27 January, 2017

Majlis Penyerahan Telefon YES kepada Guru - Guru SEMESRA

Pada 25 Januari yang lalu, satu Majlis Penyerahan Telefon YES kepada semua guru telah diadakan di Bilik Mesyuarat SEMESRA. Telefon pintar Altitude YES ini diberikan untuk memudah dan mempertingkat pengalaman pengajaran dan pembelajaran para guru.



Selari dengan perkembangan pendidikan semasa, telefon ini diharapkan akan dapat memudahkan para guru untuk berkongsi bahan pengajaran yang berkualiti dengan guru-guru lain sekaligus meningkatkan penggunaan ICT dalam pendidikan.

Program Kepimpinan Nurturing Young Leaders 2017

Pada 16 -19 Januari yang lalu, dua orang pelajar SEMESRA iaitu Khairilanwar bin Kamarudin dan Muhammad Amein bin Manap telah terpilih untuk menghadiri Kursus Kepimpinan 'Nurturing Young Leaders' yang dianjurkan oleh BSBPSK dengan kerjasama Yayasan Tenaga Nasional.

Kursus ini telah diadakan di Residen Hotel, Uniten dan disertai oleh kesemua 68 sekolah-sekolah berasrama penuh di Malaysia. Ia diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang peluang dan kerjaya yang berkaitan dengan kejuruteraan.


Diharapkan agar pendedahan yang diberikan sepanjang kursus berlangsung akan dapat membantu peserta-peserta untuk membuat keputusan yang tepat dalam pemilihan bidang pengkhususan dan kerjaya pada masa hadapan. Diharapkan juga ilmu yang diperolehi dapat disebar luas kepada rakan-rakan yang lain terutamanya kepada mereka yang berminat dalam bidang kejuruteraan.

26 January, 2017

Jadual Warden Februari 2017

Berikut ialah Jadual Warden bagi bulan Februari 2017 untuk perhatian dan tindakan tuan/puan.



Sekian, harap maklum.

25 January, 2017

Majlis Perlantikan Badan-badan Organisasi Sekolah 2017

Hari ini telah diadakan Majlis Perlantikan bagi Majlis Tertinggi Badan-badan Organisasi Sekolah bagi tahun 2017. Ahli-ahli Majlis Tertinggi bagi Badan Dakwah dan Rohani (BADAR), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Pengawas Pusat Sumber (PSS) telah diperkenalkan kepada warga SEMESRA dan sejurus selepas itu, bacaan ikrar telah dibuat. BAcaan ikrar telah diketuai oleh Muhammad Diniz Tuhfah, Ketua BADAR 2017.


Tahniah diucapkan kepada semua MT yang telah dilantik. Diharapkan agar amanah yang telah diberikan dapat disempurnakan dengan baik demi kebaikan kita semua.

Kejohanan Ping Pong Peringkat Daerah Rembau 2017

Pada tahun ini, SEMESRA telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Ping Pong Peringkat MSSD Rembau. Kejohanan ini telah diadakan di Dewan Dato' Haji Azam pada 23 dan 24 Januari.

Dalam kejohanan ini, 2 peserta dari SEMESRA telah mendapat hadiah dan pingat iaitu Aziim Baharam mendapat tempat ketiga dalam kategori Lelaki Bawah 18 manakala Inas Adalia telah menjadi johan dalam kategori Perempuan Bawah 15.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta dari SEMESRA. Tidak dilupakan juga kepada guru-guru dan pelajar-pelajar SEMESRA yang telah bersama-sama membantu dalam menjayakan kejohanan ini.

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah 2017

Pada 24 Januari yang lalu, SEMESRA telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Rembau.


Pasukan SEMESRA sekali lagi telah melakar kejayaan cemerlang apabila muncul sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah mewakili sekolah dalam acara ini. Semoga prestasi pasukan merentas desa sekolah akan terus cemerlang di masa akan datang.

21 January, 2017

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2017

Hari ini telah diadakan Kejohana Merentas Desa Peringkat Sekolah. Para pelajar telah berkumpul seawal pukul 7 pagi dan membuat aktiviti memanaskan badan. Mereka kemudiannya dilepaskan pada pukul 7.45 pagi mengikut kategori.

 

Majlis Penyampaian Hadiah telah diadakan di Dewan Dato' Haji Azam. Berikut adalah senarai pemenang bagi setiap kategori:
a) Kategori L15 - Akhirul Zaman
b) Kategori P15 - Lela Maharaja
c) Kategori L18 - Kelana Petra
d) Kategori P18 - Johan Pahlawan

 
 
 

Tahniah diucapkan kepada rumah Johan Pahlawan yang telah muncul sebagai Johan Keseluruhan bagi kejohanan ini.


Tahniah juga diucapkan kepada semua pelajar dan guru yang telah sama-sama menjayakan kejohanan ini.

19 January, 2017

Lawatan SMP Negeri 1 Padang, Indonesia

SEMESRA telah menerima kunjungan daripada sekolah SMP Negeri 1 Padang, Indonesia baru-baru ini. Delegasi dari SMP Negeri 1 telah tiba di SEMESRA pada 16 Januari dan disambut oleh pihak pengurusan, warden dan pemimpin-pemimpin pelajar.

Lawatan ini diadakan sebagai sebahagian program pengantarabangsaan bagi kedua-dua sekolah. Delegasi berada di SEMESRA bermula 16 - 19 Januari dan pelbagai acara telah diatur untuk mereka.


Pada hari kedua dan ketiga, pelajar-pelajar 3C dan 3D dan juga pelaja-pelajar Padang telah berpeluang untuk mengikuti sesi perkongsian ilmu dalam 4 mata pelajaran terpilih iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.



 
 
 


Pada malam Khamis telah diadakan Malam Kebudayaan sempena lawatan ini. Selain daripada persembahan dari kedua-dua sekolah, perjanjian MOU juga telah diperbaharui oleh wakil kedua-dua sekolah.


Delegasi Padang bertolak pulang pada pagi Khamis. Sebelum pulang, wakil sekolah SMP Negeri 1 telah sudi menyumbang dua pohon pokok untuk ditanam di SEMESRA sebagai simbolik ikatan dan jalinan antara dua sekolah.

 
 

Terima kasih diucapkan kepada delegasi daripada SMP Negeri 1 Padang atas kesudiaan mengunjungi SEMESRA. Semoga persahabatan dan ikatan antara dua sekolah akan terus utuh demi kecemerlangan pelajar-pelajar kedua-dua sekolah.

18 January, 2017

Mesyuarat Agung Unit-Unit Kokurikulum

Pada hari Rabu lepas telah diadakan Mesyuarat Agung Kokurikulum bagi ketiga-ketiga unit Persatuan/Kelab, Badan Beruniform dan Sukan Permainan.

 

Tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah terpilih untuk memegang jawatan-jawatan penting dalam unit-unit kokurikulum. Diharapkan agar pelajar-pelajar tersebut akan dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan cemerlang.

15 January, 2017

Gotong Royong Asrama

Hari ini telah diadakan Gotong Royong Asrama bermula pada pukul 8.00 pagi. Pelajar-pelajar dikendaki untuk mengemas, membersih dan menceriakan aras dan kamar masing-masing bagi memastikan keselesaan semua pihak.


Diharapkan agar kebersihan dan keceriaan asrama dapat dikekalkan sepanjang masa kerana ia merupakan faktor penting dalam memastikan kecemerlangan pelajar di sekolah.