28 February, 2013

Kejohanan Bola Jaring MSSD Rembau 2013

Pada 26 dan 27 Februari yang lalu, SEMESRA telah menyertai Kejohanan Bola Jaring Peringkat Daerah yang telah diadakan di Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja.

Pasukan SEMESRA telah beraksi cemerlang sepanjang kejohanan ini berlangsung.


Berikut adalah keputusan penuh kejohanan.

Kategori B15: Johan Daerah Rembau


Kategori B18: Tempat Ketiga Daerah


Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan atas kejayaan yang cemerlang ini. Semoga akan terus berjaya di kejohanan-kejohanan yang akan datang.

27 February, 2013

Kursus Kepimpinan Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah 2013

Pada 23 sehingga 26 Februari yang lalu, telah diadakan satu Kursus Kepimpinan bagi Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah Sekolah-sekolah Berasrama Penuh bertempat di SM Sains Kuala Selangor. Seramai 8 peserta dari SEMESRA telah menghadiri kursus ini diiringi oleh Cik Noraini binti Mohamad, Penyelaras Sistem Rumah.


Sepanjang kursus, peserta-peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti bagi memantapkan lagi ilmu kepimpinan mereka. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah Ceramah 5 Prinsip Kepimpinan, Team Building, Senam Robik serta Ceramah Kerohanian.

Peserta-peserta juga telah berpeluang untuk menjayakan Leadership Outreach Programme yang melibatkan sekolah-sekolah rendah yang berdekatan.



Diharapkan agar kursus ini telah dapat memberikan ilmu yang bermanfaat kepada ketua-ketua rumah dan juga penolong-penolong ketua rumah SEMESRA dan semoga ilmu yang telah dipelajari akan dapat dipraktikkan dalam memimpin rumah masing-masing.

26 February, 2013

Kejohanan Tenis Peringkat MSS Negeri Sembilan 2013

Pada 25 Februari yang lalu, seorang pelajar SEMESRA telah mewakil daerah Rembau dalam Kejohanan Tenis Peringkat Negeri di Kompleks Gelanggan Paroi, Seremban. Beliau telah terpilih untuk mewakili daerah selepas melalui satu sesi pemilihan pada 1 Februari 2013 di SMKA Haji Hassan Sail.


Walaupun tidak berjaya mendapat tempat, tahniah diucapkan kepada wakil SEMESRA kerana telah berjaya mempamerkan persembahan yang baik. Diharapkan agar latihan yang konsisten dan berterusan oleh pemain akan dapat mempertingkatkan mutu sukan tenis SEMESRA di masa akan datang.

24 February, 2013

Kejohanan Petanque Peringkat Negeri 2013

Kejohanan Petanque Peringkat Negeri anjuran ANGKASA telah diadakan di Stadium Paroi, Seremban pada 23 Februari yang lalu. SEMESRA telah menghantar 2 pasukan bagi menyertai kejohanan ini.


Dalam kejohanan ini, pasukan petanque lelaki telah berjaya menjadi naib johan kumpulan dan seterusnya melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Kumpulan ini memberikan persembahan yang baik dan seterusnya berjaya sehingga ke pusingan suku akhir ketiga. Keputusan akhir pasukan petanque lelaki telah berjaya menduduki tempat ke-8 daripada 48 pasukan lelaki yang bertanding. Tahniah diucapkan.

Manakala bagi pasukan petanque perempuan pula, mereka telah berjaya menjadi johan kumpulan. Malangnya mereka hanya mampu bertahan sehingga ke pusingan suku akhir kedua sahaja. Namun begitu, tahniah juga diucapkan atas semangat juang yang telah ditunjukkan sepanjang kejohanan. 

Terima kasih diucapkan kepada pasukan petanque sekolah yang berjaya memberikan saingan kepada pasukan-pasukan lain. Semoga persembahan pasukan petanque sekolah akan terus mantap pada masa hadapan.

23 February, 2013

Kejohanan Ping Pong MSSD Rembau 2013

Kejohanan Ping Pong MSSD Rembau telah diadakan pada 20 dan 21 Februari yang lalu di SMK Dato' Undang Haji Adnan. Seramai 13 orang pelajar telah mewakil SEMESRA dalam kejohanan ini.


Berikut adalah keputusan kejohanan:

Kategori L18
Nazrul Hakim bin Abdullah (Tempat Ketiga)
Muhammad Azwan bin Yahya (Tempat Keempat)

Kategori P18
Nurul Nadia binti Sulaiman Lee (Tempat Kelima)
                    
Tahniah kepada pasukan ping pong sekolah. Diharapkan peningkatan pada tahun ini akan dapat terus dipertingkatkan dalam kejohanan akan datang.

21 February, 2013

Kejohanan Catur MSS Daerah Rembau 2013

Pada Selasa dan Rabu bersamaan 19 dan 20 Februari yang lalu, SEMESRA telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Catur MSS Daerah Rembau. SEMESRA telah menghantar wakil untuk bertanding dalam semua kategori yang dipertandingkan.


Alhamdulillah SEMESRA telah berjaya menempa kejayaan dalam kejohanan ini. SEMESRA telah menjadi Johan Kategori Pasukan Bawah 15 Lelaki dan Perempuan dan juga Kategori Pasukan Bawah 18 tahun Perempuan. Bagi kategori Bawah 18 Lelaki, SEMESRA telah berjaya menjadi Naib Johan Kumpulan.

Para pemain juga telah terpilih untuk mewakil daerah Rembau dalam Kejohanan peringkat Negeri yang akan berlangsung pada 26 Februari hingga 1 Mac ini.



Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah. Semoga anda akan terus berjaya di kejohanan yang akan berlangsung tidak lama lagi.

20 February, 2013

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Lembaga Pemimpin Pelajar 2013

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Lembaga Pemimpin Pelajar Sesi 2013 telah diadakan pada 18 Februari yang lalu di Dewan Dato' Hj Azam. Majlis bermula pada pukul 1.30 petang dan tetamu kehormat bagi majlis ini ialah Tuan Zamrus bin Zainal, Ketua Balai Bomba Daerah Rembau.


Pengetua Kanan SEMESRA Puan Hjh Norzila binti Idris dalam ucapan alu-aluannya berharap agar barisan pemimpin pelajar yang telah dilantik akan dapat menjalankan tugas mereka dengan cemerlang sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.


Seterusnya ucapan oleh perasmi Tuan Zamrus bin Zainal. Beliau mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang telah dilantik sebagai Pemimpin Pelajar sekolah ini. Beliau menegaskan disiplin dan amanah adalah sangat penting dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan.


Seterusnya Tuan Zamrus telah menyampaikan watikah perlantikan kepada barisan Lembaga Pemimpin Pelajar yang telah dilantik.

Ketua Pelajar Asnawi bin Mohd Tan

Penolong Ketua Pelajar Nur Syafiqa binti Md Din

Timbalan Ketua Pelajar Muhammad Aliff Farhan bin Aerosni

Antara gambar pemimpin pelajar yang diberi watikah perlantikan dalam majlis tersebut:



Selepas selesai penyerahan watikah perlantikan kepada semua pemimpin pelajar, Ketua Pelajar SEMESRA telah mengetuai bacaan ikrar Lembaga Pemimpin Pelajar.


Sesudah itu, ikrar kemudiannya telah diserahkan kepada Pengetua SEMESRA, Puan Hjh Norzila binti Idris.


Tahniah diucapkan kepada semua pemimpin pelajar yang baru dilantik. Diharapkan agar pemimpin-pemimpin pelajar SEMESRA akan dapat menjalankan tugas dengan amanah, ikhlas dan penuh tanggungjawab.