14 August, 2016

Junior English Innovation Lab

Pada 11 sehingga 13 Ogos yang lalu, SEMESRA telah mengambil bahagian dalam pertandingan Junior English Innovation Lab yang telah diadakan di MRSM Gemencheh. Pertandingan yang bertaraf antarabangsa ini telah disertai oleh semua MRSM Zon Selatan, SBP Negeri Sembilan, sekolah-sekolah harian Negeri Sembilan dan juga Indonesia.

Dalam pertandingan ini, para peserta telah membentangkan inovasi masing-masing yang telah membantu diri mereka serta rakan- rakan untuk belajar sesuatu topik atau subjek dengan lebih berkesan.

SEMESRA telah membentangkan projek inovasi untuk subjek Bahasa Inggeris dengan tajuk Snakes and Ladders v2.0.


SEMESRA telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam kategori Bahasa Inggeris dan mendapat kedudukan ke-8 antara 34 projek yang dipertandingkan. Tahniah diucapkan kepada para peserta. Semoga kejayaan ini akan memberi perangsang kepada semua pelajar untuk berdaya kreatif dan berinovasi dalam memastikan teknik pembelajaran mereka adalah berkesan dan berdaya saing. 

Fully Residential Schools International Symposium (FRSIS) 2016

Pada 9 hingga 13 Ogos yang lalu, SEMESRA telah menyertai Fully Residential Schools International Symposium (FRSIS) yang diadakan di SM Sains Selangor. Pertandingan yang bertaraf antarabangsa ini disertai oleh semua SBP serta sekolah-sekolah jemputan dari Singapura, India, Filipina, Vietnam, Thailanda dan Indonesia.

Pada tahun ini FRSIS bertemakan Education dan SEMESRA telah diundi untuk  membentangkan tajuk Financial Stability Promotes Nation Building.


Alhamdulillah, SEMESRA telah berjaya mendapat Silver Award dalam pertandingan ini. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang mengambil bahagian. Semoga SEMESRA terus gemilang di persada antarabangsa.

06 August, 2016

Petrosains Science Show Competition Peringkat Negeri Sembilan 2016

Pada 4 Ogos yang lalu, SEMESRA telah menyertai Petrosains Science Show Competition peringkat negeri bertempat di SMK Seremban 3.


Alhamdulillah, SEMESRA telah muncul sebagai johan negeri dan seterusnya akan mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar serta guru-guru yang terlibat atas kejayaan yang cemerlang ini. 

04 August, 2016

Takwim Ogos 2016 *Terkini*

Untuk makluman warga SEMESRA, 

Berikut disertakan takwim Ogos yang terkini. 

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga pelajar Tingkatan 3, anak jagaan anda hanya akan dibenarkan outing bermalam pada 26-28 Ogos dan bukan pada 19-21 Ogos kerana mereka akan menghadapi Peperiksaan Percubaan PT3 pada 22 sehingga 24 Ogos.


Harap maklum.

01 August, 2016

Sambutan Hari Raya Aildilfitri 2016

Jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini iaitu hari Isnin bersamaan 1 Ogos 2016. 

Semua warga SEMESRA yang lengkap berpakaian hari raya telah dihidangkan dengan pelbagai juadah hari raya seperti lemang, rendang dan sebagainya. 

Guru-guru dan pelajar-pelajar dengan kerjasama ibu bapa dan penjaga telah sama-sama membawa juadah sampingan bagi memeriahkan lagi sambutan hari raya ini. 


Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan pelajar serta ibu bapa yang telah sama-sama menyumbang bagi menjayakan program ini. Semoga ia dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim antara warga SEMESRA.