12 January, 2015

Pendaftaran Pelajar-pelajar Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 bagi tahun 2015

Para pelajar SEMESRA telah mendaftar masuk semula ke sekolah pada 11 Januari bersamaan dengan hari Ahad yang lalu. Pendaftaran masuk bermula pada pukul 2 hingga 5 petang.

Sebelum mendaftar, para pelajar menyemak nama kelas dan kamar masing-masing sebelum bergerak ke kaunter-kaunter yang disediakan.



Selepas urusan pendaftaran dan pembayaran yuran, para pelajar bergerak ke asrama bagi urusan asrama pula.

 

Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua pelajar. Diharapkan para pelajar sudah bersedia untuk mengharungi sesi persekolahan 2015. Semoga SEMESRA akan terus gemilang pada tahun 2015 ini.

06 January, 2015

Makluman Lawatan dan Gotong Royong Perdana Asrama

Perhatian kepada ibu bapa dan penjaga serta pelajar-pelajar SEMESRA,

1. Tiada lawatan semasa cuti umum Hari Keputeraan YDP Besar Negeri Sembilan pada 14 Januari bersamaan hari Rabu.

2. Gotong Royong Perdana Asrama adalah bertarikh 18 Januari. Ibu bapa dan penjaga serta guru-guru akan bersama pelajar-pelajar dalam gotong royong ini. Surat mengandungi butiran lanjut mengenai perkara ini akan menyusul.

Harap maklum. 

29 December, 2014

Makluman Terkini Sesi Persekolahan Tahun 2015

Untuk makluman warga SEMESRA,

Berikut adalah tarikh baru melapor diri ke sekolah berikutan dengan kenyataan media yang telah dibuat oleh YAB Menteri Pendidikan Malaysia.

1. Tarikh lapor diri bagi pelajar-pelajar lama SEMESRA adalah pada hari Ahad (11 Januari 2015) jam 2 - 5 petang di Dewan Dato' Haji Azam.
Pakaian: T-shirt outing/Uniform sekolah

2. Tarikh lapor diri pelajar-pelajar baru Tingkatan 1 adalah pada hari Selasa (13 Januari 2015) jam 8 pagi di Dewan Dato' Haji Azam.
Pakaian: Uniform sekolah

3. Mesyuarat guru akan diadakan pada 6 - 7 Januari jam 8.30 pagi di Bilik Mesyuarat. Mesyuarat Panitia pula pada 8 - 9 Januari 2015 jam 8.30 pagi. Kehadiran adalah diwajibkan.

Harap maklum. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

26 December, 2014

Makluman kepada pelajar SEMESRA lepasan SPM 2013 & 2014

Untuk makluman dan tindakan pihak yang terlibat:

1. Sijil berhenti sekolah bagi pelajar-pelajar lepasan SPM 2014 sudah boleh diambil di pejabat mengikut waktu pejabat. 

2. Sijil SPM 2013 masih belum lagi sampai ke sekolah. Jika ada kemusykilan, boleh terus hubung pejabat sekolah di nombor 06- 607 0037.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

17 December, 2014

Penyerahan Slip Keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

Untuk perhatian para pelajar Tingkatan 3,

Adalah dimaklumkan bahawa slip keputusan bagi PT3 akan diserahkan kepada para pelajar mengikut ketetapan yang berikut:

Tarikh:  22 Disember 2014
Hari   : Isnin
Masa : 9 pagi - 11 pagi
Tempat: Pejabat SEMESRA

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda.