31 January, 2011

Senarai Yuran Sekolah Untuk Pelajar Tingkatan Empat 2011

Untuk perhatian dan makluman ibubapa/penjaga bagi para pelajar Tingkatan Empat yang akan mendaftar pada 7hb Februari nanti, dilampirkan senarai yuran yang dikenakan oleh pihak sekolah untuk tindakan tuan/puan.


Senarai Yuran


sambungan

Bagi barangan koop (buku, baju batik, sampin dsbnya), pelajar perempuan dikenakan RM577 manakala pelajar lelaki pula sebanyak RM537.

28 January, 2011

Kejohanan Merentas Desa Kali Pertama

Semalam, SEMESRA telah berjaya menganjurkan Kejohanan Merentas Desa untuk julung kalinya. Bersesuaian dengan tema 'Satu Murid Satu Sukan', kejohanan ini telah melibatkan semua para pelajar kecuali para pelajar yang mempunyai masalah kesihatan.

para pelajar berkumpul sebelum dilepaskan

Para pelajar telah dibahagikan kepada 4 kategori iaitu Lelaki 18, Perempuan 18, Lelaki 15 dan juga Perempuan 15. Tepat pada pukul 3 petang, para pelajar telah dilepaskan oleh Tn. Haji Baharudin Husin, Penolong Kanan SEMESRA.

Walaupun para pelajar terpaksa berlari didalam hujan, mereka masih lagi kelihatan bersemangat untuk meneruskan larian mereka dalam usaha mengumpul mata bagi rumah masing-masing.



Sepanjang larian, para pelajar dikehendaki untuk melalui beberapa check points dimana mereka telah diberi gelung getah berwarna sebagai bukti.


check point


garisan penamat

Majlis penyampaian hadiah telah diadakan sebaik sahaja semua peserta sampai digarisan penamat. Majlis penyampaian hadiah ini telah disempurnakan oleh Tn. Hj Baharudin Husin, Penolong Kanan SEMESRA dan En. Zaili Azmi b. Mustafa Alfandi, Penolong Kanan Ko-Kurikulum SEMESRA.



Senarai pemenang bagi Kejohanan Merentas Desa Kali Pertama adalah seperti berikut:

Johan Kategori L18: Akhirul Zaman
Johan Kategori P18: Kelana Petra
Johan Kategori L15: Johan Pahlawan
Johan Kategori P15: Kelana Petra
Johan Keseluruhan: Kelana Petra

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Bagi yang kurang bernasib baik, cuba lagi di tahun hadapan.

25 January, 2011

Tarikh Bengkel Kecemerlangan Sepanjang Tahun 2011

Bagi mencapai aspirasi sekolah dalam melahirkan para pelajar SEMESRA yang gemilang, pihak sekolah telah merancang bengkel-bengkel kecemerlangan bagi semua tingkatan.

Berikut adalah Jadual Bengkel-bengkel Kecemerlangan yang telah dirancang sepanjang tahun 2011.


bulan Januari - Mac


bulan April - Jun


bulan Julai -Oktober

Tarikh Ujian dan Peperiksaan 2011 berserta Tarikh-tarikh Penting sekolah

Berikut pula adalah tarikh ujian dan peperiksaan yang akan dijalankan di SEMESRA untuk perhatian pihak ibubapa.



tarikh ujian dan peperiksaan

Dipaparkan juga tarikh-tarikh penting bagi majlis-majlis yang akan berlangsung sepanjang tahun ini.


tarikh-tarikh penting

Jadual Outing Harian dan Jadual Outing Bermalam

Berikut dipaparkan Jadual Outing Harian dan Jadual Outing Bermalam untuk rujukan para ibubapa dalam merancang aktiviti-aktiviti bersama anak masing-masing.


Jadual Outing Harian


Jadual Outing Bermalam
*click for larger view

24 January, 2011

Jadual Harian Murid

Berikut adalah dipaparkan Jadual Harian Murid di SEMESRA untuk perhatian para pelajar dan ibubapa.


hari Isnin - Jumaat

hari Sabtu - Ahad
* click for larger view

Lawatan Penanda Aras SBPI Selandar

Hari ini SEMESRA telah dilawati oleh guru-guru dari SBPI Selandar. Kedatangan mereka ini adalah sebagai lawatan penanda aras bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai program Mutiara Suci.

Program Mutiara Suci ini diwujudkan disekolah ini untuk melahirkan tahfiz al-Quran dikalangan para pelajar SEMESRA. Program ini dikendalikan oleh Ustaz Mohmad Rozeli b. Yahya.


Ustaz Rozeli memberi penerangan mengenai program Mutiara Suci


antara guru-guru yang bersama-sama untuk mendengar taklimat Mutiara Suci


antara para pelajar yang telah terpilih untuk mengikuti program ini di SEMESRA

Semoga lawatan dan taklimat yang diberikan telah dapat sedikit sebanyak membantu SBPI Selandar dalam mewujud dan mengerakkan program yang sama disana.


23 January, 2011

Perlawanan Persahabatan Bola Keranjang dan Ragbi

Pagi tadi telah diadakan satu perlawanan persahabatan dengan Sekolah Dato' Abdul Razak bagi pasukan bola keranjang dan ragbi. Perlawanan persahabatan ini telah bermula pada pukul 8.30 pagi dan diadakan bagi memantapkan lagi persembahan kedua-dua pasukan.

pasukan Riders


Lycan bersama pasukan ragbi SDAR

Walaupun SEMESRA kecundang didalam kedua-dua perlawanan, diharap agar para pemain dapat mendapat iktibar dalam memperbaiki permainan masing-masing. Semoga pengalaman ini dapat dijadikan bekal semasa beraksi di HKSBP yang akan diadakan di SBPI Jempol bulan Mac ini.

22 January, 2011

Sambutan Hari Jadi Anjuran Rumah Johan Pahlawan

Petang tadi telah diadakan Sambutan Hari Jadi bagi warga SEMESRA anjuran rumah Johan Pahlawan.

Seluruh warga sekolah telah berkumpul di Dewan Makan SEMESRA pada pukul 2.30 petang bersama-sama dengan warga SEMESRA yang diraikan.

Selepas ucapan daripada Tuan Pengetua, Dato' Hj Azam b. Md Atan dan Ketua Guru Rumah Johan Pahlawan, En. Jasmi b. Md Tegol, semua hadirin telah sama-sama berdiri bagi menyanyikan lagu hari jadi bagi mereka yang meraikan.


ucapan dari Tuan Pengetua


En. Jasmi b. Md Tegol
Ketua Guru Rumah Johan Pahlawan

Sambil lagu hari jadi dinyanyikan, warga SEMESRA yang diraikan telah sama-sama dijemput untuk memotong kek yang telah disediakan.


antara guru-guru dan staf yang meraikan hari jadi mereka


antara para pelajar yang diraikan

Tahniah kepada semua warga yang diraikan. Semoga anda dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki olehNya.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada rumah Johan Pahlawan yang telah menganjurkan majlis sambutan ini.

Bengkel Kecemerlangan Tingkatan 3 dan 5

Hari ini telah diadakan bengkel kecemerlangan bagi Tingkatan 3 dan 5 sebagai sebahagian daripada persiapan awal mereka menghadapi PMR dan SPM.

Bagi pelajar Tingkatan 3, mereka telah didedahkan kepada teknik menjawab soalan esei Bahasa Inggeris. Mereka diberi tips bagaimana untuk mendapatkan markah yang tinggi untuk Soalan 1, Kertas 2.


para pelajar tekun mendengar tips-tips yang diberi guru

persembahan pelajar

Bagi Bengkel Tingkatan 5, ia telah dikendalikan oleh Panitia Fizik. Bengkel tersebut memberi tumpuan kepada topik Tingkatan 4: Understanding Lenses.

21 January, 2011

Debat Persahabatan Bahasa Inggeris SEMESRA vs SDAR

Persatuan Bahasa Inggeris SEMESRA telah menganjurkan satu debat persahabatan bersama Sekolah Dato' Abdul Razak dalam usaha memperbaiki mutu persembahan ahli debat sekolah dalam menghadapi Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) yang akan berlangsung pada bulan Mac tahun ini.

Debat persahabatan ini bermula pada pukul 3.30 petang dan bertempat di Perpustakaan SEMESRA. Perlawanan ini membabitkan 2 pasukan debat dari kedua-dua buah sekolah.

Kumpulan pasukan debat pertama telah membahaskan usul 'THBT single household parent is better than a traditional family of strife' manakala pasukan debat kedua membincangkan 'THBT Malaysia should abandon national testing in school.'


Debat Bilik 1


Debat Bilik 2

Diharapkan agar banyak lagi debat persahabatan dapat dijalankan untuk memperkasakan lagi pasukan debat Bahasa Inggeris sekolah.

20 January, 2011

Kerja Membaikpulih Bermula



Sejak semalam, kelihatan para pekerja kontraktor sibuk membaikpulih gajah menyusu yang didalam keadaan kurang sempurna. Semoga kerja membaikpulih ini akan dapat meningkatkan kadar keselamatan warga SEMESRA semasa menggunakan laluan ini.

19 January, 2011

Mesyuarat Agung Persatuan dan Kelab Permainan

Pada hari ini telah diadakan satu Mesyuarat Agung bagi Persatuan-persatuan dan Kelab-kelab Permainan.

Perhimpunan ko-kurikulum bermula tepat pukul 3.30 petang dan dikendalikan oleh Persatuan Bahasa Melayu.


Selepas nyanyian lagu Negaraku, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SEMESRA En. Zaili Azmi b. Mustafa Al-Fendi mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pelajar kerana berjaya untuk berhimpun tepat pada masanya. Beliau mengingatkan para pelajar agar budaya ini dapat dikekalkan.


Guru Penolong Kanan Kokurikulum SEMESRA

Selepas ucapan ringkas tersebut, giliran Cik Suriawati bt. Jani pula untuk mengingatkan para pelajar agar dapat memilih Ahli Jawatankuasa mereka dan menyerahkan salinan nama AJK kepada Cik Syaidatul Munira bt. Salleh untuk simpanan fail sekolah.

Para pelajar bergerak ke kelas-kelas yang telah ditetapkan untuk menghadiri mesyuarat agung bagi persatuan dan kelab masing-masing.


English Language Society

18 January, 2011

Majlis Penutupan Minggu Silaturrahim Tingkatan Satu

Pada hari ini telah diadakan satu majlis penutupan Minggu Silaturrahim bagi pelajar Tingkatan Satu. Minggu Silaturrahim ini bermula pada 6 Januari 2011 yang lalu dan sepanjang program ini, para pelajar Tingkatan Satu telah pun didedahkan kepada pelbagai aktiviti-aktiviti yang akan dapat membantu mereka dalam menyesuaikan diri dengan sekolah ini.

Kemuncak bagi Minggu Silaturrahim ialah Pertandingan Bakat Muda dimana diharapkan ia dapat mencungkil dan mengetengahkan bakat yang ada dikalangan para pelajar Tingkatan Satu.

Seluruh warga sekolah berserta ibubapa para pelajar Tingkatan Satu telah pun hadir di Dewan Besar SEMESRA untuk sama-sama menyaksikan kehebatan para pelajar ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh wakil pelajar Tingkatan Satu iaitu adik Amir Mohd Uqail yang juga merupakan tokoh pelajar lelaki sepanjang Minggu Silaturrahim ini.



Ini diikuti dengan ucapan dari Pengetua Cemerlang Dato' Hj Azam Md Atan yang menegaskan sekali lagi bahawa para pelajar perlu cemerlang dalam segala aspek bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga didalam bidang kokurikulum. Selain itu, untuk dianggap cemerlang, para pelajar juga perlu mempunyai sahsiah yang terpuji.




Selepas ucapan dari Pengetua, persembahan para pelajar pun bermula. Antara yang dipersembahkan termasuklah dikir barat, nasyid, tarian zapin serta pantomim.


antara persembahan pelajar


antara hadirin yang sama hadir

Sebelum majlis bersurai, hadiah-hadiah telah disampaikan kepada semua pemenang bagi semua pertandingan yang telah dijalankan sepanjang Minggu Silaturrahim ini. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengetua Cemerlang SEMESRA.

Pertandingan Bola Sepak
Johan: JP1
N. Johan: AZ1
Ketiga : LM1

Pertandingan Bola Jaring
Johan: KP2
N. Johan: AZ2
Ketiga : JP1

Explorace KP2 & JP 1

Persembahan
Johan : KP1
N. Johan : JP1
Ketiga : JP2
Keempat : LM1
Kelima : LM2

Tokoh Pelajar Lelaki : Amir Mohd Uqail
Tokoh Pelajar Perempuan: Alia Nadhira



Tahniah diucapkan kepada semua para pelajar Tingkatan Satu atas kejayaan mereka menempuhi Minggu Silaturrahim ini dengan jayanya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Minggu Silaturrahim ini.