25 June, 2013

Majlis Penutup Minggu Kokurikulum 2013

Semalam telah diadakan Majlis Penutup Minggu Kokurikulum. Minggu Kokurikulum ini telah berlangsung selama seminggu iaitu dari 17 - 22 Jun. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang minggu termasuklah pertandingan kawad kaki, senamrobik, gubahan, koir, balutan dan pertolongan cemas serta kempen derma darah.


Dalam ucapan beliau, Pengetua Kanan SEMESRA Pn. Hjh Norzila bt Idris berharap agar Minggu Kokurikulum telah dapat membentuk warga SEMESRA menjadi lebih berdisiplin dan berfikiran kreatif. 


Hadiah-hadiah bagi setiap pertandingan yang telah dijalankan juga telah disampaikan pada majlis ini. Antara gambar pemenang-pemenang pertandingan yang telah dijalankan sepanjang Minggu Kokurikulum:



Unit Beruniform Kadet Polis telah diumumkan sebagai Johan Keluruhan bagi Minggu Kokurikulum kali ini.


Tahniah diucapkan kepada semua yang telah sama-sama menjayakan Minggu Kokurikulum ini. Majulah kokurikulum untuk SEMESRA.

24 June, 2013

Kejohanan Sukan Tahunan SEMESRA 2013 ditangguhkan

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga,

Disebabkan masalah jerebu yang dihadapi sekarang ini, Kejohanan Sukan Tahunan SEMESRA bagi tahun ini akan ditangguhkan ke tarikh yang akan diberitahu kelak. Namun begitu, outing bermalam (OB) adalah diteruskan.

Ibu bapa dan penjaga dibenarkan untuk mengambil anak masing-masing pada hari Jumaat bermula pukul 12.30 tengah hari dan diminta untuk menghantar semula anak masing-masing sebelum pukul 6 petang, Ahad 30 Jun.

Sekian, harap maklum.

19 June, 2013

Kempen Derma Darah Sempena Minggu Kokurikulum 2013

Sukacita dimaklumkan sempena Minggu Kokurikulum yang berlangsung pada minggu ini, satu Kempen Derma Darah akan dijalankan pada ketetapan yang berikut:

Tarikh: 22 Jun 2013
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Sek. Menengah Sains Rembau

Selain daripada Kempen Derma Darah, pertandingan rekacipta dari bahan terbuang, gubahan serta senamrobik akan dijalankan pada hari yang sama.

Ibu bapa serta orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan Minggu Kokurikulum ini.

Perkhemahan Pandu Puteri Peringkat Negeri Sembilan 2013

Batru-baru ini SEMESRA telah menjadi tuan rumah bagi Perkhemahan Pandu Puteri Peringkat Negeri Sembilan. Ia telah diadakan di Kem Rimba Ilmu, Juasseh dan melibatkan seramai 234 pelajar dan 48 guru.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang perkhemahan. Antaranya ialah Pertandingan Memasak, Pertandingan Bantu Mula, Pertandingan Gajet dan Malam Unggun Api.


Tahniah diucapkan kepada Jawatakuasa Kerja yang telah membantu menjayakan perkhemahan ini. Semoga ia telah dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang menyertai perkhemahan ini.