28 February, 2016

Pertandingan Awal Kriket SBP Peringkat Kebangsaan 2016

Pada 18 hingga 21 Februari yang lalu, SEMESRA telah menyertai pertandingan Kriket SBP Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di SBPI Jempol, Negeri Sembilan.


Dalam kejohanan ini, SEMESRA telah menentang Intergrasi Jempol, Sains Tuanku Jaafar dan Sains Seremban sebelum layak ke peringkat akhir kategori bowl. Dalam perlawanan akhir kategori bowl. SEMESRA telah bertemu Sains Muzaffar Syah dan menang sekaligus menobatkan SEMESRA sebagai Johan Kategori Bowl.



Tahniah diucapkan kepada pasukan kriket sekolah dan juga guru-guru pembimbing atas kejayaan terbaik pasukan kriket sepanjang penglibatan sekolah dalam sukan ini. Semoga pasukan kriket sekolah akan terus berjaya meningkatkan pencapaian mereka dalam sukan kriket.

27 February, 2016

Program Ekspo Selangkah ke UITM 2016

Untuk perhatian pelajar-pelajar lepasan SPM,

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan akan menganjurkan Program Ekspo Selangkah ke UiTM pada ketetapan berikut:

Tarikh: 12 dan 13 Mac 2016 (Sabtu dan Ahad)
Masa: 9 pagi - 5 petang
Tempat: UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban 3

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan dan menyalurkan maaklumat terkini mengenai program-program yang ditawarkan di UiTM kepada pelajar-pelajar lepasan SPM agar dapat membuat pilihan yang tepat. Pelajar-pelajar juga berpeluang untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan daripada staf dan pensyarah bagi pilihan kursus yang diminati.

Semua pelajar lepasan SPM SEMESRA diseru untuk mengambil peluang baik ini agar ia dapat pelajar membuat pilihan yang tepat dalam pemilihan kursus kelak.

Terima kasih atas perhatian semua.

Ceramah Bulanan Februari

Untuk makluman semua,

Malam ini akan diadakan ceramah bulanan bersama PU Fakhrul di Surau An-Nur, SEMESRA bermula pada pukul 8 malam.

Semua Muslimin dan Muslimat adalah dijemput hadir untuk bersama-sama dalam majlis ilmu ini.



Terima kasih atas perhatian semua.

26 February, 2016

Majlis Bacaan Ruqyah

Untuk makluman ibu bapa/penjaga dan pelajar-pelajar SEMESRA,

Berikutan dengan peristiwa yang berlaku baru-baru ini, pihak sekolah akan mengadakan sesi rawatan khas bagi memastikan  agar ia tidak akan berulang kembali.

Oleh itu diminta kerjasama ibu bapa dan penjaga yang tinggal di Negeri Sembilan untuk datang bersama-sama dalam majlis ini. Tuan/puan diminta untuk membawa anak jagaan masing-masing  untuk solat Maghrib berjemaah dan diikuti dengan bacaan Ruqyah. Majlis ini akan dikendalikan  di Surau SEMESRA oleh Ustaz Raihan.

Tuan/puan dibenarkan untuk membawa  pulang semula anak-anak (pelajar perempuan Tingkatan 1, 2 dan 4) selepas majlis tamat. Majlis dijangka tamat pada pukul 10 malam. 

Kerjasama tuan/puan dalam menghadiri majlis ini amatlah diharapkan demi keselamatan dan kesejahteraan bersama. 

Terima kasih atas kerjasama dan perhatian semua.

25 February, 2016

Makluman HEM 1/2016

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga SEMESRA,

Para ibu bapa dan penjaga adalah dibenarkan untuk melawat anak jagaan masing-masing pada hari Ahad ini bersamaan 28 Februari 2016. Waktu lawatan adalah pada pukul 10 pagi sehingga 6 petang.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda. 

Notis Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Guru Kali ke-6/2016 *Terkini*

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-6 akan diadakan pada ketetapan yang berikut:

Tarikh: 5 Mac 2016 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Dato' Haji Azam, SEMESRA

Borang usul dan cadangan untuk tindakan tuan/puan telah pun dihantar dan perlu dikembalikan ke sekolah (u.p: Pn Siti Rafeah binti Abu Bakar) sebelum atau pada 29 Februari 2016.

Oleh itu, semua ibu bapa/penjaga adalah diseru untuk menghadirkan diri agar kita dapat bersama-sama merancang dan membantu demi kecemerlangan anak-anak kita. 

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

Nota:
Ibu bapa yang hadir ke mesyuarat PIBG ini adalah dibenarkan untuk membawa anak jagaan masing-masing untuk outing bermalam. Tuan/puan dikehendaki untuk menghantar pulang anak ke SEMESRA semula pada hari Ahad selewat-lewatnya pukul 5 petang.

23 February, 2016

Jadual Warden Mac 2016

 Untuk makluman dan tindakan ibu bapa dan penjaga SEMESRA

19 February, 2016

Takwim Mac 2016

Untuk makluman dan perhatian warga SEMESRA,

Takwim Februari 2016

Untuk makluman dan tindakan warga SEMESRA,


17 February, 2016

Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan Lima 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa semua pelajar Tingkatan Lima 2015 dan ibu/bapa/penjaga adalah dijemput untuk menghadiri Majlis Graduasi pelajar Tingkatan Lima 2015 yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh                   : 11 Mac 2016
Masa Pendaftaran : 2.15 petang
Majlis bermula      : 3 petang
Tempat                 : Dewan Dato' Haji Azam

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah menetapkan bayaran bagi setiap pelajar sebanyak RM 80.00 seorang. Pecahan bayaran adalah seperti berikut:

a. Gambar           : RM 30.00
b. Sewa Jubah     : RM 20.00
c. Jamuan             : RM 30.00

Segala bayaran boleh dibuat secara tunai atau cek atas nama PIBG Sek Men Sains Rembau pada masa penyerahan slip SPM (3 Mac 2016).

Pakaian semasa majlis adalah seperti berikut:
a. Lelaki - kemeja berlengan panjang, bertali leher, bersongkok hitam dan berkasut hitam
b. Perempuan - baju kurung/rasmi, berkasut hitam

Pelajar lelaki dikehendaki berambut pendek dan kemas. Pihak sekolah berhak untuk tidak membenarkan pelajar naik ke pentas sekiranya gagal mematuhi arahan ini.

Prosedur Mengambil Keputusan SPM

Makluman kepada pelajar lepasan SPM 2015, 

Adalah dimaklumkan bahawa keputusan SPM dijangka akan dikeluarkan mengikut tarikh yang telah dihebahkan melalui media elektronik dan media cetak iaitu pada hari Khamis, 3 Mac 2016.

Sehubungan dengan itu, para pelajar lepasan SPM 2015 adalah dimohon untuk hadir ke sekolah untuk Majlis Penyerahan Slip Peperiksaan SPM 2015 dengan penampilan kemas dan mematuhi perkara-perkara berikut:

a) Lelaki - Kemeja, seluar 'slack' dan berkasut, Rambut pendek dan tidak berwarna
b) Perempuan - Baju kurung/baju kebangsaan dan berkasut
** Jeans dan selipar adalah tidak dibenarkan. 

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.