30 April, 2012

Pertandingan Antarabangsa Pereka Muda Malaysia Peringkat SBP 2012

Pada 26 sehingga 29 April yang lalu telah diadakan satu Pertandingan Pereka Muda Malaysia Peringkat SBP di Universiti Malaysia Perlis. 

SEMESRA telah diwakili oleh 2 orang pelajar iaitu Muhammad Amirul Asyraff (5 F) dan Muhammad Haziq Asyraf (5 F). Mereka telah memperkenalkan produk mereka iaitu Continuous Electrical Energy Supplier (CEES) di pertandingan ini.


SEMESRA telah berjaya meraih pingat gangsa bagi produk ini. Tahniah diucapkan kepada para peserta. semoga SEMESRa akan terus berjaya dalam pertandingan seumpama ini peringkat yang lebih tinggi lagi.

29 April, 2012

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Sekolah

Pada 25 April yang lalu telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SM Sains Rembau Sdn Bhd. Mesyuarat ini telah diadakan di Dewan Dato' Hj Azam, SEMESRA.

Mesyuarat kali ini telah membentangkan aktiviti dan jualan yang telah dilakukan oleh Koperasi SEMESRA sepanjang tahun lepas dalam memberikan perkhidmatan kepada semua pelajar SEMESRA yang merupakan ahli-ahli Koperasi. Selain itu juga, penyata kewangan juga telah dibentangkan bagi pengetahuan semua ahli.

Mesyuarat ini juga telah diadakan untuk melantik Ahli Lembaga Koperasi yang baru serta pengumuman perubahan Jawatankuasa Guru bagi Koperasi Sekolah.

Cik Riyanti binti Abdullah Sani yang merupakan Bendahari sebelum ini telah dilantik menjadi Setiausaha Koperasi Sekolah menggantikan Puan Normizah binti Ngatenah yang telah dilantik untuk menjadi Setiausaha Unit Peperiksaan. Cik Nurfarhana pula telah dilantik menjadi Bendahari Koperasi yang baru.
 

Mesyuarat selesai pada pukul 5 petang. Majulah Koperasi SEMESRA demi kepentingan semua warga sekolah.

26 April, 2012

Pertandingan Puisi dan Sahiba Peringkat Daerah Rembau

Semalam, SEMESRA telah menyertai Pertandingan Puisi dan Sahiba Peringkat Daerah yang telah berlangsung di SMK Datuk Abdullah.

Bagi Pertandingan Puisi, SEMESRA telah diwakili oleh Syazwani binti Mohd Latif manakala bagi Pertandingan Sahiba pula, SEMESRA telah menghantar 2 peserta iaitu Siti Sarah dan Ni'matullah untuk mengambil bahagian.



Ni'matullah telah berjaya menduduki tempat ketiga di dalam Pertandingan Sahiba. Malangnya SEMESRA tidak bernasib baik dalam kategori yang lain.

Tahniah kepada pemenang dan kepada yang kurang berjaya, diharapkan agar usaha akan dapat terus dipertingkatkan agar dapat berjaya dalam pertandingan yang akan datang.

21 April, 2012

Pesta Pantun MSS Rembau

Pada 19 April yang lalu telah diadakan Pesta Pantun Peringkat Daerah Rembau di SM Agama Haji Mohd Yatim. SEMESRA telah menghantar 5 peserta bagi menyertai pertandingan ini. Mereka adalah:

1) Nuraziemah Mohd Arif                  5F
2) Nor Sharina bt Razali                    5F
3) Siti Aisyah Rohade                        5G
4) Anisa Suraya bt Nor Halim            5A
5) Osman Nul Hakim bin Asmi          1E


Dalam pertandingan ini, SEMESRA telah berjaya mendapat tempat ketiga. Tahniah diucapkan kepada pasukan pantun sekolah. Diharapkan agar pasukan ini akan terus membuat latihan bagi mempertingkatkan pencapaian di peringkat daerah mahupun negeri.



20 April, 2012

Kejohanan Catur MSS Daerah Rembau

Pada 18 dan 19 April yang lepas telah berlangsung Kejohanan Catur Peringkat Daerah Rembau di SMK Undang Rembau. SEMESRA telah menghantar wakil bagi keempat-empat kategori yang dipertandingkan



Berikut adalah keputusan kejohanan:

LELAKI BAWAH 18
Naib Johan: Muhammad Abrar
Keempat: Muhammad Thaqif Iqbal
Ke-10: Muhammad Amir Syazwan

PEREMPUAN BAWAH 18
Naib Johan: Liyana Nadhirah
Keempat: Anisah Najwa

LELAKI BAWAH 15
Ketiga: Muhammad Fikri
Keempat: Muhammad Hafiz Nurhakim
Ke-7: Ahmad Zuhair

PEREMPUAN BAWAH 15
Johan: Nor Aini
Ke-5: Aida Shamira
Ke-10: Aida Afiqah

Tahniah diucapkan kepada pasukan catur sekolah. Semoga terus berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi lagi.

17 April, 2012

Lawatan Penanda Aras Kecemerlangan Akademik

Semalam, SEMESRA telah menerima kunjungan daripada SMKA Sharifah Rodziah, Melaka bagi Program Lawatan Penanda Aras Kecemerlangan Akademik.


Seramai 40 orang guru dan staf dari sekolah berkenaan terlibat dalam program ini bersama dengan semua ketua panitia dan barisan pengurusan SEMESRA.

Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk berkongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran akademik terutamanya Sains Tulen. Ia juga bertujuan untuk menjalin rangkaian hubungan dua hala yang berterusan antara kedua-dua sekolah.


Program dimulakan dengan taklimat kedua-dua Pengetua Kanan SEMESRA dan SMKA Sharifah Rodziah. Kemudian ia diteruskan dengan sesi menandatangani surat jalinan hubungan dua hala antara kedua-dua sekolah.



Selepas penyampaian cenderahati, guru-guru telah berpecah mengikut panitia masing-masing untuk sesi perbincangan mengikut panitia. Kesempatan ini telah digunakan oleh para guru untuk bertukar-tukar fikiran untuk memperbaiki dan mencemerlangkan panitia masing-masing.

perbincangan mengikut panitia

Terima kasih diucapkan kepada rombongan SMKA Sharifah Rodziah atas kunjungan ini. Semoga kedua-dua sekolah akan dapat sama-sama bekerjasama demi kecemerlangan akademik sekolah masing-masing.

bergambar kenangan

16 April, 2012

Kursus Kepemimpinan Kejurulatihan PRS SBP Zon Selatan 2012

Seramai 10 orang Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SEMESRA telah mengikuti Kursus Kepemimpinan Kejurulatihan PRS SBP Zon Selatan bertempat di SM Sains Kluang, Johor baru-baru ini. Kursus ini bermula pada 13 April sehingga 15 April 2012.


Antara pengisian kursus termasuklah Ceramah Komunikasi Berkesan serta Pengurusan Organisasi dan Kepimpinan. Manakala ceramah Kejurulatihan PRS pula telah disampaikan oleh Puan Zubaidah binti Jusoh, Guru Kaunseling SM Agama Persekutuan Labu.

Selain daripada ceramah, para pelajar juga telah berpeluang mengikuti Program Outreach. Program ini telah dijalankan sekitar sekolah rendah Daerah Kluang, Johor. Peserta-peserta kursus berpeluang untuk membantu para pelajar Tahun Enam dalam persediaan mereka menghadapi UPSR.

Selain daripada memberi bantuan akademik kepada para pelajar ini, peserta-peserta kursus juga telah berkesempatan untuk mempraktikkan segala kemahiran yang telah mereka pelajari sepanjang kursus tersebut. 

 

Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mansor bin A. Aziz, Timbalan Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Johor.


Diharapkan agar kursus ini telah sedikit sebanyak berjaya membantu para peserta kursus untuk memberi khidmat dengan lebih berkesan kepada para pelajar SEMESRA selepas ini demi pembangunan dan kecemerlangan bersama.

13 April, 2012

SFF Nature Camp

Pada 6 hingga 8 April yang lalu, telah diadakan Kem Alam Sekitar (Nature Camp) anjuran Kedutaan Jerman dan Goethe Institut, Kuala Lumpur di Taman Alam Kuala Selangor (Kuala Selangor Nature Park).

 Seorang pelajar SEMESRA, Mohd Syafiq Rahmat telah terpilih untuk bersama-sama 79 pelajar yang lain untuk mengikuti program ini. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Bahasa German dan Bahasa Perancis seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Para peserta telah didedahkan kepada banyak aspek alam sekitar yang perlu diberi perhatian serius demi pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Para peserta juga telah berpeluang untuk melihat sendiri kunang-kunang di habitat mereka. Selain daripada itu,  mereka juga telah berpeluang untuk mengutip kerang sendiri.


  

Diharapkan kem ini telah dapat membantu dalam memberikan idea-idea kepada para pelajar untuk memainkan peranan mereka dalam membantu proses pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.

12 April, 2012

Program Kajian Kecemerlangan SPM

Pada 1 sehingga 8 April yang lepas, seramai 10 pelajar dari Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Tun Abdul Razak, Pekan Pahang telah datang ke SEMESRA untuk mengikuti Program Kajian Kecemerlangan SPM.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam proses pembelajaran yang efektif untuk mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan SPM kelak. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas serta program Young Tutor.

Satu majlis ringkas telah diadakan pada hari terakhir mereka di bumi SEMESRA sebagai ucapan terima kasih atas kesudian mereka untuk bersama-sama bertukar fikiran dan pandangan dengan warga sekolah ini.




Semoga program ini telah dapat memberi idea dan pandangan yang bernas kepada kedua-dua pihak dalam usaha mencapai kecemerlangan yang lebih baik dalam bidang akademik.

11 April, 2012

Program Kemahiran Belajar Tingkatan 1 dan 2

Pada 9 April yang lepas, Unit Bimbingan dan Kaunseling SEMESRA telah menganjurkan Program Kemahiran Belajar bagi para pelajar Tingkatan Satu dan Dua. Program ini telah diadakan di Dewan Dato' Hj Azam bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 2.30 petang.

Penceramah jemputan bagi program ini ialah Dr Abdol Aziz bin Sahat dari Akademi Bestari. Para pelajar telah didedahkan kepada:

a) Peta Minda
b) Teknik Membaca Berkesan
c) Teknik Mengingat dan Menghafal
d) Petua Ulangkaji
e) Petua Pemakanan untuk Menguatkan Minda dan makanan yang perlu dihindari
f) Tips bagaimana untuk mengatasi masalah mengantuk di kelas
g) Ciri-ciri Pelajar Cemerlang


Diharapkan agar program ini telah memberi manfaat kepada para pelajar dalam usaha menjadi pelajar-pelajar yang cemerlang. Semoga segala yang telah dipelajari akan dapat dipraktikkan oleh para pelajar terutamanya dalam persediaan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.

10 April, 2012

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik

Pada 7 April yang lalu telah diadakan satu Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik bagi meraikan dan menghargai potensi dan kesungguhan para pelajar dan guru SEMESRA. Penerima-penerima anugerah ini adalah berdasarkan keputusan peperiksaan tahun lepas, PMR 2011 juga SPM 2011.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah SBP, Tn. Hj Mohd Kassim bin Mohd Noah. Beliau di dalam ucapannya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada SEMESRA kerana berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM baru-baru ini.

Beliau berharap agar kecemerlangan ini akan dapat diteruskan oleh para pelajar yang lain. Beliau menegaskan betapa pentingnya sesebuah sekolah berasrama penuh itu untuk memberi impak kepada kawasan sekitarnya. Justeru itu, SEMESRA bukan sahaja perlu memastikan kecemerlangan sekolah sendiri tetapi perlu juga membantu sekolah-sekolah di kawasan Rembau.

Majlis Anugerah dimulakan dengan penyampaian Hadiah kepada para pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 yang cemerlang di dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2011. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Naib Yang Dipertua PIBG, En. Luqman bin Ramli.


Kemudian, tibalah pula giliran para pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan PMR 2011 untuk menerima hadiah. Hadiah-hadiah ini telah disampaikan oleh Datin Hjh Naemah binti Ahmad Dahalan, Pegawai Pelajaran Daerah Rembau.


Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para guru yang telah berjaya melonjakkan prestasi mata pelajaran mereka. Anugerah ini adalah berdasarkan kepada keputusan peperiksaan umum PMR dan SPM 2011 baru-baru ini.


Kemudian, tibalah masanya untuk para pelajar SPM 2011 yang mendapat keputusan 9 Straight As untuk menerima anugerah mereka.


Pada majlis ini juga, calon PMR 2011 iaitu Muhammad Amrul Basyar bin Fazil telah diberikan Anugerah Pelajar Terbaik PMR 2011 atas kecemerlangan beliau bukan sahaja di dalam bidang akademik malahan ko-kurikulum.


Manakala Nurul Hafizah binti Mat Kamil telah dianugerahkan Anugerah Lonjakan Saujana kerana berjaya menunjukkan peningkatan keputusan yang sangat cemerlang.


Mohamad Borhan bin Mohammad Sultan pula telah diberikan Anugerah Pelajar Terbaik SPM atas kecemerlangan beliau di dalam peperiksaan SPM 2011.



Anugerah terakhir bagi Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik pada tahun ini adalah Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan. Anugerah ini telah diberikan kepada Othman Affan bin Zuhir atas kecemerlangan beliau di dalam pelbagai bidang termasuklah akademik, ko-kurikulum, kepimpinan juga sahsiah.



Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga anugerah ini akan menjadi pendorong untuk anda semua mencapai kejayaan yang lebih gemilang selepas ini.

09 April, 2012

Kejohanan Olahraga Peringkat SBP Zon Selatan 2012

Pada 6 - 8 April yang lalu telah diadakan satu Kejohanan Olahraga Peringkat SBP Zon Selatan di SM Sains Sembrong, Kluang Johor. Seramai 23 pelajar SEMESRA  telah menyertai 16 acara yang telah dipertandingkan.

SEMESRA telah berjaya meraih 4 pingat perak melalui acara Lontar Peluru Lelaki 16 (Mohd Zharfan Nafiq) , Lontar Peluru Perempuan 16 (Noor Aizzie Balkhisha), 800m Perempuan 16 (Nur Ain Asrin) dan 400m Perempuan 16 (Nur Alya Zulaikha).


Tahniah diucapkan kepada kontinjen SEMESRA. Diharapkan agar kontingen olahraga sekolah akan terus menempa kejayaan di kejohanan-kejohanan yang akan datang.

06 April, 2012

Minggu Kokurikulum 2012

Sepanjang minggu 26- 1 April yang lalu, Unit Kokurikulum telah menganjurkan  Minggu Kokurikulum bagi tahun 2012.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuklah Pertandingan Rekacipta Bahan Terbuang, Pertandingan Nyanyian lagu Badan Beruniform, Pertandingan Senamrobik Berirama, Program Astronomi, Pertandingan Multimedia, Perkhemahan dan sebagainya.
 
Pertandingan Senamrobik Berirama
Pertandingan Rekacipta Bahan Terbuang
Pertandingan Multimedia

Majlis Penutup bagi Minggu Kokurikulum ini telah diadakan pada 2 April bertempat di dewan Dato' Hj Azam. Majlis ini telah dirasmikan oleh DSP Mizan bin Md Dom, Ketua Polis Rembau.

Beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar atas penyertaan sepanjang Minggu Koku berjalan. Beliau percaya para pelajar telah dapat belajar sedikit sebanyak mengenai kepimpinan sepanjang melakukan aktiviti-aktiviti tersebut. Beliau seterusnya berharap agar para pelajar SEMESRA akan terus cemerlang di dalam apa jua bidang yang diceburi.

Hadiah-hadiah bagi pertandingan-pertandingan yang telah dijalankan telah disampaikan oleh DSP Mizan. Unit Beruniform Bulan Sabit Merah telah muncul juara keseluruhan bagi Minggu Kokurikulum 2012.


Tahniah diucapkan kepada BSM. Tidak lupa juga kepada semua pelajar yang telah terlibat dengan Minggu Kokurikulum pada tahun ini. Semoga dengan adanya minggu sebegini dapat membantu menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang dan berkepimpinan.