08 February, 2017

Sijil SPM 2015

Untuk makluman batch SPM 2015 Valedictorian Cycle 2,

Sijil SPM anda telah diterima oleh pihak sekolah. Oleh itu anda boleh mendapatkan sijil SPM anda di pejabat SEMESRA mengikut waktu pejabat.

Sekian, harap maklum.

Kursus Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Daerah Rembau

Satu Kursus Kepimpinan bagi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah diadakan di PPD Rembau pada 8 Februari 2017 bagi semua sekolah di daerah Rembau. SEMESRA telah menghantar seramai 4 pelajar ke kursus ini.

Sepanjang kursus, pelajar-pelajar telah mengikuti pelbagai aktiviti yang dirancang seperti ice breaking dan team building.  Kursus ini diadakan bertujuan untuk memantapkan lagi kepepimpinan PRS agar dapat berfungsi dengan efektif di sekolah. Mereka juga telah dilatih bagaimana untuk mengendalikan aktiviti sebagai seorang PRS di sekolah.


Diharapkan agar kursus ini telah dapat memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan yang mencukupi kepada PRS SEMESRA untuk dipraktikkan di sekolah dalam membantu rakan-rakan yang lain.

Kejohanan Badminton MSSD Rembau 2017

Pada 6 - 7 Februari yang lalu telah diadakan Kejohanan Badminton MSSD Rembau di SMK Datuk Abdullah. SEMESRA telah menghantar pasukan badminton sekolah untuk mengambil bahagian.
 

Alhamdulillah  SEMESRA telah  berjaya mendapat tempat dalam kejohanan ini. Muhammad Hairudin dan Muhammad Azim telah berjaya mendapat tempat Naib Johan Bergu L18 manakala Muhammad Azim telah berjaya mendapat tempat ketiga L18. Nur Natasha Zafirah dan Nurul Afira Syakirah pula telah mendapat tempat ketiga P18.

 

Tahniah diucapkan kepada pasukan badminton sekolah. Semoga akan terus dapat cemerlang dalam pertandingan-pertandingan yang disertai.

07 February, 2017

Jemputan ke Majlis Penetapan Target PT3 dan SPM 2017

Sukacita dimaklumakan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Majlis Penetapan Target bagi PT3 dan SPM 2017 mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 24 Februari 2017
Tempat: Dewan Dato' Hj Azam
Masa: 8.00 - 9.30 pagi

Sehubungan dengan perkara di atas, pihak sekolah dengan segala hormatnya menjemput ibu  bapa dan penjaga pelajar-pelajar Tingkat 3 dan 5 untuk bersama-sama dalam majlis ini.

Kehadiran ibu bapa dan penjaga amatlah dihargai demi kebersamaan kita dalam memberi sokongan dan motivasi kepada anak-anak untuk memastikan kejayaan mereka dalam peperiksaan tersebut.

Segala kerjasama dan perhatian pihak tua/puan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Takwim Februari 2017

Dipaparkan takwim bagi bulan Februari untuk makluman dan tindakan tuan/puan.