16 April, 2014

Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2014/2015

Ahli Jawatankuasa baru bagi Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah pun dilantik semasa Mesyuarat Agung PIBG yang telah dijalankan pada 21 Mac yang lalu.

Berikut adalah senarai nama ahli jawatankuasa dan nombor yang boleh dihubungi oleh para ibu bapa dan penjaga SEMESRA.

*click to enlarge

 
 barisan AJK PIBG 2014/2015

Pertandingan Pantun Peringkat Daerah

SEMESRA telah menyertai Pertandingan Pantun Peringkat Daerah Rembau pada 15 April yang lalu di SMKA Dato' Haji Abu Hassan Sail.


Alhamdulillah, pasukan sekolah telah berjaya menjuarai pertandingan ini. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang terlibat atas kejayaan ini. Dengan keputusan ini, ia telah melayakkan pasukan sekolah untuk mewakili daerah Rembau ke peringkat negeri.


Tahniah sekali lagi dan selamat berjaya di pusingan yang seterusnya.

15 April, 2014

Minggu Pusat Sumber dan Bahasa Antarabangsa 2014

Minggu Pusat Sumber dan Bahasa Antarabangsa telah dirasmikan oleh Pengetua Kanan SEMESRA Pn. Hajah Norzila binti Idris pada 7 April yang lalu.


Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah diadakan sepanjang minggu. Antaranya ialah Permainan Tradisional, tayangan filem, pameran buku, pameran kebudayaan bahasa antarabangsa serta persembahan bahasa.

Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang telah disampaikan oleh Pengetua pada 14 April.


Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga semua aktiviti yang telah dijalankan sepanjang minggu telah berjaya menerapkan budaya ilmu dalam kalangan pelajar SEMESRA.

10 April, 2014

Jemputan Hari Terbuka Asrama 2014

Untuk makluman semua,

SEMESRA akan mengadakan Hari Terbuka Asrama pada ketetapan yang berikut:

Tarikh    : 19 April 2014
Hari       : Sabtu
Bermula: 9 pagi - 6 petang

Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan termasuklah aktiviti memasak rendang, dodol dan lemang. Pertandingan-pertandingan seperti sukaneka dan sukan rakyat telah dirancang bagi memeriahkan Hari Terbuka Asrama 2014 ini. Pameran-pameran menarik juga akan diadakan seperti pameran dadah, pameran kesihatan serta pameran Angkatan Tentera Malaysia. Gerai-gerai jualan juga akan dibuka pada hari tersebut.

Semua adalah dijemput hadir bagi sama-sama memeriahkan Hari Terbuka Asrama SEMESRA 2014.

04 April, 2014

Lawatan Penandarasan Lembaga Pemimpin Pelajar SMK Juasseh

Pada 3 April yang lalu, barisan Lembaga Pemimpin Pelajar SM Sains Rembau telah menerima kunjungan dari pemimpin-pemimpin pelajar Sekolan Menengah Kebangsaan Juasseh. Lawatan ini bertujuan untuk bertukar-tukar fikiran dan pendapat dalam memperbaiki organisasi pemimpin pelajar sekolah masing-masing.


Selepas sesi taklimat dan bertukar-tukar fikiran selesai, para pelawat kemudiannya telah dibawa melawat ke Bilik Pemimpin Pelajar dan juga kawasan sekolah.





Diharapkan agar lawatan ini akan dapat memantapkan lagi organisasi lembaga pemimpin pelajar di kedua-dua sekolah.