Sekolah Menengah Sains Rembau, atau lebih lazim dikenali sebagai SEMESRA, adalah merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh dua gender (co-ed) yang terletak di daerah Rembau, Negeri Sembilan. Sekolah ini merupakan antara institusi pendidikan harapan negara dalam mendidik dan melahirkan insan berjaya dari segi semua aspek sekaligus berkemampuan memimpin negara pada masa akan datang.
Kampus institusi ini beroperasi di atas tapak seluas 15 ekar yang terletak berhadapan sebuah taman perumahan, Taman Desa Permai Kundur, iaitu berjarak 7 km dari Lebuhraya Utara-Selatan (simpang keluar Pedas-Linggi), 12 km dari Pekan Rembau, dan 38 km dari Bandar Seremban.
Lokasi SEMESRA di sekitar Kampung Pilin
Lokasi SEMESRA dari simpang keluar Pedas-Linggi di Lebuhraya Utara-Selatan
GPS: 2.524046,102.049258
GPS: 2.524046,102.049258