28 June, 2014

Kejohanan Olahraga Tahunan 2014

Kejohanan Olahraga Tahunan telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Jun yang lalu. Ia diadakan bertujuan untuk mengalakkan para pelajar SEMESRA untuk bersaing secara sihat dalam acara-acara yang telah disediakan.

Kejohanan telah dimulakan dengan perbarisan masuk kontinjen-kontinjen rumah sukan serta badan beruniform diikuti dengan bacaaan ikrar kejohanan oleh Ketua Pelajar SEMESRA.




Suasana Kejohanan Olahraga SEMESRA 2014



Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YDP PIBG SEMESRA Encik Azhar bin Mohamed.


Untuk sekelian kalinya, rumah Johan Pahlawan telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan Olaharaga kali ini. Tahniah diucapkan.

27 June, 2014

State Level English Language Drama Competition 2014

Last 24 June, our school hosted the State Level English Drama Competition. There were 8 schools that took part in the competition and SEMESRA was the representative of Rembau District.


Alhamdulillah, SEMESRA was announced as the second runner up in this competition. Congratulations to the team and the teachers for the hard work done in this competition.

23 June, 2014

Hari Koperasi Sekolah 2014

Pada 18 Jun yang lalu Pengetua Sekolah Menengah Sains Rembau telah merasmikan Hari Koperasi 2014. Majlis perasmian telah disempurnakan dengan ucapan dan upacara memotong riben. Hari Koperasi 2014 ini telah diadakan bermula 18 Jun sehingga 21 Jun yang lalu.


Pelbagai aktiviti  dan pertandingan telah dijalankan sepanjang minggu tersebut termasuklah Pertandingan Dikir Barat antara Rumah, Pertandingan Melukis Poster, Pertandingan Permainan Tradisional, Pertandingan Menulis Esei dan banyak lagi.


Majlis Penutup Hari Koperasi 2014 telah diadakan pada hari Sabtu di Dewan Dato' Haji Azam. Hadiah-hadiah telah disampaikan kepada pemenang-pemenang bagi semua pertandingan yang telah dijalankan sepanjang minggu.

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Minggu Koperasi pada tahun ini dan tahniah kepada semua pemenang.

11 June, 2014

Penempatan Semula Pelajar-pelajar Lelaki SEMESRA

Untuk makluman ibu bapa, penjaga serta pelajar-pelajar lelaki SEMESRA,

Pihak sekolah telah memutuskan untuk membuat penempatan semula bagi semua pelajar-pelajar lelaki SEMESRA di asrama bagi memastikan kebajikan dan pencapaian akademik pelajar-pelajar menjadi lebih sempurna.

Oleh yang demikian, diminta kerjasama ibu bapa dan penjaga untuk menghantar anak jagaan masing-masing ke sekolah sedikit awal pada hari Ahad 15 Jun 2014 bagi memastikan segala urusan perpindahan kamar dapat dijalankan dengan lebih lancar.

Senarai nama dan kamar bagi penempatan semula ini akan ditampalkan di papan kenyataan asrama untuk rujukan dan panduan semua pelajar. 

Terima kasih atas kerjasama dan perhatian semua.