28 July, 2014

Majlis Khatam Al-Quran dan Perasmian Penutupan Ihya' Ramadhan 1435H

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Badan Dakwah dan Rohani SEMESRA telah menganjurkan Majlis Khatam Al0Quran dan Perasmian Penutupan Ihya' Ramadhan pada 25 Julai yang lalu bertempat di Dewan Dato' Haji Azam.

Sempena kedatangan bulan mulia, bulan Ramadhan, pelbagai aktiviti dan pertandingan telah diadakan. Antaranya ialah Tadarus Al-Quran, Ceramah Bertema, Syarahan Agama, Tiru Macam Saya dan Pertandingan Mereka Kad Raya.


Diharapkan agar semua aktiviti yang telah dijalankan telah berjaya menanamkan cinta para pelajar untuk lebih menghayati bulan Ramadhan.

11 July, 2014

Jadual Peperiksaan Percubaan SBP dan Kelas Persediaan 2014

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Tingkatan 5,

Berikut dilampirkan jadual Peperiksaan Percubaan SBP yang akan bermula pada 4 Ogos sehingga 19 Ogos 2014 beserta Kelas Persediaan bagi menghadapi peperiksaan tersebut.

 * click to enlarge

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

Cuti Raya Aidilfitri 2014

Adalah dimaklumkan bahawa cuti hari raya bagi semua pelajar adalah dari 26 Julai 2014 sehingga 3 Ogos 2014 . Namun demikian, bagi pelajar Tingkatan 5 mereka dimohon untuk kembali ke sekolah lebih awal iaitu pada Jumaat (1 Ogos 2014) sebelum jam 6.00 petang.


Ini adalah kerana Peperiksaan Percubaan selaras SBP akan bermula pada 4 Ogos 2014. Amatlah diharapkan agar semua ibu bapa/ penjaga memberi kerjasama untuk membolehkan program kelas tambahan diadakan bagi persediaan peperiksaan.

Sekian, harap maklum.

02 July, 2014

Memohon Sumbangan Saham Akhirat Sempena Program Ihya' Ramadhan 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Badan Dakwah Dan Rohani Sekolah Menengah Sains Rembau mengadakan Tabung Saham Akhirat sempena program Ihya’ Ramadhan sebagai usaha menghidupkan bulan yang penuh keberkatan ini di kalangan warga sekolah.

Untuk makluman tuan, Tabung Saham Akhirat ini adalah untuk menampung perbelanjaan bagi setiap program sepanjang bulan ramadhan tahun ini. Selain itu, tabung ini juga akan diserahkan kepada anak-anak yatim dan golongan yang berpendapatan rendah di kalangan para pelajar Sekolah Menengah Sains Rembau. 

Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik pihak tuan / puan agar dapat menghulurkan sumbangan ikhlas bagi membantu anak-anak yatim serta anak-anak daripada keluarga yang berpendapatan rendah di Sekolah Menengah Sains Rembau.Semoga usaha kita mendapat keredhaan Allah S.W.T.Sebarang pertanyaan berhubung maklumat di atas boleh berhubung dengan Ustaz Muhamad Shahizam Bin Harun (013 – 3935135) atau Ustazah Khafifah Binti Asri (013 – 7960516). Kerjasama pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.