03 April, 2015

Jemputan ke Hari Terbuka Asrama 2015

Sukacita dimaklumkan SEMESRA akan menganjurkan Hari Terbuka Asrama mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 25 April 2015
Hari : Sabtu
Masa: 9 pagi - 4 petang

Sehubungan dengan itu, pihak kami menjemput dan mempersilakan tuan/puan untuk sama-sama hadir memeriahkan hari tersebut bersama-sama anak/jagaan tuan/puan. Antara aktiviti yang akan diadakan ilah aktiviti jualan makanan/minuman, derma darah, pameran oleh agensi-agensi kerajaan/swasta dan sebagainya.

Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan memeriahkan lagi Hari Terbuka Asrama SEMESRA pada tahun ini.

30 March, 2015

Takwim April 2015 *terkini*

Untuk makluman semua,

Di sini disertakan takwim bagi bulan April bagi rujukan dan perancangan tuan/puan.


Harap maklum. Terima kasih atas kerjasama dan perhatian semua.

26 March, 2015

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/2009: Penguatkuasaan Larangan Membawa dan Mengguna Telefon Bimbit oleh Murid di Sekolah

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga serta pelajar-pelajar SEMESRA,

Adalah dimaklumkan bahawa membawa dan mengguna telefon bimbit di sekolah adalah merupakan  satu kesalahan disiplin. Peraturan ini adalah mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil2/2009 yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.


Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berharap agar semua pihak dapat memberikan kerjasama berkenaan hal ini demi kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar di SEMESRA.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

18 March, 2015

Majlis Graduasi Pelajar-pelajar Tingkatan 5 2014

Untuk julung kalinya, SEMESRA telah mengadakan Majlis Graduasi bagi meraikan pelajar-pelajar Tingkatan 5 2014. Majlis ini telah diadakan pada 14 Mac yang lalu bertempat di Dewan Dato' Haji Azam.

Para pelajar beserta ibu bapa mereka telah diraikan dalam satu majlis yang gilang gemilang dimana penghargaan dan hadiah telah diberikan kepada mereka yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang baharu sahaja diumumkan.


Dalam majlis ini juga Arsyad bin Asnawi telah diumumkan sebagai Pelajar Terbaik SPM 2014 manakala Ahmad Daniel bin Ibrahim telah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan SPM 2014.

 Arsyad Asnawi bersama ibu

 Ahmad Daniel bersama ibu dan bapa

 Dua tokoh pelajar terbaik SPM 2014 SEMESRA

Seluruh warga sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Zealous 2014 atas pencapaian mereka bukan sahaja dalam SPM 2014 tetapi juga sepanjang mereka berada di SEMESRA dan semoga pengalaman di SEMESRA akan dijadikan asas untuk terus gemilang di masa hadapan, insyaAllah.