04 January, 2017

Selamat Datang Pelajar-pelajar Baharu Tingkatan 1

Warga SEMESRA mengucapkan selamat datang kepada 137 warga baharu SEMESRA yang telah mendaftar masuk pada hari ini.


Selesai urusan pendaftaran dan taklimat dari Puan Pengetua Pn Hjh Norzila serta YDP PIBG Datuk Azhar, para pelajar Tingkatan 1 telah dibenarkan untuk mengemas katil dan barang mereka bersama ibu bapa.


Para pelajar ini akan menyertai Minggu Silaturahim selama sebulan bagi membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan berasrama. Sekali lagi diucapkan selamat datang kepada semua pelajar-pelajar Tingkatan 1. Semoga pilihan ini akan dapat membantu anak-anak semua untuk terus cemerlang dalam bidang akademik dan kokorikulum serta sahsiah diri, insyaAllah.

03 January, 2017

Selamat Kembali ke Sekolah!

Pada 2 Januari 2017, pelajar-pelajar SEMESRA telah mendaftar masuk bagi memulakan penggal persekolahan yang baharu bagi tahun 2017.

Selain pendaftaran masuk, ibu bapa pelajar juga mengambil kesempatan ini untuk membayar sumbangan kepada sekolah.


Perhimpunan pertama sekolah telah diadakan di Dewan Dato' Hj Azam. Pada kesempatan ini, Puan Pengetua Pn Hjh Norzila telah memperkenalkan guru-guru yang baharu serta membacakan senarai nama guru yang telah berpindah. Beliau juga mengumumkan persaraan Pn Hjh Rapieh dan tempat beliau telah digantikan oleh Puan Sabariah bt Samad sebagai GKMP Vokasional dan Teknik.

Puan Pengetua juga mengucapkan tahniah kepada 14 orang pelajar yang telah mendapat 10A dalam PT3 2016. Dalam ucapan pertama beliau, beliau meletakkan harapan agar semua pelajar dapat melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar dengan baik supaya kejayaan cemerlang dapat diperoleh.

 
 
 

Selamat kembali semula ke sekolah diucapkan kepada semua warga SEMESRA. Semoga kita akan terus melakar kejayaan gemilang pada tahun 2017 ini.

31 December, 2016

Persediaan Persekolahan 2017

Sesi persekolahan bagi tahun 2017 akan bermula pada 3 Januari 2017.  Bagi persediaan persekolahan untuk tahun 2017, guru-guru SEMESRA telah mula bermesyuarat pada 27 - 29 Disember 2016.


Mesyuarat AJK PIBG juga telah diadakan pada 30 Disember untuk kebersamaan ibu bapa dan pihak sekolah dalam memacu kecemerlangan sekolah.


Semoga segala perancangan bagi tahun 2017 akan berjalan dengan lancar dan diharapkan agar semua warga SEMESRA dapat bersama-sama mengembling tenaga untuk meneruskan kecemerlangan sekolah.

19 December, 2016

Penyerahan Keputusan PT3 2016

Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3 atas peningkatan keputusan PT3 2016. Majlis penyerahan keputusan PT3 telah diadakan pada hari ini, Isnin di Bilik Mesyuarat bermula pada pukul 10 pagi.



Seramai 14 orang pelajar telah berjaya mendapat 10A dan Gred Purata Sekolah (GPS) juga bertambah baik kepada 1.45. Tahniah diucapkan kepada kesemua 144 pelajar Tingkatan 3 2016 atas kejayaan ini. Semoga kejayaan ini akan menjadi perangsang kepada semua untuk terus berusaha meningkatkan prestasi akademik dan seterusnya mencapai kejayaan yang lebih gemilang dalam peperiksaan yang seterusnya iaitu SPM 2018. 

16 December, 2016

Pengumuman Keputusan PT3 2016

Untuk makluman warga SEMESRA,

Keputusan PT3 akan diumumkan pada hari Isnin depan bersamaan 19 Disember 2016. Pelajar-pelajar Tingkatan 3 2016 boleh mendapatkan keputusan masing-masing mulai pukul 10 pagi di Foyer Sekolah. Pelajar-pelajar juga diminta untuk berpakaian kemas semasa mengambil keputusan.

Sekian, harap maklum.