16 January, 2015

Makluman HEM 1/2015

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga SEMESRA,
1. Tiada lawatan pada hari Sabtu (17 Januari 2015) kerana ada aktiviti gotong royong kelas. 

2. Pada hari Ahad, ibu bapa dan penjaga dijemput untuk bersama-sama dalam aktiviti gotong royong asrama. Tiada lawatan dan outing harian pada minggu ini. 

3. Bagi ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Tingkatan 1, tiada lawatan pada minggu ini kerana para pelajar masih berada dalam Minggu Silaturrahim. 

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia 2015

Pada 15 Januari bersamaan hari Khamis telah berlangsung Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan bagi pelajar-pelajar SEMESRA. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Rembau, Datin Naemah binti Ahmad Dahalan.

Majlis bermula pada pukul 2.30 petang dan dalam ucapan beliau, Datin Naemah berharap agar semua pelajar akan dapat menggunakan bantuan yang diberikan dengan sebaik-baiknya.


Seterusnya, beliau telah menyampaikan RM100 kepada setiap pelajar SEMESRA.


Terima kasih diucapkan kepada Datin Naemah atas kesudian untuk menyampaikan bantuan tersebut kepada semua pelajar. Diharapkan bantuan tersebut akan digunakan dengan sebaik-baiknya bagi memenuhi keperluan persekolahan para pelajar.

Makluman Gotong Royong Perdana Asrama

Untuk perhatian dan kerjasama semua ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar SEMESRA,

Pada hari Ahad ini akan diadakan satu gotong royong perdana asrama bagi membersihkan dan menceriakan kamar-kamar aspura dan aspura. Gotong royong perdana ini akan bermula pada pukul 830 pagi - 12 tengahari.

Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan penjaga adalah dijemput hadir bagi sama-sama memastikan tempat kediaman anak-anak tuan/puan adalah dalam keadaan yang bersih dan selesa.

Ibu bapa dan penjaga adalah dialu-alukan untuk memberi sumbangan atau membeli barangan untuk kamar anak masing-masing. Antara sumbangan dan barangan yang boleh diberi adalah tikar getah, permaidani kecil, alas kaki, barang-barang hiasan kamar, tong sampah, jam dinding, alat-alatan pembersihan dan lain-lain. 

Pihak sekolah berharap agar ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar SEMESRA akan dapat memberikan kerjasama bagi memastikan kebajikan anak-anak terjaga. Semoga kehadiran tuan/puan akan dapat menyuntik semangat sekolah untuk terus berjaya dan gemilang pada tahun 2015 ini, insyaAllah. 

14 January, 2015

Pendaftaran Pelajar-pelajar Tingkatan Satu 2015

Seramai 137 pelajar Tingkatan 1 telah mendaftar sebagai warga baru SEMESRA pada 13 Januari (Selasa) yang lalu. Kedatangan pelajar-pelajar baru ini telah disambut mesra oleh pihak sekolah dengan bantuan para pemimpin pelajar.






Selamat datang diucapkan kepada paelajar-pelajar Tingkatan 1. Diharapkan agar para pelajar telah bersedia untuk menempuh alam persekolahan di sekolah berasrama penuh demi kejayaan di masa hadapan.

12 January, 2015

Makluman Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M)

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga SEMESRA,

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKPP1M) untuk pelajar-pelajar SEMESRA akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh & Hari              : 15 Januari 2015
Tempat                         : Dewan Haji Dato' Azam
Masa                            : 2.30 petang
Kadar bantuan             : RM 100/setiap murid
Penyampai                   : YBhg Datin Hajan Naemah binti Ahmad Dahalan
                                       Pegawai Pendidikan Daerah Rembau

Sekian untuk makluman.