29 June, 2015

Memohon Sumbangan Saham Akhirat

Sempena bulan yang penuh keberkatan ini, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Badan Dakwah dan Rohani SEMESRA sekali lagi mengadakan Tabung Sumbangan Saham Akhirat bagi anak-anak yatim SEMESRA dan pelajar-pelajar SEMESRA dari kalangan berpendapatan rendah.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari tuan-tuan dan puan-puan bagi membantu menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri anak-anak SEMESRA ini. Sumbangan tuan puan boleh disalurkan melalui anak jagaan tuan puan sebelum atau pada 13 Julai 2015.
 
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Ustaz Shahizam ( 013 - 3935135) atau Ustazah Khafifah (013 - 7960516). Semoga segala amal bakti kita sepanjang bulan ini akan diredhai-Nya, insyaAllah.
 
*click to enlarge

26 June, 2015

Korea Schools Debate Open 2015

English Debate Team of SEMESRA had the opportunity to participate in the first Korea Schools Open held in Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, South Korea from 19 - 22 June 2015.

The team consisted of Aimannur, Nawal and Aqqil as debaters while Amalyn as an adjudicator. The school team went against schools which were very impressive in their analytical thinking and debate style. The team tried their very best to give the best debate but unfortunately they were unable to go for the break.

Nevertheless, the team was able to gain a lot of experience especially when it comes to topics and ways to prepare themselves for future debate tournaments. They were able to exchange ideas on how to analyse debate topics given and how to improve their performance as debaters.


The team also had the opportunity to savour and experience the unique and interesting culture of Korea.

It has been an eye-opener trip for the team and hopefully with this international exposure, the team will double their effort so that they will continuously do well in their debate competitions.

24 June, 2015

Makluman Cuti Hari Raya Aidilfitri 2015

Untuk makluman semua ibu bapa dan penjaga pelajar SEMESRA,

SEMESRA akan mula bercuti untuk Hari Raya Aidilfitri pada hari Selasa (14 Julai 2015) SELEPAS PUKUL 11 PAGI. Ibu bapa dibenarkan untuk mengambil anak masing-masing pada waktu yang telah dinyatakan di atas.

Sesi persekolahan akan bermula semula pada 22 Julai (Rabu) oleh itu para pelajar dimohon untuk pulang semula ke asrama pada 21 Julai (Selasa) sebelum pukul 5 petang.

Mohon perhatian dan kerjasama semua ibu bapa dan penjaga agar dapat merancang perjalanan menjemput dan menghantar anak masing-masing.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

15 June, 2015

Makluman HEM 5/2015

Untuk pengetahuan ibu bapa dan penjaga SEMESRA,

Berikut adalah makluman outing bermalam (OB) bagi bulan Jun 2015.

1. OB pada minggu 19 - 21 Jun 2015 - semua pelajar
2. OB pada minggu 26 - 28 Jun 2015 - pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 sahaja
 
* Pelajar-pelajar Tingkatan 3 telah dibenarkan balik bermalam pada 26 - 28 Jun bagi menyiapkan kerja kursus yang perlu mereka hantar pada 2 Julai 2015 (Khamis). Mohon agar ibu bapa dan penjaga dapat memantau agar mereka dapat menghabiskan tugasan semasa 2 kali outing bermalam yang telah diberikan kepada mereka.

Sekian, terima kasih atas perhatian dan tindakan semua.

06 June, 2015

Program Pengantarabangsaan ke Padang, Indonesia

SEMESRA telah berjaya mengadakan satu program pengantarabangsaan ke Padang, Indonesia baru-baru ini. Seramai 24 pelajar dan 12 guru telah turut serta dalam program ini yang bermula dari tarikh 31 Mei hingga 3 Jun 2015.

Agenda utama program ini adalah untuk membuat kunjungan ke SMP Negeri 1, Padang untuk bertukar-tukar fikiran dan idea untuk kebaikan sekolah dan warga sekolah. Kedatangan rombongan SEMESRA disambut meriah oleh warga SMP Negeri 1 Padang.


Kedua-dua sekolah juga berpeluang untuk menonjolkan seni kebudayaan negara masing-masing dalam lawatan ini.


Selain daripada pertukaran pintar, turut diadakan pertandingan pidato serta bahas Bahasa Inggeris di antara kedua-dua sekolah bagi mengembangkan kemahiran berdebat dan berpidato pelajar-pelajar.


Sesungguhnya lawatan ini telah memberi manfaat kepada kedua-dua sekolah dalam usaha untuk menempatkan sekolah masing-masing di persada antarabangsa. Kedua-dua sekolah secara keseluruhannya telah bersetuju untuk saling bantu-membantu bagi memperbaiki dan meningkatkan prestasi sekolah mengikut kelebihan masing-masing.



Semoga ikatan persahabatan antara kedua-dua sekolah akan terus terjalin di masa akan datang. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah SMP Negeri 1, Padang atas kesudian untuk menerima kunjungan SEMESRA walaupun hari lawatan SEMESRA jatuh pada hari cuti umum bagi Indonesia. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada seluruh warga sekolah tersebut yang hadir ke sekolah untuk menyambut kedatangan rombongan SEMESRA.