Untuk makluman ibu bapa dan penjaga,
1. Tiada lawatan pada hari Sabtu ini (16 Ogos 2014).
2. Hari Ahad (17 Ogos) adalah hari outing harian bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 & 4 dari jam 8 pagi hingga 6 petang.
3. Bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5, hanya lawatan sahaja dibenarkan pada hari Ahad bermula pada pukul 8 pagi - 6 petang.
Sekian, harap maklum.
14 August, 2014
28 July, 2014
Majlis Khatam Al-Quran dan Perasmian Penutupan Ihya' Ramadhan 1435H
Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Badan Dakwah dan Rohani SEMESRA telah menganjurkan Majlis Khatam Al0Quran dan Perasmian Penutupan Ihya' Ramadhan pada 25 Julai yang lalu bertempat di Dewan Dato' Haji Azam.
Sempena kedatangan bulan mulia, bulan Ramadhan, pelbagai aktiviti dan pertandingan telah diadakan. Antaranya ialah Tadarus Al-Quran, Ceramah Bertema, Syarahan Agama, Tiru Macam Saya dan Pertandingan Mereka Kad Raya.
Diharapkan agar semua aktiviti yang telah dijalankan telah berjaya menanamkan cinta para pelajar untuk lebih menghayati bulan Ramadhan.
11 July, 2014
Jadual Peperiksaan Percubaan SBP dan Kelas Persediaan 2014
Untuk makluman ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Tingkatan 5,
* click to enlarge
Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.
Berikut dilampirkan jadual Peperiksaan Percubaan SBP yang akan bermula pada 4 Ogos sehingga 19 Ogos 2014 beserta Kelas Persediaan bagi menghadapi peperiksaan tersebut.
Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.
Cuti Raya Aidilfitri 2014
Adalah
dimaklumkan bahawa cuti hari raya bagi semua pelajar adalah dari 26 Julai 2014
sehingga 3 Ogos 2014 . Namun demikian, bagi pelajar Tingkatan 5 mereka dimohon
untuk kembali ke sekolah lebih awal iaitu pada Jumaat (1 Ogos 2014) sebelum
jam 6.00 petang.
Ini adalah kerana Peperiksaan Percubaan
selaras SBP akan bermula pada 4 Ogos 2014. Amatlah diharapkan agar semua ibu
bapa/ penjaga memberi kerjasama untuk membolehkan program kelas tambahan
diadakan bagi persediaan peperiksaan.
Sekian, harap maklum.
Sekian, harap maklum.
02 July, 2014
Memohon Sumbangan Saham Akhirat Sempena Program Ihya' Ramadhan 2014
Sukacita dimaklumkan bahawa Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Badan Dakwah Dan Rohani Sekolah Menengah Sains Rembau mengadakan Tabung Saham Akhirat sempena program Ihya’ Ramadhan sebagai usaha menghidupkan bulan yang penuh keberkatan ini di kalangan warga sekolah.
Untuk makluman tuan, Tabung Saham Akhirat ini adalah untuk menampung perbelanjaan bagi setiap program sepanjang bulan ramadhan tahun ini. Selain itu, tabung ini juga akan diserahkan kepada anak-anak yatim dan golongan yang berpendapatan rendah di kalangan para pelajar Sekolah Menengah Sains Rembau.
Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik pihak tuan / puan agar dapat menghulurkan sumbangan ikhlas bagi membantu anak-anak yatim serta anak-anak daripada keluarga yang berpendapatan rendah di Sekolah Menengah Sains Rembau.Semoga usaha kita mendapat keredhaan Allah S.W.T.Sebarang pertanyaan berhubung maklumat di atas boleh berhubung dengan Ustaz Muhamad Shahizam Bin Harun (013 – 3935135) atau Ustazah Khafifah Binti Asri (013 – 7960516). Kerjasama pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)

