30 November, 2015

Penganjuran Bersama Konvensyen Kajian Tindakan Sekolah-sekolah Berprestasi Tinggi 2015

SEMESRA dan SK Putrajaya Presint 9 (2) dengan kerjasama Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BSBPSK) telah berjaya menganjurkan Konvensyen Kajian Tindakan Sekolah-sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kali ke-3 yang telah diadakan di Institut Aminudin Baki, Genting Highlands pada 23 - 25 November yang lalu.

 
Konvensyen yang diadakan selama 3 hari tersebut telah dihadiri oleh wakil-wakil Sekolah-sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) serta Sekolah-sekolah Kluster (SK). 

Sebanyak 20 kajian tindakan telah dibentangkan sepanjang konvensyen berlangsung. Pembentangan-pembentangan ini telah berjaya memberi pendedahan dan ilmu kepada hadirin mengenai teknik-teknik pengajaran berkesan yang boleh dilaksanakan dalam kelas bagi membantu peningkatan penguasaan para pelajar dalam sesuatu mata pelajaran.

 

20 pengkaji terbaik telah diberi anugerah Emas, Perak dan Gangsa atas mutu penghasilan kajian mereka.


Tahniah SEMESRA kerana berjaya menganjurkan konvensyen peringkat kebangsaan dengan jayanya.

26 November, 2015

Penyerahan Sijil Peperiksaan SPM 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) bagi tahun 2014 telah diterima oleh pihak sekolah. Oleh itu, diminta para  pelajar sesi SPM 2014 untuk datang mengambil sijil SPM masing-masing pada waktu pejabat.

Waktu pejabat: 8 pagi - 5 petang.

Diminta untuk merujuk kepada Puan Ain di pejabat sekolah untuk urusan pengambilan sijil ini, Sekian, terima kasih.

20 November, 2015

Makluman HEM 8/2015

Untuk makluman semua warga SEMESRA,

1. Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2015 akan bermula pada 20 November 2015 sehingga 3 Januari 2016.
2. Ibu bapa bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga 4 dibenarkan untuk mengambil anak jagaan masing-masing mulai pukul 10 pagi pada 20 November 2015 (Jumaat) ini.
3. Mohon kerjasama semua ibu bapa dan penjaga memastikan semua barang anak jagaan masing-masing dibawa pulang.

Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

01 November, 2015

Pertandingan Menulis Esei Sains dan Teknologi Nuklear 2015 Peringkat Kebangsaan


Syabas diucapkan kepada Nor Aiman Amer bin Mohamad  Rani atas kemenangan membolot tempat pertama dalam Pertandingan Menulis Esei Sains dan Teknologi Nuklear Peringkat Kebangsaan 2015. Beliau berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1, 500 serta sijil.


Pertandingan ini telah dianjurkan oleh  Agensi Nuklear Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia yang melibatkan penyertaan pelajar dari seluruh Malaysia. Majlis Penyampaian Hadiah telah diadakan di Agensi Nuklear Malaysia, Bangi pada 26 Oktober yang lalu.





Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Aiman Amer yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan.