24 November, 2014

Majlis Perpisahan Guru

Pada 21 November yang lalu telah diadakan satu Majlis Perpisahan Guru bagi guru-guru yang berpindah sekolah mulai Januari 2015.

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada guru-guru yang berpindah iaitu Puan Hasnaa, Puan Gayatri dan Cik NoorHilma.


Seterusnya majlis penyampaian hadiah perpisahan bagi guru-guru yang diraikan ini.


Terima kasih diucapkan kepada guru-guru ini atas sumbangan kepada sekolah. Semoga guru-guru ini akan terus cemerlang di tempat baru.

17 November, 2014

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2014

Perhatian kepada ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2, 3 dan 4,

Dimaklumkan bahawa cuti akhir tahun persekolahan akan bermula pada Jumaat ini 21 November 2014. Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar SEMESRA dibenarkan untuk mengambil anak masing-masing mulai pukul 10.30  pagi.

Sekian, harap maklum.

05 November, 2014

SEMESRA diiktiraf Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

Alhamdulillah SEMESRA telah diiktiraf sebagai salah satu Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dalam satu majlis pengiktirafan yang telah diadakan di Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan pada 30 Oktober yang lalu.

Anugerah ini telah diumumkan dan disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada 13 sekolah yang terpilih bagi Kohort Kelima ini.


Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga SEMESRA yang telah sama-sama membangunkan dan menaikkan prestasi sekolah sejak ia dibuka sehingga sekarang. Walaupun SEMESRA hanya berusia 5 tahun, ia telah berjaya menempatkan diri di kalangan sekolah-sekolah ternama yang lain.

Semoga dengan pengiktirafan ini SEMESRA akan terus berusaha untuk menjadi lebih gemilang dalam semua bidang seiring dengan misi sekolah untuk menghasilkan pelajar berperibadi unggul bertaraf dunia.

03 November, 2014

Good Luck Zealous!

Hari ini bermulalah perjuangan pelajar-pelajar Tingkatan 5 dalam peperiksaan SPM mereka. Guru-guru dan para pelajar SEMESRA telah sama-sama mengiringi pelajar-pelajar Tingkatan 5 ke Dewan Dato' Haji Azam.


Seluruh warga sekolah mendoakan agar batch Zealous akan berjaya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan SPM ini.