewakili sekolah ke Kejohanan Hoki Peringkat SBP di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.

Laporan pertandingan telah disampaikan oleh Sdr Muhammad Al-Afnan Abu Bakar.



Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

Hoki (L)
Johan: Lela Maharaja
Naib Johan: Kelana Petra
Ke-3: Johan Pahlawan
Ke-4: Akhirul Zaman

Hoki (P)
Johan: Johan Pahlawan
N. Johan: Kelana Petra
Ke-3: Lela Maharaja
Ke-4: Akhirul Zaman




Hadiah telah disampaikan oleh Pengetua Cemerlang SEMESRA, Dato' Hj Azam b. Md Atan. Tahniah diucapkan kepada pemenang. Semoga kejayaan akan berulang di bumi Mozac.

19 February, 2011

Majlis Pengisytiharan Solat Jumaat di Surau SEMESRA

Alhamdulillah, pada hari Jumaat yang barakah semalam telah berjaya diadakan satu majlis Perisytiharan Solat Jumaat di surau SEMESRA. Setelah diperkenankan oleh Mufti Negeri Sembilan, pelajar-pelajar lelaki sekolah ini akan dapat menunaikan solat Jumaat di surau SEMESRA.



Majlis yang penuh sejarah ini telah dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh Sdr Mohammad Najmuddin b. Najib.




Seterusnya adalah ucapan daripada Pengetua Cemerlang SEMESRA, Dato' Hj Azam b. Md Atan. Beliau melahirkan rasa terima kasih pihak sekolah kepada pihak Mufti Negeri Sembilan yang telah pun membenarkan solat Jumaat diadakan di surau sekolah. Beliau berjanji akan memastikan kebenaran bersolat ini tidak akan dipersia-siakan.


Pengetua Cemerlang SEMESRA

Kemudian giliran Mufti Negeri Sembilan Yg Berhormat Dato' Hj Mohd Yusof b. Hj Ahmad untuk memberikan sepatah dua kata dan seterusnya mengisytiharkan bahawa surau sekolah diberikan kebenaran untuk mengadakan solat Jumaat.


Dato' Mufti Negeri Sembilan

Sekalung terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah membantu dalam memastikan surau sekolah dapat digunakan untuk Solat Jumaat. Semoga usaha anda akan diberkati Allah jua.