02 January, 2018

Sesi Persekolahan 2018 bermula

Selamat Tahun Baru 2018 diucapkan  kepada seluruh warga SEMESRA. Pada 1 Januari lalu telah diadakan pendaftaran pelajar-pelajar Tingkatan 2, 3, 4, dan 5 di Dewan Dato' Haji Azam bermula pada pukul 2.00 petang.

Pelajar-pelajar yang hadir bersama ibu bapa telah mendaftar nama dan menyelesaikan yuran sebelum masuk ke asrama.

 
 

Dengan selesainya pendaftaran masuk ke asrama, sesi persekolahan bagi tahun 2018 pun  bermula. Semoga tahun 2018 akan terus membawa SEMESRA ke mercu kecemerlangan dan kegemilangan.

31 December, 2017

Makluman Pendaftaran Tingkatan 2, 3, 4 dan 5

Untuk makluman warga SEMESRA,

Pendaftaran bagi pelajar-pelajar Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 1 Januari 2018
Hari: Isnin
Masa: 2.00 petang
Tempat: Dewan Dato' Haji Azam

 

Mohon perhatian dan tindakan semua. Terima kasih.

Perutusan Terakhir Bonda Pengetua

Assalamualaikum wm wbt dan Salam Sejahtera,

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segala bentuk bantuan yang telah diberikan semasa saya menjalankan tugas. Sokongan dan kerjasama dari ibu bapa dan penjaga memudahkan pentadbiran sekolah.

Teruskan memberi kerjasama kepada pengetua baru dalam pengurusan sekolah dalam usaha membawa SEMESRA ke persada antarabangsa.

Ampun maaf atas segala salah silap.

Norzila binti Idris
Bersara mulai 1 Januari 2018

Terima Kasih Bonda Pengetua


Selamat bersara diucapkan kepada Puan Hajah Norzila binti Idris, pengetua SEMESRA. Terima kasih atas segala pengorbanan dan sumbangan yang diberikan kepada SEMESRA hingga SEMESRA berjaya mencapai pelbagai kejayaan sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

Puan Hajah Norzila merupakan pengetua yang kedua bagi SEMESRA.  Beliau memulakan tugas sebagai pengetua SEMESRA pada Jun 2011 dan menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam pada 1 Januari 2018 selepas berkhidmat selama 34 tahun.

Terima kasih bonda pengetua. Semoga Allah akan terus merahmati dan mengurniakan kesihatan kepada bonda dan keluarga. Doakan SEMESRA untuk terus cemerlang dan menempa nama sehingga ke persada antarabangsa.

Nota: Untuk makluman warga SEMESRA, majlis persaraan bonda pengetua akan dibuat pada 4 Januari 2018. Mohon perhatian dan tindakan semua pihak.

14 December, 2017

Tahniah Valedictorian 3!

Tahniah diucapkan kepada batch Valedictorian Cycle 3 atas kejayaan cemerlang mereka dalam keputusan  PT3 yang telah diumumkan pada hari ini. Seramai 10 pelajar berjaya mendapat straight A pada tahun ini.

 
 
 
 

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar Tingkatan 3 atas kejayaan ini. Semoga ia akan menjadi perangsang untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang seterusnya.