27 March, 2013

Fully Residential Schools' International Symposium (FRIS) 2013

A Fully Residential Schools' International Symposium (FRIS) for 2013 was held recently in Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya recently. It was held from 20 to 24 March 2013 and it involved not only fully residential schools in Malaysia but from other countries such as Indonesia, Singapore, India and many others. SEMESRA had sent a team to participate in the symposium.

This year's theme was Go Green: Initiatives from the Future and our school team had prepared a paper on 'Developing the Automotive Industry Towards Green'.


Alhamdulillah, the school team had been presented with the Gold Award for their presentation. This award had marked SEMESRA's good track record in FRIS as the school has managed to win the FRIS Gold Award for three consecutive years.


Adam Shah bin Junus, one of the key speakers for the school team had been chosen to represent Malaysia in the signing of the resolution together with the delegate from Dr. Mosaheb School, Iran which represented the international participants.


Congratulations to the school team for their excellent job. This has clearly shown that SEMESRA's students are capable of competing at the international level. Hopefully this success will be a motivation to other students to achieve a similar feat.

25 March, 2013

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SEMESRA 2013 Kali Ke-3

Pada 22 Mac yang lalu telah diadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Sains Rembau Kali Ketiga di Dewan Besar Dato' Haji Azam. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Azali bin Hashim, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Rembau.


Dalam ucapannya, Encik Azali mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa yang hadir dalam mesyuarat ini. Beliau menyatakan bahawa peranan dan suara ibu bapa adalah amat penting bagi membantu sekolah dalam mencapai kecemerlangan baik dari segi akademik mahupun ko-kurikulum.

Beliau berharap agar ibu bapa SEMESRA akan terus memberikan sokongan padu dan bantuan kepada pihak sekolah demi kebaikan anak-anak.


Mesyuarat ini telah memberi peluang kepada pihak sekolah untuk memberi maklumat mengenai program-program yang telah dan akan dijalankan oleh pihak sekolah. Ibu bapa juga telah berkesempatan untuk bertanya dan mengemukakan pandangan bagi kebaikan bersama.


Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang telah hadir ke mesyuarat ini. Semoga tuan-tuan dan puan-puan akan terus memberi sokongan kepada pihak sekolah dalam usaha membentuk generasi SEMESRA yang gemilang.

24 March, 2013

Majlis Jalinan Semesra Kali Pertama 2013

Pada 22 Mac yang lalu telah diadakan Majlis Jalinan SEMESRA Kali Pertama bagi tahun 2013. Ibu bapa kepada pelajar-pelajar SPM dan PMR yang tidak mencapai keputusan yang memberangsangkan dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2012 telah dijemput hadir untuk membincangkan permasalahan anak mereka. Matlamat utama perbincangan tiga hala ini adalah untuk mengenalpasti punca permasalahan pelajar dan cara untuk mengatasi masalah tersebut.


Diharapkan agar matlamat majlis ini telah pun tercapai agar prestasi akademik pelajar-pelajar ini akan dapat dipertingkatkan demi kejayaan mereka dalam peperiksaan PMR dan SPM nanti.

22 March, 2013

Majlis Penyerahan Slip Keputusan SPM 2012

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 telah diumumkan pada hari Khamis 21 Mac yang lalu. Para pelajar SPM tahun 2012 telah diminta untuk hadir ke Dewan Dato' Haji Azam untuk Majlis Penyerahan Slip Keputusan.

Bagi batch SPM tahun 2012, seorang pelajar SEMESRA iaitu Syamim bin Jamain telah berjaya memperoleh keputusan 9A+ sementara 46 orang lagi telah berjaya mencapai keputusan 9A. Gred Purata Sekolah (GPS) bagi sekolah pula adalah 1.77.

 Syamim Jamain bersama Pengetua Kanan SEMESRA

 Antara 46 pelajar yang berjaya mendapatkan 9A dalam SPM 2012


Tahniah diucapkan kepada semua pelajar Prodigy atas pencapaian anda dalam SPM 2012. Semoga anda semua akan terus berjaya  dalam usaha mencapai cita-cita yang diidam-idamkan. Seluruh warga SEMESRA mendoakan agar anda semua akan terus cemerlang di dunia dan akhirat.

20 March, 2013

Kejohanan Hoki Sekolah-sekolah Berasrama Penuh Zon Selatan 2013

Pada 14 hingga 17 Mac yang lalu telah diadakan Kejohanan Hoki Sekolah-sekolah Berasrama Penuh Zon Selatan di SM Sains Batu Pahat. Johor. SEMESRA telah menghantar satu pasukan hoki lelaki dan satu pasukan hoki perempuan untuk mengambil bahagian.


Dalam kejohanan ini, hanya pasukan hoki lelaki telah berjaya mendapat tempat. Pasukan hoki lelaki SEMESRA telah berjaya mendapat tempat keempat dalam kejohanan ini.


Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan kerana telah berjaya membawa cabaran SEMESRA di peringkat SBP. Diharapkan kedua-dua pasukan akan terus melipatgandakan latihan dan usaha bagi memastikan kejayaan pasukan hoki SEMESRA di pertandingan-pertandingan akan datang.

19 March, 2013

Japanese Speech Contest 2013

Pada 16 Mac yang lepas, telah diadakan Japanese Speech Contest di Kolej Tunku Kurshiah. SEMESRA telah menghantar seorang wakil bagi menyertai pertandingan ini.


Tahniah diucapkan kepada Airene binti July yang telah berjaya mendapat hadiah saguhati dalam pertandingan ini. Semoga kejayaan ini akan menjadi titik permulaan kepada pencapaian yang lebih baik dalam pertandingan-pertandingan yang melibatkan bahasa-bahasa antarabangsa.

18 March, 2013

Kejohanan Bola Keranjang MSS Daerah Rembau 2013

Hari ini telah diadakan Kejohanan Bola Keranjang MSS Daerah Rembau di Dataran Rembau. SEMESRA telah menghantar pasukan lelaki dan perempuan bagi menyertai pertandingan ini.


Alhamdulillah, kedua-dua pasukan SEMESRA telah berjaya menjadi johan daerah dan akan mewakili Rembau di kejohanan negeri yang akan diadakan tidak lama lagi di SMK Methodist ACS, Seremban.


Tahniah diucapkan kepada pasukan bola keranjang sekolah. Semoga pasukan ini akan terus berjaya mempamerkan persembahan cemerlang di peringkat negeri dan sekaligus mencapai kejayaan yang lebih gemilang.

17 March, 2013

Keputusan SPM 2012

Seperti yang telah dihebahkan melalui media elektronik dan media cetak, keputusan SPM 2012 akan diumumkan pada Khamis 21.12.13.

Sehubungan dengan itu, para pelajar SPM 2012 diminta untuk hadir ke sekolah untuk majlis penyerahan slip keputusan yang akan diadakan di Dewan Dato' Haji Azam pada pukul 12 tengahari.

Para pelajar diminta untuk mematuhi etika berpakaian seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

16 March, 2013

Kejohanan Olahraga MSS Daerah Rembau 2013

Tahniah diucapkan kepada kontingen olahraga SEMESRA yang telah mempamerkan aksi yang cemerlang dan komitmen yang tinggi dalam Kejohanan Olahraga MSS Daerah Rembau baru-baru ini.

SEMESRA merupakan tuan rumah bagi temasya olahraga daerah pada tahun ini yang telah diadakan di Padang SMK Undang Rembau (URES) dari 12 sehingga 15 Mac 2013.

Kontingen SEMESRA telah berjaya meraih sebanyak 15 emas, 19 perak dan 19 gangsa pada kejohanan ini yang merupakan peningkatan yang amat baik berbanding dengan kutipan sebanyak 7 emas pada tahun lepas. Bilangan 15 pingat emas ini telah meletakkan SEMESRA di tempat kedua secara keseluruhan di belakang URES. 

Walau bagaimanapun, SEMESRA telah berjaya mengatasi URES dalam jumlah pungutan pingat iaitu sebanyak 53 pingat.

Gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang kejohanan berlangsung:


Antara gambar atlet-atlet SEMESRA yang berjaya mencapai kejayaan


 Semasa majlis penutup kejohanan


Tahniah sekali lagi diucapkan kepada kontingen olahraga sekolah. Semoga akan terus berjaya di kejohanan-kejohanan akan datang.

Tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar SEMESRA yang telah menyumbang tenaga dalam memastikan kejohanan kelolaan sekolah berjalan dengan jayanya. Sekalung penghargaan dan terima kasih buat semua.